---
"Taeri?"
Alangkah terkejutnya Jinhwan apabila mendapati susuk tubuh Taeri sedang berdiri di sebalik pintu unit apartment miliknya pada tengah malam itu. Wanita tersebut kemudiannya dilihat tersenyum kekok , sedar bahawa ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia berkunjung ke rumah Jinhwan.
"Saya cuma nak hantar ni.."
Taeri dengan rasa segannya mula menghulurkan beg plastik berisi ubat yang mungkin Jinhwan perlukan di dalam rumah tersebut. Setelah melihat segala isi plastik yang serba lengkap dengan ubat-ubatan itu , Jinhwan terlihat keberatan untuk menerimanya.
"Susah-susah saja."
Sejujurnya , Jinhwan memang tidak pernah menyimpan ubat dan peti kecemasan sejak dia berpindah masuk ke dalam unit apartment tersebut. Barangkali kerana dia sering terlupa tentangnya.
Walaupun Jinhwan sedikit teragak-agak untuk menerima bantuan Taeri itu , plastik tersebut akhirnya bertukar tangan.
Dia amat bersyukur kerana wanita itu masih lagi mengambil berat. Mungkin bukan terhadapnya , tetapi terhadap Jaei. Alasan itu sahaja sudah mencukupi untuk membuat hatinya berasa senang.
"Saya balik dulu-"
"Tunggu..."
Ketika Taeri hendak memusingkan tubuhnya , Jinhwan cepat-cepat menghentikan wanita itu sehingga ia kembali menghadapnya.
"Awak tak nak masuk dulu?"
Entah atas dasar apa Jinhwan perlu mempelawa Taeri masuk ke dalam rumahnya tengah malam itu , dia juga tidak pasti. Jinhwan menjilat bawah bibirnya dek gementar. Bimbang Taeri menganggapnya aneh.
"Awak tak nak tengok Jaei dulu? I mean.. dia tengah tidur. But that's okay.."
Taeri menelengkan kepalanya penuh hairan. Keningnya juga berkerut saat itu. Sudah tentulah kerana dia bingung melihat perwatakan Jinhwan yang aneh seperti ini. Setelah difikirkan , Taeri akhirnya mengangguk dan bersetuju sahaja.
"Nak makan ramen? Saya dah masak. Tapi... mi tu dah kembang pula rasanya. Saya masakkan yang baru untuk awak , nae?"
Taeri kemudiannya mengangguk sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan Jinhwan pula. Tetapi tidak mengapalah. Mungkin untuk kali ini sahaja memandangkan dia juga memang betul-betul lapar.
"Kasihannya.."
Taeri meletakkan beg tangannya perlahan-lahan lalu duduk di samping katil Jaei. Wanita itu pun mengusap ubun-ubun kepala anak kecil tersebut. Sudah lama juga mereka tidak berjumpa.
"Jinhwan jaga dia dengan baik.."
Taeri memegang lembut tangan kecil Jaei. Melihat kuku anak kecil itu dipotong dengan rapi serta biliknya yang sentiasa bersih dan kemas membuatkan Taeri tersenyum lega.
"Get well soon. Then I'll bake your favourite cupcake.."
Setelah lama dia memerhatikan Jaei , Taeri kemudiannya melangkah keluar dari bilik tidur kanak-kanak itu dan menutup rapat pintunya tanpa menghasilkan sebarang bunyi bising. Taeri menghala ke dapur di mana Jinhwan mungkin berada saat itu. Katanya , dia mahu menyediakan ramen untuk Taeri.
"Awak tak rasa ke mi tu macam nak kembang dah?"
Taeri menundingkan jarinya pada periuk berisi ramen di hadapan mereka. Jinhwan yang tidak menyangka Taeri akan berdiri sedekat itu dengannya mula memusingkan tubuh. Tangannya digunakan untuk mengunci Taeri rapat ke kabinet.
"Emm? Apa yang awak tengah buat ni?"
Taeri tertawa kekok. Dadanya sudah mula berdebar seperti tempoh hari. Tambahan pula , ketika Jinhwan berterusan menatap lama ke dalam anak matanya. Taeri bagaikan dipukau dengan pandangan tersebut buat seketika.
"Nampaknya awak ada banyak benda yang nak dicakapkan tentang masakan saya."
Oh , tidak. Jangan-jangan Jinhwan tidak suka ditegur tentang masakannya. Taeri kini menggigit bawah bibirnya , menyedari bahawa dia tidak sepatutnya memberi komen tentang cara masakan orang lain. Siapa tahu Jinhwan menggemari ramen dengan mi bertekstur kembang , bukan?
Jinhwan memadamkan suis api dapur dengan sebelah tangannya manakala yang sebelah lagi terus mengunci kedudukan Taeri.
"Mungkin kita tak perlu makan ni."
Taeri mengerutkan dahinya.
"Maybe I should just eat you."
Jinhwan bertindak mendukung Taeri untuk duduk di atas kabinet dapur. Mereka akhirnya berciuman.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...