S1 - 03 장

315 38 1
                                    

---

JINHWAN

"I'm home.."

Pintu utama tidak lupa aku kunci semula. Ruang tamu yang selalunya masih cerah pada waktu-waktu begini kelihatan gelap gelita tanpa sumber cahaya. Mata aku melilau ke sekeliling , entah mencari apa.

Yang terang di aras bawah kediaman ini hanyalah lampu siling di meja makan. Dan hal itu sekaligus membuatkan aku tertanya-tanya.

Dengan langkah waspada , aku mendekati sofa tamu yang paling panjang untuk melihat jikalau Taeri ada tertidur di sana. Selama ini , dialah yang rela menunggu aku pulang setiap malam.

Yang membuatkan aku kagum dengan Taeri adalah walaupun seteruk mana layanan aku padanya , dia tetap setia untuk aku. Sampaikan suatu saat , aku rasa serba salah sangat-sangat pada Taeri.

Aku menghela nafas panjang. Dia sudah tertidur di dalam bilik , barangkali. Itulah sebabnya ruang di aras bawah ini terasa sunyi.

Tekak yang terasa kering kontang mendorong aku ke dapur. Peti sejuk aku buka lalu sebelah lagi tangan aku mencapai sebotol air.

Usai dituang ke dalam gelas kaca , aku meneguknya sehingga ke titisan terakhir. Hilang dahaga aku buat seketika. Dan apabila aku hendak menyimpan semula botol tersebut , sesuatu di dalam sana telah menganggu tumpuan aku.

Kek?

Ulang tahun siapa pula hari ini?

"Mari sarapan sekali... biar saya suapkan awak."

Mata aku kembali segar daripada rasa letih dan kantuk yang menyerang serentak. Adakah ini sebabnya angin Taeri kelihatan baik pagi tadi? Senyumannya juga manis dari kebiasaan. Mungkinkah aku tersilap tentang ini?

Tetapi , rasa terkejut aku kerana terlupa tentang hari lahir Taeri diganti pula dengan rasa nyeri di dada. Dia tidak henti-henti menunjukkan senyumannya pada aku sehinggalah....

"Bukan awak tak pandai masak ke? Kenapa sediakan makanan banyak macam ni? Kan dah membazir."

Semenjak aku kata begitu , seri di wajah Taeri hilang serta merta. Silap aku kerana tidak peka dengan perasaannya. Tidak. Untuk apa aku memberikannya harapan , bukan? Aku naik ke bilik untuk membersihkan diri dan mengganti pakaian.

Nampaknya , Taeri dah lama tertidur di atas katilnya. Melihat berpuluh-puluh beg kertas yang tersusun di sebelah katil , aku yakin Taeri keluar membeli-belah sepanjang hari ini. Sekurang-kurangnya , itu akan membuatkan dia gembira.

Padanlah Taeri nampak letih sahaja dalam tidurnya. Aku merapati katil Taeri. Jarak di antara wajah kami semakin terhakis. Niat aku untuk menciumnya di dahi mati entah kenapa.

Jijik sangatkah Taeri sehinggakan aku tidak sanggup mengucup pasangan aku sendiri? Aku juga keliru. Mungkin kerana aku berasa pelik jika menciumnya tanpa perasaan sayang.

Akhirnya , hanya suara halus yang sempat aku bisikkan pada Taeri sebelum aku ke bilik air untuk membersihkan diri.

"Happy belated birthday , Taeri-ah.."

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now