---
"Oh , tengok tu."
Jari telunjuk kecilnya ditunding pada pintu pagar.
"Kkaja.."
Mereka yang tadinya sekadar berdiri di suatu tempat kini berjalan membuntuti satu figura dari arah belakang.
"Nak tahu satu benda tak?" Salah seorang daripada mereka tersenyum jahat.
"Apa?" Respon sekumpulan rakannya hampir serentak.
"Omma aku kata.. dia tak ada family macam kita."
Wajah mereka berkerut bingung.
"Maksud kau?"
"Dia tu anak pungut." Bisiknya halus. Namun cukup kuat untuk didengari oleh orang lain.
Figura berbaju sejuk yang sedang berjalan di hadapan mereka pada ketika itu menunduk kesal. Alih-alih , topik itu juga yang mereka ulangi sepanjang masa.
"Family dia dah tinggalkan dia masa baby lagi."
"Jadi , dia asalnya bukan anak orang kaya ke?"
"Mungkin tak."
"Untunglah kena pungut dengan orang kaya.."
Sekumpulan manusia itu tertawa lagi.
"Lepas tu kan.. aku ada terdengar omma bercakap tentang family baru dia."
"Apa yang omma kau cakap?"
"Appa dengan omma dia dah tak tinggal bersama."
"Eh? Kenapa?"
"Entahlah. Yang aku tahu , dia dah tak ada appa."
"Ha , aku selalu tengok TV. Kalau benda macam tu jadi kan... mesti sebab dia akan dapat omma baru."
"Bohong!"
Minhyuk akhirnya memusingkan tubuh menghadap rakan-rakan seusianya itu. Sekaligus , tindakan tersebut telah menyebabkan mereka turut sama berhenti daripada berjalan membuntutinya.
Minhyuk sudah serik. Hampir bernanah gegendang telinganya tatkala asyik mendengar usikan yang sama tentang bagaimana dirinya telah diambil oleh keluarga kaya untuk dijadikan sebagai anak angkat. Bukan hanya sekali. Bahkan , hampir setiap hari topik itu dibangkitkan serta diulang lagi dan lagi.
Minhyuk tidak begitu peduli tentang hal tersebut , sejujurnya. Dia sedar akan asal usulnya dan hal itu membuatkan Minhyuk sentiasa ingin membalas jasa keluarga tersebut kerana telah melengkapi keperluan asas hidupnya.
Selama Minhyuk hidup bersama keluarga yang sungguh penyayang itu , dia merasa rendah diri. Kekayaan yang keluarganya miliki tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa. Minhyuk juga tidak pernah lupa diri. Dia bersyukur , sungguh.
Namun begitu , memandangkan keluarganya membawa pengaruh di bandar ini , sudah tentu mudah juga untuk orang lain tahu tentang kisah hidup mereka yang peribadi itu. Yang tidak tahannya , usikan mereka hari ini amatlah keterlaluan.
Berani-berani sahaja mereka mengumpat tentang perkara tersebut seperti orang dewasa. Lebih-lebih lagi setelah melibatkan ibu dan ayahnya.
"Minhyuk-ah!"
Panggilan itu sekaligus membuatkan mata Minhyuk yang kian berair beralih pada punca suara tersebut. Dadanya masih lagi turun naik menahan rasa ketidakpuashatian. Junhoe dilihat sedang melambai-lambaikan dua tangannya di udara sambil tersenyum girang. Seperti kebiasaan , dia seharusnya mengambil Minhyuk pulang dari sekolah.
Minhyuk kemudiannya berlari meninggalkan mereka. Dia bahkan langsung tidak menyahut panggilan Junhoe tadi. Pantas sahaja anak kecil itu melompat masuk ke dalam kereta milik Junhoe lalu menutup rapat pintunya tanpa berkata apa-apa. Kening Junhoe berkerut bingung.
---
Ketika Taeri sedang sibuk menyediakan makanan tengah hari mereka saat itu , pintu rumahnya dilihat terbuka luas. Dua buah pinggan diletakkan di atas permukaan meja makan di mana Taeri dan Minhyuk selalu duduk.
"Minhyuk dah balik? Mari makan dulu."
Kelibat anak kecil itu dilihat terus menaiki anak tangga , sekali lagi tidak menyahut panggilan ke atasnya. Tetamu tetap mereka , Koo Junhoe menjenguk ke dalam rumah itu setelah menghidu bau masakan air tangan Taeri. Dia turut melangkah masuk dan sama-sama terkejut apabila mendengar bunyi dentuman daripada pintu yang dihempas kuat dari aras atas. Taeri mulai bimbang.
"Apa yang dah jadi?"
Junhoe menarik sebuah kerusi untuk duduk. Dia pada awalnya tampak teragak-agak untuk menjawab soalan Taeri setelah memperlihatkan kepada wanita itu dua ulas bibirnya yang dikemam rapat.
"Aku rasa Minhyuk kena buli di sekolah.."
Kutleri yang baru sahaja hendak disusun di atas meja tersebut secara tiba-tiba terlepas dari tangan Taeri lalu jatuh ke lantai. Ketika Taeri ingin segera ke bilik anak kecilnya untuk mendapatkan kepastian , Junhoe pantas menahan tangan wanita itu. Dia menggeleng perlahan apabila mata kedua-dua mereka saling bertatapan.
Bagaimana mungkin Taeri langsung tidak mengetahui apa-apa tentang Minhyuk yang menjadi mangsa buli di sekolah?
"Jangan risau. Dia tak kena buli macam apa yang kau tengah fikirkan."
Junhoe tahu , Taeri pasti membayangkan anak kecilnya dipukul atau dilukai secara fizikal sebaik sahaja dia menyebut perkataan tersebut. Junhoe mengeluh berat.
"Cumanya.. budak-budak tu ada bercakap tentang kau dan Jinhwan... yang kau berdua dah berpisah."
Taeri merasa gagal sebagai seorang ibu sebaik sahaja mengetahui tentang hal itu. Mungkinkah rahsia yang cuba dilindunginya selama beberapa bulan ini telahpun terbongkar?
"How?"
Taeri terduduk di atas kerusi.
"Mungkin budak-budak tu tahu dari parents mereka."
Junhoe mengusap belakang abdomen Taeri untuk menenangkan wanita itu. Kasihan Taeri. Selepas satu , satu lagi masalah datang menimpanya.
"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.."
Taeri meraup wajahnya. Sudah tentunya kanak-kanak seperti Minhyuk tidak seharusnya melalui sesuatu seperti ini.
Dia sanggup menipu anak kecil itu dengan memberi alasan bahawa Jinhwan sedang sibuk bekerja di luar negara dan tidak dapat tinggal bersama mereka lagi buat masa ini. Taeri tidak sampai hati untuk berterus terang tentang bagaimana dia dan lelaki itu bercerai tiga bulan lepas.
"Dia akan tahu juga , Taeri. Cuma cepat atau lambat saja. Don't blame yourself."
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Roman d'amour"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...