---
"Wahh... tengoklah tu. Actor dan actress yang tengah berdiri di atas pentas tu semua good looking belaka."
Pada ketika itu , kumpulan mereka sedang berdiri di suatu sudut dalam dewan hotel tersebut. Buat masa ini , tiada apa-apa lagi yang boleh mereka lakukan. Lagipun , kerja mereka sudahpun selesai sebentar tadi.
"Mereka sepatutnya ambil aku jadi actress juga , tahu? Aku pun nak berlakon dengan Song Kang."
Kenyataan salah seorang daripada rakan sekerja Taeri itu membuatkan mereka semua tertawa. Dia pula hanya tersenyum di sana. Tiada masalahnya untuk sesiapa ingin berangan sekali sekala , bukan?
"Actually , Hayi dengan Taeri pun sesuai kalau jadi artist , kan? I mean they are naturally pretty."
Kini giliran ketua department mereka pula yang tiba-tiba sahaja mencelah , membuatkan dua orang wanita yang menjadi subjek pada ketika itu saling berpandangan.
"Aniyo.. saya tak suka jadi tumpuan orang."
Lelaki itu tertawa sebaik sahaja mendengarkan jawapan Taeri yang kedengaran seolah-olah tidak yakin dengan kecantikan dirinya sendiri.
"Why not? Kalau Taeri dapat watak Han Sohee dalam drama tu , mesti dia boleh lakonkannya dengan baik."
Hayi perhatikan sahaja sebelah tangan lelaki itu yang kini melekap di bahu Taeri. Cara jari-jemarinya bergerak di atas bahu wanita itu membuatkan dia gelisah entah kenapa. Tentu Taeri juga berasa tidak selesa saat itu.
"Sebabnya , dia tak suka drama. Nak berlakon apatah lagi."
Jiwon datang ke arah mereka sekadar untuk menarik lengan Taeri dari sisi sebelah kanan sehinggalah pegangan lelaki itu akhirnya terlepas dari bahu Taeri. Jiwon memandang wajahnya dan tersenyum manis untuk menenangkan hati wanita tersebut.
Mujurlah dia mempunyai abang tiri seperti Jiwon yang sentiasa ada untuk menyelamatkan keadaannya.
"Excuse me. Saya nak pergi tandas sekejap."
Tidak selesa berada di dalam tempat tertutup itu , Taeri ingin segera keluar dari sana untuk menghirup udara segar buat seketika. Itupun setelah dia meneguk segelas wain yang telah mereka sediakan.
Taeri akhirnya melangkah keluar dari dewan tersebut lalu menghala ke arah tandas perempuan yang terletak di lobi hotel.
Yang lebih mengejutkan wanita itu adalah apabila seseorang dengan tenaga maskulin menariknya ke suatu sudut yang agak tersembunyi dari pandangan orang lain. Mulut Taeri ditekup serta tubuhnya ditahan rapat pada dinding.
Mata Taeri kemudiannya membuntang luas apabila dia melihat Jinhwan sedang berdiri betul-betul di hadapannya. Dengan keras , telapak tangan Jinhwan dialihkan dari mulutnya.
"Awak ni buat terkejut saya sajalah!"
Taeri berbisik keras. Dia tampaknya seperti sedang marah dengan tindakan lelaki itu yang hampir sahaja menggugurkan jantungnya.
"Mianhae.."
Taeri kemudiannya dilihat bingung dengan dahi yang berkerut seribu. Mengapa Jinhwan boleh berada di sini? Tidak mungkinlah lelaki itu mengekorinya , bukan?
"Awak buat apa di sini?"
"Awak suruh saya tunggu panggilan dari awak. Tapi sampai hari ni awak tak call.."
Taeri menepuk dahinya. Sejak bila pula Jinhwan bertingkah naif seperti ini? Mungkinkah dia mengambil serius tentang kenyataan Taeri tempoh hari sehingga muncul di hadapan wanita itu sekarang semata-mata kerana Taeri tidak menelefonnya?
"I just.. kinda miss you.. you know?"
Taeri terperanjat tatkala Jinhwan bertindak melulu dengan memeluk tubuh genitnya tanpa sebarang amaran. Dia tidak banyak bunyi. Sebaik sahaja dia berjaya mendakap tubuh wanita tersebut , terus terdiam dia dibuatnya.
"Awak mabuk ke , Jinhwan?"
Taeri mampu menghidu sedikit bau minuman keras pada tubuh badan Jinhwan. Tetapi nampaknya lelaki itu tidak seperti mabuk berat.
"Boleh kita naik atas?"
"Naik atas?"
---
"Saya perlu pergi. Ada hal sikit."
Sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas katil , Taeri meminta diri untuk pergi. Dia ingin segera kembali ke dewan hotel dan wanita itu juga tidak mahu berlama-lama di sini. Mereka mungkin sedang mencarinya sekarang.
"No. Stay.."
Jinhwan menarik lembut pergelangan tangan Taeri untuk duduk bersama-sama di sampingnya. Lelaki tersebut mula mendekatkan tubuhnya dengan Taeri lalu mengamati wajah cantik itu cukup lama.
Nafas Taeri menjadi perlahan. Namun , detak jantung wanita itu bertindak sebaliknya. Setelah perasaan ragu dan malu itu hilang , bibir mereka saling bertaut. Jinhwan meletakkan tangannya pada rahang wanita tersebut untuk memperdalamkan lagi ciumannya.
Taeri menolak dada Jinhwan menjauhinya. Yang dapat dia lihat saat itu hanyalah pandangan bernafsu di mata Jinhwan yang membuatkan Taeri ikut sama terjerat.
Jinhwan sekali lagi merapatkan tubuhnya sehingga Taeri akhirnya terdorong dan berbaring di atas permukaan katil. Jinhwan yang berada di atas wanita itu pun meneruskan ciuman intim mereka.
Dalam sekelip mata sahaja , Jinhwan sudahpun tidak berbaju di hadapan wanita itu. Bahkan , gaun merah yang dipakai oleh Taeri juga tidak berzip sempurna sebagaimana di awal pertemuan mereka tadi.
Ketika bibir Jinhwan kembali berlegar di kulit tengkuk Taeri , tangan wanita itu tanpa sedar mula mencengkam cadar katil. Hatinya berasa ragu dan berat untuk meneruskannya.
Ditambah pula keresahan yang menghimpit dadanya tatkala mengenangkan bagaimana Jinhwan pernah jijik terhadapnya.
"Jinhwan.. saya takut.."
Kenyataan itu membuatkan Jinhwan menatap Taeri penuh kebingungan.
"Wae geurae?"
"I mean.. ini kali pertama saya-"
Taeri tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya. Namun , Jinhwan seolah-olah terluka setelah mendengarkan hal itu.
"Jeongmal mianhae.. ni semua salah saya."
Ketika Jinhwan ingin mengalihkan tubuhnya dari situ , Taeri terlebih dahulu menahannya.
"Aniyo.."
Anak mata mereka bertaut lama. Sepertinya , Taeri akan menyesali segala apa pun keputusan yang dibuat olehnya selepas ini. Nafasnya ditarik dalam.
"Let's do it.."
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...