---
Sudah puas ia mencari di serata tempat. Akan tetapi , apa yang benar-benar diperlukan olehnya saat itu ternyata masih belum ditemui.
Panggilan telefon yang sudah beberapa kali dibuat oleh wanita itu kepada seseorang yang diharap mampu menenangkannya pada detik itu juga masih belum terjawab. Hal tersebut menambahkan lagi rasa sesak di dada.
Sebelah tangannya masih ligat mencari objek itu. Sementara yang satu lagi pula berterusan memukul-mukul dada kirinya. Kali terakhir dia melakukan perkara itu , degupan jantungnya yang terlalu aktif berjaya dikurangkan.
Dari meja solek sehinggalah ke kabinet kecil yang terletak di sisi katilnya dipunggah. Barang-barang peribadi serta alatan kecantikan yang awalnya tersusun kemas di atas permukaan meja solek itu juga sudah tunggang terbalik. Bahkan sebahagian bilik tidur wanita tersebut telahpun berantakkan.
Tubir matanya turut menakung cecair jernih tatkala dia cuba untuk menggapai oksigen yang diperlukan oleh peparunya. Dia tahu saat cemas ini pasti akan tiba jua dan tanpa adanya ubat tersebut , dia tentu akan ditimpa masalah.
Guruh yang saling berdentum tanpa henti mencetuskan lagi perasaan resah gelisah yang dialaminya. Cuaca di luar turut membuatkan minda wanita itu kembali memainkan detik-detik trauma yang ingin dia padam buat selama-lamanya.
"Bulsanghae.."
Suara gelak tawa mereka mula mengiang-iang di telinganya. Wanita itu menggeleng keras beberapa kali. Dengan sedaya upayanya dia cuba untuk membuang jauh imaginasi tersebut.
Namun begitu, satu persatu wajah mereka yang masih lagi dia ingat kian memunculkan diri di hadapannya. Tawa mengejek mereka juga masih lagi kedengaran lantang.
Wanita itu memejam rapat kelopak matanya. Di fikirannya hanya satu. Dia harus lari dari mereka. Akhirnya , dia membiarkan kakinya membawa seluruh tubuh genit itu ke arah pintu bilik yang dilihat seperti satu-satunya jalan keluar kepada segala masalah.
"Sooyeon-ah.."
Sepasang tangan sasa yang kini mengenggam kedua-dua belah lengan Sooyeon membuatkan kelopak matanya kembali terbuka sedikit demi sedikit. Namun , sebelum sempat Sooyeon mencelikkan mata sepenuhnya , tubuhnya kembali menghangat di dalam pelukan seorang lelaki.
"Come.. awak kena duduk."
Lelaki tersebut memapah Sooyeon kembali ke katil milik wanita itu. Setelah Sooyeon melabuhkan punggung dan bersandar rapat pada kepala katilnya buat seketika , ia pun pergi mendapatkan secawan air bersih.
Di tangan lelaki tersebut turut kelihatan satu objek yang Sooyeon tercari-cari sejak tadi. Dia pun kembali duduk di samping wanita itu lalu menggeleng perlahan melihatkan keadaan bilik Sooyeon yang bersepah.
"Awak tinggalkan ubat ni dekat dapur , tahu? Lain kali letaklah di dalam bilik."
Sooyeon langsung tidak mempedulikan bebelan lelaki itu. Sebiji ubat dituang dari botol kecil yang dipegang ke tapak tangannya lalu ditelan bersama air. Setelah yakin bahawa keadaan dirinya sudah kembali normal , Sooyeon pun baring di atas katilnya membelakangi lelaki tersebut.
"Awak marahkan saya tentang hari tu ke?"
Lelaki itu sememangnya cepat dalam membaca fikiran Sooyeon , wanita yang dia cintai. Dia tersenyum kecil. Jika benarlah Sooyeon marah disebabkan hal yang berlaku tempoh hari , sudah tentu ianya kerana perasaan sayang.
Sooyeon hanya diam. Begitu juga tubuhnya yang langsung tidak bergerak walaupun seinci. Barangkali ubat yang diambilnya tadi sudah mula menunjukkan kesan sampingan.
"Sleep well."
Ketika figura itu naik ke atas katil semata-mata untuk memberi kucupan lembut pada dahi Sooyeon , tengkuknya ditarik. Bibir yang sepatutnya mendarat pada permukaan dahi Sooyeon kini berada tepat pada dua ulas bibir empunya wanita tersebut.
Dia yang tidak ingin melepaskan peluang , terus menyambar bibir Sooyeon. Bawah bibirnya ditarik bahkan digigit lembut oleh lelaki tersebut.
"Hmmm.."
Setelah kedua-dua mereka hampir lemas dalam ciuman intim tersebut , lelaki itu pun menanggalkan bajunya , mempamerkan kepada Sooyeon sebuah pemandangan yang begitu memukau di hadapan mata.
Lelaki itu tidak pula memecat baju Sooyeon. Hanya tengkuk serta kawasan bahu Sooyeon yang terdedah sahaja menjadi tumpuan tangan liarnya saat itu.
Kedua-dua mereka semakin teruja dengan suasana tersebut. Ciuman demi ciuman mengenai kulit tubuh Sooyeon yang putih bak salju itu. Desahannya kedengaran halus , namun cukup untuk membangkitkan nafsu seorang lelaki yang masih menggilainya.
Sooyeon dapat rasakan sesuatu yang asing di dalam tubuhnya. Seluruh badannya mengge,letar apabila lekaki itu mula menggerakkan pinggulnya beberapa kali. Dan ketika itulah peristiwa yang pernah berlaku antara mereka berdua kembali berulang. Mereka pasti tidak akan dapat melupakan malam ini.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Roman d'amour"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...