---
Pintu bar ditolak perlahan. Terpapar susuk tubuh tinggi milik seorang lelaki yang sedang tercari-cari temannya di dalam ruangan itu.
Beberapa orang wanita yang turut duduk di meja berdekatan masing-masing terpesona dengan aura lelaki tersebut sehingga tidak mampu untuk mengalihkan pandangan mereka.
Sayang seribu kali sayang. Lelaki seperti dia masih lagi belum berpunya saat ini. Tetapi , mungkin juga boleh menjadi suatu keuntungan buat orang lain yang ingin mencuba nasib mereka. Itupun jika lelaki tersebut turut menginginkan hubungan yang istimewa.
"Riri.."
Junhoe melabuhkan punggung di sisi wanita yang terlihat kesepian di satu-satunya meja bartender dengan segelas alkohol di tangannya.
Dia yang baru sahaja hendak tersenyum setelah sekian lama tidak berjumpa dengan wanita itu kini tampak bingung. Bahkan terdetik rasa bimbang di hatinya tatkala melihat wajah Taeri yang tampak sembab.
"Kenapa ni? Ada benda yang kau nak cerita pada aku?"
Suara Junhoe kedengaran lembut kali ini. Mungkin Taeri pernah dilihat sedih gara-gara seorang lelaki bernama Jinhwan. Tetapi tidak pernah pula dia lihat Taeri sesedih ini.
"Come on.. talk to me."
Junhoe memegang kedua-dua belah bahu Taeri untuk membuat tubuh wanita itu menghadap ke arahnya.
"Appa.. aku dah jumpa appa aku , Juneyaa.."
Junhoe menjadi bingung ditambah pula rasa terkejut. Melalui apa yang Taeri pernah ceritakan mengenai ayahnya , lelaki itu tiba-tiba sahaja pergi dari hidup mereka setelah sanggup menceraikan ibu Taeri demi wanita lain. Tambahan pula , saat itu Taeri masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.
"How?"
"Dia CEO dekat tempat aku bekerja sekarang."
Mereka berdua terdiam sejenak. Junhoe tidak pasti apa yang wanita di sisinya sedang rasa mahupun apa yang kini bermain di fikirannya saat itu. Tetapi Junhoe tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan soalan yang ingin dia tanyakan kepada Taeri.
"Kau ingat lagi tak masa aku pernah cerita tentang mereka pada kau?"
Dia mengangguk perlahan. Yang Junhoe sedia maklum , Taeri dan ibunya sudah lama memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ayahnya semenjak lelaki itu ditangkap curang.
Bahkan ayahnya juga tidak pernah datang menjenguk Taeri setelah berkahwin dengan wanita yang satu lagi. Sudah tentunya ibu Taeri menghadapi kesukaran untuk membesarkan anaknya yang masih kecil dan penuh dengan tanda tanya.
Junhoe tidak sangka lelaki itu masih boleh hidup dengan serba mewah dan bahagia dengan keluarga barunya. Sementara Taeri pula perlu membesar tanpa ayahnya di sisi.
Tentu sungguh teruk rasanya apabila mengetahui bahawa lelaki itu kini berada dekat dengannya.
"Jadi apa yang kau rasa sekarang bila kau dah nampak dia di depan mata?"
Taeri juga tidak mengerti. Hatinya panas disirami rasa kecewa yang teramat terhadap tindakan lampau ayahnya.
Dia juga tahu segala apa yang berlaku di antara kedua-dua orang tuanya. Mereka kerap bergaduh dan bertekak di dalam rumah. Taeri jugalah yang terpaksa mendengar segalanya-galanya.
Dia ingat lagi bagaimana wajah lelaki itu apabila ia melangkah keluar dari rumah tersebut bersama beg pakaian di tangan.
"Entahlah Junhoe.."
Macam-macam perasaan kini menyelubungi diri Taeri. Dia yakin ibunya tidak akan menggemari berita itu. Maka dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
"Kau rasa patut ke aku berhenti kerja?"
Mata kedua-dua mereka saling bertentangan buat seketika. Junhoe dapat lihat kesedihan dan kekecewaan di dalam mata wanita itu.
"Kenapa kau nak berhenti kerja? Inilah masanya kau dengar cerita dari pihak dia."
Mungkin itu akan kedengaran seperti Junhoe menyebelahi ayah Taeri. Tetapi tidak sama sekali. Taeri tidak boleh lari dari masalahnya kali ini. Jika dahulu Taeri tidak berpeluang untuk mendengar penjelasan lelaki itu , inilah masanya.
Kata-kata Junhoe itu mungkin benar. Tetapi walau apapun alasan yang ayahnya akan berikan nanti , Taeri masih belum sedia untuk memaafkannya. Sejujurnya , Taeri tidak pasti jika dia boleh memaafkan lelaki itu.
Ketika Taeri masih lagi termenung jauh , Junhoe merehatkan sebelah tangannya pada bahu Taeri lalu menarik tubuh wanita itu ke dalam pelukannya. Taeri tanpa berfikir apa-apa pun sekadar membenarkan tindakan Junhoe itu.
"Jom. Aku hantar kau balik. Tak baik buat Minhyuk tunggu kau lama-lama di rumah. Aku pula nak balik tidur. Tak selesalah duduk dalam flight tadi."
Taeri mengangguk lalu Junhoe pun meleraikan pelukan tersebut. Taeri juga nampaknya tidak sedar bahawa mereka berdua terlalu lama dalam posisi itu. Wajahnya mula menghangat kerana rasa segan. Masing-masing pun berdiri untuk meninggalkan bar tersebut.
"So , June.. macam mana trip to Singapore?"
"Cool! Lepas ni nak pergi Malaysia pula."
"Wae?"
"Ada orang kata sana banyak makanan yang sedap-sedap."
"Hmm.. dah agak dah.."
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...