---
TAERI
"Nah.. makan ni..."
Sedar-sedar sahaja dari lamunan jauhku , Jinhwan perlahan-lahan meletakkan semangkuk bubur beserta segelas air dengan dulang sebagai alasnya di atas sebuah meja kecil yang terletak bersebelahan katil.
Sudah tiga hari lamanya aku jatuh sakit selepas apa yang telah berlaku tempoh hari. Semuanya gara-gara pengambilan minuman keras yang sudahku ketahui akan mendatangkan mudarat pada tubuhku sendiri.
Salahkan diri ini kerana terlalu mengikut emosi.
"Mana awak beli?"
Aku langsung tidak mondongak untuk melihat wajahnya kerana jelas sekali , sesuatu telah menganggu tumpuan aku. Beberapa jemari pada kedua-dua belah tangannya mempunyai kesan merah terang umpama lecuran ringan.
"Jangan banyak tanya boleh tak? Saya dah beli tu , makan jelah. Lepas tu makan ubat. Mulai esok , saya akan masuk pejabat macam biasa. Jadi , jangan nak mengelat."
Nada suaranya kedengaran seolah-olah ia meluat mendengar soalan bodohku. Tentu sahaja. Bahkan , kehadiran aku di dalam hidupnya tidak pernah disenangi.
Apakan saya , aku sentiasa terikat dengan Jinhwan. Dan aku tahu jika aku tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.
"Buat apa awak sibuk-sibuk jaga saya? Bukannya awak dapat apa-apa pun. Entah dalam bubur ni awak dah letak racun agaknya , kan?"
Soalan lancang itu terpacul dari mulutku tanpa diduga. Aku tidak pasti tentang apa yang difikirkan oleh diri ini sehingga tuduhan tidak berasas itu aku tujukan kepada Jinhwan. Aku masih marah tentang kejadian tempoh hari , tentunya.
Hujung telinganya mulai memerah. Aku yakin bahawa Jinhwan sedang berang dengan sikap dinginku yang tidak pernah aku tunjukkan selama aku menjadi pasangannya. Eloklah. Sekarang kami seri , bukan?
"Fine. Memang aku jahat. Nak buat macam mana? Tak payahlah makan. Biarlah kau kebulur dan sakit kau pun melarat. Lepas tu kau mat-"
Aku terdiam. Dia juga sama. Barangkali dia tersedar bahawa dia baru sahaja mendoakan aku supaya mati. Aku tidak mempermasalahkannya. Bukankah aku sememangnya tidak patut dilahirkan dari awal lagi?
Jinhwan meninggalkan bilik itu tanpa suara. Ketika itu jugalah air mata aku tumpah. Mangkuk bubur yang Jinhwan bawakan untukku diangkat.
Dengan tangan yang menggeletar , aku menyuapi bubur itu ke dalam mulut dan menelannya dengan hati yang berkecamuk.
'Kalau betul pun kau letakkan racun dalam makanan ni dan aku mengetahuinya , aku tetap akan makan sebab aku rela mati di tangan kau , Kim Jinhwan.'
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...