---
"Look who's here..."
Sebaik sahaja Taeri melangkah keluar daripada cubicle tandas dengan niat untuk mencuci bersih tangannya, kelibat ketiga-tiga orang manusia yang dia gelar sebagai ahli sihir sepanjang beberapa minggu wanita itu bekerja di bawah syarikat penyiaran global tersebut kini datang menyapanya.
Dengan wajah penuh angkuh dan langsung tidak menunjukkan kemesraan kepada yang dirasakan lebih 'rendah' daripada mereka, ketiga-tiganya kini berdiri di belakang Taeri.
Bagaimana Taeri dapat tahu soal itu? Tentulah disebabkan oleh refleksi yang terhasil pada cermin tandas yang berada di hadapannya.
Sampai ke sini sekali mereka ingin memburunya semata-mata untuk mencari masalah? Sekurang-kurangnya , tidak bolehkah mereka tunggu sehingga dia kembali ke pejabat jika tujuan mereka adalah untuk bergaduh sekalipun?
Mereka ini memang tidak ubah seperti remaja yang berangan-angan ingin menjadi pembuli terulung dalam kawasan sekolah , dan dalam hal ini , di dalam department di mana mereka sepatutnya berbaik dengan semua orang.
Tetapi , tidak. Mereka nampaknya lebih suka cara yang begini. Anehnya , di hadapan orang lain , tidak pula mereka tunjukkan sisi mereka yang seperti hantu itu.
Dasar dua muka.
Taeri mencuci tangannya seperti yang diniatkan seolah-olah tiada apa yang perlu dia risaukan tentang mereka. Asalkan wanita itu tidak memperbesar-besarkan masalah dengan mencabar ego mereka , pasti dia akan selamat sejahtera.
Padahal di dalam hati kecil Taeri itu sedang memujuk dirinya agar tidak menghumban kepala mereka ke dalam mangkuk tandas sebagai balasan kerana selalu menguji kesabarannya.
Beberapa helai tisu dia capai lalu mengeringkan tangannya. Taeri nampak tenang dan masih bersahaja.
"Apa rasanya jadi single mom?'"
Soalan Heeji membuatkan wanita itu akhirnya berpaling tubuh menghadap mereka bertiga. Tentu di fikiran mereka sedang membayangkan Taeri yang mula mempersoalkan bagaimana mereka boleh tahu tentang hal itu.
Jawapannya? Senang sahaja. Mereka tentunya memperoleh segala informasi yang mampu digunakan sebagai kelemahan kepada orang lain melalui sumber terdekat mereka. Apa-apa pun , mereka boleh dikatakan licik kerana pandai mempergunakan orang.
"Patutnya duduk sahaja di rumah. Jaga anak. Bukan ke itu lebih baik?"
Haesol bersuara sambil memeluk tubuhnya. Sepupu Jiwon yang turut bersama mereka saat itu hanya mendiamkan diri. Sejujujrnya , dia tidak suka bertikam lidah.
Apa lagi hendak bergaduh tentnag perkara yang remeh-temeh. Salah satu sebabnya adalah kerana dia tidak gemar masuk campur soal kehidupan orang lain.
Kadang-kala , wanita itu ada juga mempersoalkan mengapa dia boleh terjebak dengan kerja-kerja jahat Haesol dan Heeji dalam merendah-rendahkan orang di sekeliling mereka. Selalunya, dia akan ikut sama memperlekehkan orang-orang baru seperti Taeri.
Namun , nampak gayanya ada sesuatu yang membuatkan dia tidak suka dengan pendekatan mereka berdua kali ini. Taeri sepertinya bukan seseorang yang sepatutnya mereka ganggu.
Dia sendiri pun sekadar berada di sini hanya kerana mahu melihat reaksi Taeri dalam berhadapan dengan manusia seperti Heeji dan Haesol. Sepupu Jiwon ini memang aneh orangnya , sama sahaja seperti lelaki itu.
"Jadi sebab saya single mom , saya tak boleh bekerja?"
Taeri tersenyum sinis. Dia juga tidak faham akan apa yang cuba mereka gariskan dalam kenyataan mereka tadi.
Dia hanya mahu menyibukkan diri sendiri dengan kerja semata-mata untuk membuka lembaran buku yang baharu. Selain daripada itu , dia tidak mahu terperap di dalam rumah tanpa merasai kehidupan di dunia luar.
"Lupakan.. saya masih ada kerja nak dibuat.."
Taeri mengeluh halus. Dia tidak kuasa untuk bertekak tentang kehidupan peribadinya. Jika berlarutan , dia mungkin akan merisikokan maklumat peribadinya yang lain sedangkan mereka tidak sepatutnya tahu apa-apa lebih dari ini.
"Ke awak tak pedulikan anak awak tu sebab dia cuma anak angkat?"
Melihat bagaimana Taeri yang sepatutnya berjalan pergi untuk kembali ke pejabat kini tercegat, mereka yakin bahawa Haesol telahpun menghidupkan 'bom masa' pada Taeri. Taeri kembali berpaling ke arah mereka hanya untuk menarik rambut panjang Haesol.
"Akhh!"
Heeji turut bertindak balas dengan menarik rambut Taeri demi menyelamatkan rakan baiknya. Namun , sebelah lagi tangan Taeri turut mencapai rambut wanita itu untuk ditarik sama.
"Yahh! Lee Hayi! Tolonglah!"
Wanita yang nampak bingung tatkala melihat mereka bertiga pada ketika itu cuba meleraikan pergaduhan mereka setelah namanya dijerit berkali-kali oleh Haesol dan Heeji.
"Sakitlah!"
"Yahhh! Lepaskan! Kim Taeri!"
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...