---
"Kenapa kamu tak bincang dengan omma dulu?"
Sama juga situasinya di dalam kediaman mewah itu. Keputusan pasangan tersebut untuk mengambil Jaei sebagai anak angkat kini dipersoalkan oleh ibu Taeri. Mana tidaknya?
Wanita yang baru sahaja kembali dari Dubai itu terkejut apabila kepulangannya disambut oleh kanak-kanak yang langsung tidak pernah dia lihat. Yang lebih mengejutkan wanita separuh abad itu adalah apabila anak kecil yang disangkanya sekadar rakan sepermainan Minhyuk itu turut Taeri perkenalkan sebagai cucunya.
Walaupun setelah puas situasi itu cuba diperjelaskan oleh Taeri , ibunya seolah-olah masih sukar untuk percaya. Tahu-tahu sahaja cucunya sudah bertambah menjadi dua orang. Dia juga diberitahu oleh Taeri bahawa idea tersebut datang dari Jinhwan sendiri. Puan Kim hanya mampu mengeluh berat. Mengapalah anak perempuannya ini terlalu naif?
Dia hanya bimbang anaknya ditipu bulat-bulat sekalipun diperbodohkan oleh Jinhwan. Tentunya disebabkan rasa ragu-ragu kepada lelaki itulah yang membuatkan Puan Kim berfikiran sedemikian.
Hal tersebut turut mengingatkan Puan Kim kepada kisah lampaunya. Walau apa pun yang terjadi , semoga Taeri tidak terkena nasib yang sama sepertinya. Itulah doa ibu Taeri selama pasangan itu mendirikan rumah tangga mereka.
"Maaf. Tapi Taeri taknaklah ganggu urusan omma di sana."
Taeri sememangnya tidak mahu Puan Kim risau tentang apa yang berlaku di rumah ini sepanjang ketiadaannya. Puan Kim mengeluh lagi. Apalah yang lebih penting dari anak perempuannya saat ini? Urusan perniagaannya itu boleh sahaja ditolak tepi jika Taeri lebih memerlukannya.
"Omma bukannya apa , Taeri. Tapi kamu tak pelik ke?"
Ucapan Puan Kim terhenti sejenak. Bibirnya dikemam sebagai tanda bahawa dia tidak pasti jika dia punya hak untuk berkata apa-apa tentang Jinhwan. Lagipun , bukan niat wanita itu untuk menjadi batu api dalam hubungan anaknya. Dia juga tahu betapa sayangnya Taeri pada Jinhwan. Dia hanya tidak mahu Jinhwan mengambil kesempatan di atas kelemahan Taeri itu.
"Omma jangan risau. Taeri percayakan Jinhwan."
---
"You look great."
Secara automatik tubuh Taeri yang sedang berdiri di hadapan cermin dipusing menghadap punca suara tersebut. Jinhwan yang sedang bersandar sambil berpeluk tubuh di muka pintu bilik mereka itu dilihat tersenyum , sekaligus membuatkan Taeri tersipu malu.
"Geomawo.." Ucap Taeri sambil membalas senyuman lelaki itu.
"Nak saya hantar awak?"
Jinhwan kini berada betul-betul di hadapan Taeri. Kedua-dua pasangan itu saling bertentang mata tanpa mereka sendiri sedari. Lelaki itu terpesona , sungguh. Bukan selalu dia dapat melihat Taeri berhias dan memakai alat solek pada wajah manisnya itu. Hari ini , wanita itu terlihat ringkas tetapi cukup cantik di matanya.
"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri."
Tersungging senyuman penuh keterujaan di bibir merah jambu milik Taeri. Namun pada masa yang sama , Taeri juga gementar untuk kembali berhadapan dengan rakan-rakan seusianya ketika perjumpaan semula alumni di sekolah lama wanita itu nanti. Dia bimbang akan berasa kekok di sana setelah sekian lama tidak bersosial dan bertanya khabar dengan mereka.
"Have fun , okay? Hubungi saya kalau ada apa-apa."
Jinhwan menarik lembut kepala Taeri untuk dicium pada permukaan dahinya. Lelaki itu kemudiannya menghadiahkan Taeri beberapa lagi kucupan pada hidung dan keningnya lalu diakhiri pula dengan ciuman yang lebih lama di bibir wanita tersebut.
"Look who is here!! Student nombor 1 paling popular , Kim Taeri!"
Tanpa diduga , kehadiran Taeri disambut meriah oleh sekumpulan bekas rakan sekelasnya. Mereka saling bertepuk tangan dan bersorak pada masa yang sama , sedikit sebanyak menimbulkan kekecohan dalam dewan tersebut. Entah apa sebabnya , Taeri juga tidak mengerti. Dia sendiri bingung untuk memberikan respon terhadap kejutan sebegitu. Taeri tertawa kerana terhibur dengan usikan rakan-rakan lelakinya.
Siapa sangka? Gadis pemalu seperti Kim Taeri begitu disenangi sewaktu zaman persekolahannya. Tidak dinafikan , semua pelajar seusia Taeri pada waktu itu cuba berkawan rapat dengan gadis tersebut sehingga hampir satu sekolah menjadi kenalannya.
Taeri juga tidak tahu apa yang begitu menarik pada dirinya sehingga boleh memegang gelaran pelajar paling popular di sekolah itu. Ramai yang menyebut tentang paras rupanya. Atau mungkin mereka hanya tertarik dengan status sosialnya sahaja. Hal ini kerana ibu Taeri ialah seseorang yang amat berpengaruh di sekolah tersebut.
"Taeri-ah! Duduklah sini.."
Taeri tersenyum lebar apabila melihat beberapa orang rakannya saling melambaikan tangan dari sebuah meja makan.
"Lama tak jumpa... ingatkan bolehlah terserempak kalau masuk universiti yang sama."
Taeri melabuhkan punggungnya pada salah satu kerusi yang kosong di meja tersebut. Mendengarkan hal itu dari mulut rakannya , Taeri sekadar tersenyum janggal.
"Ish kau dah lupa ke? Taeri ni kan dah jadi isteri orang." Celah seorang lagi rakan Taeri sambil menyiku lengan wanita itu.
"Jealousnya.. macam mana bentuk badan kau boleh maintain? Bagilah tips sikit Taeri.."
Rakan-rakannya yang lain mengangguk hampir serentak. Sejak tadi , Taeri langsung tidak diberikan peluang untuk bercakap. Tetapi tidak pula dia merungut disebabkan perkara itu. Dalam situasi kali ini , dia lebih memilih untuk tidak banyak bersuara memandangkan alam perkahwinannya itu tidak semanis yang mereka sangka.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...