---
"Omo.. kenapa baju ni nampak lain sangat dari apa yang aku tengok dalam website?"
Taeri memusingkan tubuh kecilnya ke kiri dan ke kanan beberapa kali di hadapan cermin besar yang dia tempatkan di dalam bilik tidur mereka. Sekerap mana pun ia lihat , gaun yang dibeli dari satu laman web atas talian beberapa hari lepas itu benar-benar tidak serupa dari segi reka bentuknya.
"Takkanlah aku pula yang salah pilih? Padahal aku yakin yang aku dah check betul-betul sebelum buat payment." Taeri merenung sejenak refleksi dirinya pada cermin tersebut. Lihat sahajalah bahu dan pahanya yang terdedah gara-gara memakai gaun tersebut. Sungguh tidak selesa.
"Hmm.. tak boleh jadi ni. Return sajalah. Bukannya aku boleh pakai dress yang sexy macam ni." Rungut Taeri lagi. Zip di bahagian belakang gaun tersebut diturunkan sehingga memperlihatkan kulit tubuhnya.
"Saya dah balik."
Suara Jinhwan yang tiba-tiba sahaja kedengaran di muka pintu bilik tersebut benar-benar memeranjatkan Taeri. Sudahlah gaun itu tidak sempat dizip semula , hampir terlucut pakaian itu dari tubuhnya.
"A-awak dah balik?"
Tersungging senyuman janggal di bibir Taeri. Bukan main payah untuknya fokus pada satu-satu perkara dengan keadaannya yang begitu.
"Awak.. dah makan?"
Taeri cuba untuk tidak terlihat gugup di hadapan Jinhwan. Dia mula merutuki gaunnya yang sentiasa perlu dipegang daripada terlucut itu. Sementara Taeri sedang bergelut dengan dirinya sendiri , Jinhwan hanya memandang wanita itu dengan hairan. Setelah melangkah masuk ke dalam kamar itu , ia pun menutup pintu di belakangnya lalu dikunci.
"Belum. Saya masih belum makan."
Jawapan Jinhwan seolah-olah menjadi peluang untuk Taeri mengaburkan diri dari bilik tersebut. Sekurang-kurangnya , dia perlu berjalan sedikit untuk mendapatkan jubah mandinya yang tergantung di penjuru ruang itu. Hanya idea itu sahaja yang boleh difikirkannya saat ini.
"Kalau macam tu , biar saya pergi siapkan."
Taeri sempat memalingkan tubuh membelakangi Jinhwan untuk mendapatkan getah rambutnya yang ditinggalkan di atas katil. Setelah beberapa detik , matanya membulat. Ia terlupa jika belakang abdomennya sedang terdedah sekaligus menjadi santapan buat mata Jinhwan.
Sebaik sahaja Taeri menoleh , Jinhwan sudah berdiri betul-betul di belakangnya. Dan yang lebih mengejutkan adalah apabila lelaki itu menarik leher Taeri untuk mencium bibir munggilnya.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Storie d'amore"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...