---
"Bulsanghae.. uri Minhyuk..."
Ubun-ubun kepala Minhyuk dibelai lembut. Tangan kecil yang dimasukkan jarum drip itu turut diusap. Sudah sejam lamanya kanak-kanak itu berada di hospital selepas menerima rawatan. Berkat penantian Taeri , perlahan-lahan Minhyuk mula mencelikkan matanya.
"Minhyuk?"
Taeri tersenyum lega. Minhyuk yang tampak bingung itu kemudiannya dipeluk dengan erat. Belakang abdomen kanak-kanak tersebut turut diusap tanpa henti. Usai dileraikan , Taeri meraup wajah anak kecil itu dengan kedua-dua belah tangannya.
"Mesti kamu takut , kan?"
Minhyuk sekadar mengemam bibirnya tanpa berkata apa-apa. Barangkali , ia malu untuk mengakui tentang hal tersebut di hadapan Taeri. Jikalau kanak-kanak lain yang seusia dengan Minhyuk , mereka pasti akan jujur sahaja tanpa berdolak-dalik. Tetapi entah mengapa , Taeri merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Tidak jauh dari situ , Jinhwan kelihatan sedang berdiri di satu sudut , memerhatikan Taeri dan Minhyuk. Setelah sekian lama berdiam diri di sana , ia pun mengambil keputusan untuk menghampiri mereka berdua dengan fikiran yang cukup serabut. Hanya satu senyuman sahaja yang lelaki itu guna pakai untuk menutup rasa serba salahnya terhadap Taeri dan Minhyuk.
"Anak appa dah bangun?"
Jinhwan menghulurkan tangan kanannya untuk mengusap sisi kepala Minhyuk. Melihat Jinhwan tersenyum lega , Taeri turut tersenyum sama.
"Ke mana awak pergi tadi?"
Jinhwan menghentikan usapannya buat seketika. Taeri masih lagi menantikan jawapan dari lelaki itu. Jinhwan tersenyum lagi.
"Ada hal sikit tadi. Pekerja saya perlukan pendapat tentang projek yang kami akan launch tak lama lagi.."
"Ah.."
Anggukan Taeri telah sedikit sebanyak melegakan jantung Jinhwan yang sedang berdetak gelisah. Setelah itu , barulah Jinhwan teringat tentang tujuan sebenar ia berjalan ke arah mereka.
"Memandangkan Minhyuk dah sedar , apa kata kita balik. Saya akan minta doktor discharge dia lebih awal."
"Sekarang?"
Taeri menjungkitkan sebelah keningnya , menginginkan kepastian. Tidakkah terlalu awal untuk membawa Minhyuk pulang? Dia sendiri pun masih bimbang tentang keadaan kanak-kanak itu. Melainkan , jika doktor yang merawat Minhyuk tadi benar-benar melepaskan anaknya pulang.
Jinhwan menyentuh lembut bahu Taeri , membuatkan wanita yang sedang berfikir panjang itu sedikit tersentak.
"Jangan risau. Awak boleh jaga dia sendiri di rumah. Kalau perlu , saya akan panggil doktor kenalan saya untuk rawat Minhyuk."
Mendengarkan jawapan yang cukup meyakinkan itu , Taeri mengangguk setuju. Di dalam hati kecil Jinhwan , dia benar-benar berharap agar Taeri atau Minhyuk tidak pernah tahu tentang kisah lamanya itu. Apa lagi terserempak dengan mereka yang sudah lama ia buang dari hidup.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...