---
"Executive Kim.."
Setiap seorang daripada mereka segera menghentikan perbualan masing-masing lalu berdiri hampir serentak.
Mereka semua mula membongkokkan sebahagian daripada tubuh mereka sebagai tanda hormat di hadapan pewaris muda syarikat penyiaran global itu.
Namun , tidak seperti orang lain yang memiliki keistimewaan tersebut , Jiwon kini dilihat turut sama membongkokkan tubuhnya 90 darjah. Tentunya , itu adalah satu situasi yang jarang sekali berlaku di antara majikan dan pekerjanya.
Kim Jiwon , seorang lelaki yang akan menjejak ke usia 27 tahun pada bulan hadapan , sama sekali tidak meletakkan kuasanya sebagai sebab untuk dilayan secara istimewa oleh pekerja-pekerja di bawahnya. Lelaki tersebut sangat rendah diri menurut apa yang dilihat oleh Taeri saat ini.
Kehadiran Jiwon disambut baik oleh rakan sekerja Taeri yang berada di bawah satu department yang sama dengannya.
Rata-rata mereka masih lagi muda. Ada yang sudah mendirikan rumah tangga , dan masih ada yang belum berpunya. Yang pasti , hanya Taeri seorang sahaja ibu tunggal yang berada di sini.
Jiwon mengambil tempat. Lelaki itu mula melabuhkan punggungnya pada satu-satunya kerusi yang berada di hujung meja tersebut. Taeri juga nampaknya terpaksa duduk di sebelah Jiwon gara-gara tempat lain sudah diambil orang yang datang lebih awal sebelum mereka.
Lagipun , Taeri pasti akan berasa kekok sekiranya dia berada di antara pekerja-pekerja yang sudah lama saling kenal antara satu sama lain itu.
Personaliti Taeri yang pemalu itu juga tidak membolehkan wanita tersebut bergaul dengan bebas di hadapan orang lain tanpa berasa janggal.
Keempat-empat orang pekerja yang awalnya dipintas oleh kereta Jiwon sebentar tadi tiba paling lewat ke restoran terkenal itu. Taeri meneguk perlahan air yang sempat dia tuang ke dalam cawannya. Pandangan mereka bertiga diabaikan sama sekali.
"Come on , guys.. Order saja apa-apa dalam menu tu. My treat!"
Setelah diyakini bahawa mereka semua sudah tiba , Jiwon akhirnya bersuara. Mereka yang tadinya sedang rancak berbual terus menyambar buku menu yang telah sekian lama dibiarkan tidak berusik di atas meja tersebut.
Ketiga-tiga orang ahli sihir itu juga tidak terkecuali. Merekalah yang paling tamak untuk memesan makanan sebenarnya. Mentang-mentanglah Jiwon yang telah menawarkan diri untuk membayarnya.
Ketika sebahagian daripada mereka sedang sibuk memilih set makanan untuk makan malam mereka pada saat itu , Taeri mengambil peluang yang ada untuk menoleh ke arah Jiwon.
Lelaki itu juga sepertinya mempunyai masalah sosial yang sama dengan Taeri , membuatkannya mula merasakan suatu persamaan di antara mereka berdua. Dari segi personaliti dan juga apa yang sedang mereka fikirkan , tentunya.
Sedangkan Jiwon di sisi lain pula cuba untuk membuatkan Taeri berasa dialu-alukan ke dalam syarikat mereka ini. Dia juga tentu sekali tidak mahu wanita itu berasa janggal dengannya.
Sebagaimana Taeri , Jiwon juga dapat rasakan keakraban dalam hubungan mereka sejak kebelakangan ini. Dan hal tersebut ternyata membuat mereka berdua saling berfikir tentang perkara yang sama.
"Kim Taeri-ssi!"
Secara kebetulan , mereka yang sudah siap memesan makanan kini menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada Kim Haesol. Di tangan wanita itu terdapat sebotol minuman soju bersama satu tin bir.
Kedua-dua jenis minuman keras tersebut kini dicampurkan ke dalam satu jag yang bersaiz besar. Tindakannya sekaligus menimbulkan kekecohan dalam restoran itu di mana pekerja lain mula bersorak.
Taeri pula sudah tidak sedap hati. Janganlah mereka guna cara ini untuk membalas dendam terhadapnya.
"Minuman ni untuk sambut Kim Taeri dalam department kita."
Haesol meletakkan jag berisi minuman keras itu betul-betul di hadapan Taeri sambil tersenyum jahat.
Dia tahu , Taeri pasti tidak akan dapat menolak minuman tersebut melainkan jika ada orang lain yang sanggup minum bagi pihaknya. Masing-masing sudah mula bersorak sambil bertepuk tangan.
"Hey.. saya boleh jadi 'Black Knight' awak.. you don't have to do this." Bisik Jiwon kepada Taeri.
Lelaki itu dengan sukarelanya ingin menggantikan tempat Taeri. Dia sanggup menelan kesemua minuman itu kerana bimbang akan wanita tersebut. Baginya , Taeri tidak dilihat seperti seseorang yang pandai minum minuman keras.
"Saya minum."
Taeri tanpa ragu-ragu kini meneguk minuman tersebut sambil memejam rapat kelopak matanya. Jiwon yang terpegun dengan keberanian Taeri itu turut bersorak bersama pekerja yang lain sehinggalah Taeri berjaya menghabiskan minuman tersebut sehingga ke titisan yang terakhir.
Jag tersebut diangkat lalu diterbalikkan di atas kepalanya sebagai simbol bahawa cabaran Haesol tadi telah dilakukan dengan jayanya.
"Gwenchana?"
Taeri hanya tersenyum lemah mendengarkan soalan Jiwon itu sambil menunjukkan simbol 'ok' dengan jarinya.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romansa"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...