S2 - 24 장

28 3 33
                                    

---

"I won't let you get away with this.."

Haesol dan Heeji sama-sama menjegil tajam mata mereka kepada Taeri , kononnya ingin menakut-nakutkan wanita tersebut dengan ugutan mereka yang tidak seberapa itu. Bagi Taeri , mereka itu hanya diibaratkan seperti satu jenaka buatnya.

Ujilah wanita itu selama mana yang mereka suka asalkan tidak mengungkit soal Minhyuk. Taeri juga tahu topik tersebut amatlah sensitif buat anaknya meskipun kanak-kanak itu sudah sedia maklum dari awal lagi.

Memang silap besarlah jika mereka menggunakan nama anaknya dalam hal ini.

Kim Taeri pun sudah menunjukkan amuknya. Biarpun tidak berkesempatan menghumban muka mereka di dalam lubang tandas , Taeri lega yang teramat kerana sekurang-kurangnya dapat melunturkan alat solek di muka mereka dengan air sinki.

Taeri tersenyum sendirian , dipandang pelik oleh Hayi yang turut sama terlibat dalam pergaduhan mereka tadi. Hayi dan Taeri kedua-duanya tidak basah sama sekali.

Hanya rambut mereka sahaja yang serabai gara-gara ditarik keras. Jikalau Taeri diberhentikan kerja sekalipun atas alasan seperti ini , dia cukup berpuas hati. Dengan bangganya dia akan melangkah keluar bersama barang-barangnya daripada pejabat itu.

Haesol , Hayi dan Heeji masuk ke dalam bilik mesyuarat terlebih dahulu. Rakaman video mereka berempat yang berbalah dalam tandas perempuan sudahpun tular di dalam group chat setiap department.

Nak atau tidak , kini mereka berempat perlu menjelaskan keadaan di hadapan komiti disiplin yang diketuai oleh pengerusi syarikat.

Sebelum sempat Taeri membuka pintu di hadapannya , seseorang bertindak menarik pergelangan tangan wanita itu ke suatu sudut yang terlindung di sebalik dinding.

Di sana , terlihat jelas raut bimbang di wajah Jiwon. Dialah antara orang terawal yang mendapat berita tersebut.

"Yah.. kenapa awak perlu kerjakan mereka teruk sangat?"

Taeri menundukkan wajahnya. Bagaimana perlu dia jelaskan kepada Jiwon? Bukannya lelaki itu akan mengerti melainkan dia berada di tempat Taeri sendiri.

"Beritahu saja jika awak perlukan bantuan. Nanti saya cuba pujuk sajangnim."

Taeri menarik kembali tangannya daripada pegangan Jiwon. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dalam hal ini. Jika dia perlu berhadapan dengan pengerusi syarikat ini sekalipun , dia akan menjelaskan segala-galanya tanpa berdolak-dalih.

"Tak perlu. Apa-apa pun terima kasih sebab ambil saya bekerja."

Taeri menundukkan tubuhnya sebelum memasuki bilik tersebut. Dapat dilihat wajah tidak puas hati Heeji dan Haesol di sana. Hayi pula nampaknya bersahaja seolah-olah tidak takut dikenakan apa-apa tindakan disiplin.

Barangkali kerana pemilik syarikat ini adalah abang kepada ayahnya.

Taeri yang sedang menunduk kini menoleh untuk melihat individu lain yang turut berada di dalam bilik tersebut.

Namun , sorang lagi lelaki yang turut berada di sana tampak seperti seseorang yang bakal menentukan nasib Taeri jika hanya dilihat dengan ekor matanya sahaja. Sudah pasti dia merupakan pemilik syarikat besar ini.

Apabila diangkat kepalanya , Taeri menghentikan langkah dengan wajah yang sukar untuk sesiapa gambarkan. Tiada penjelasan yang boleh diberi melalui raut wajah tersebut. Jari-jemari Taeri pada ketika itu turut menggenggam erat hujung bajunya.

"Appa?" Gumam Taeri sendirian. Matanya sudah berkaca-kaca tanpa dia sedari.

Figura lengkap bersut seperti ahli korporat itu mengangkat punggungnya dari kerusi sebaik sahaja mata mereka saling bertentangan. Taeri perlahan-lahan mengundurkan langkahnya sebelum pergi meninggalkan ruang tersebut tanpa berkata apa-apa.

Mereka yang turut sama melihat keadaan itu masing-masing berkerut bingung. Jiwon yang pada ketika itu tercegat di luar sambil bersandar pada dinding terperanjat tatkala melihat Taeri berjalan laju ke tandas terdekat. Hendak ditahan sahaja pun sudah terlambat.

Semoga galanya baik-baik sahaja.

---

"Mworago?"

Hayi memeluk tubuhnya sambil tertawa sendirian. Apa yang baru sahaja dia dengarkan sekarang ini dirasakan seperti satu gurauan buatnya. Benarlah kata orang , dunia ini kecil sahaja.

"I didn't know you have a hot daughter like Kim Taeri. I should probably date her , right?" Seloroh Jiwon sambil tersenyum gatal.

Tidak pasal-pasal pula belakang kepala Jiwon ditampar keras oleh wanita itu sebaik sahaja dia mula bersuara. Jiwon memberi pandangan tajam ke arah sepupunya , sudah tentu kerana ia sakit setelah diperlakukan sebegitu.

Hayi menjelirkan lidahnya , tahu jika Jiwon tidak mampu berbuat apa-apa di hadapan pengerusi syarikat itu. Yang dia mampu lakukan saat itu hanyalah menggosok belakang kepalanya yang terasa nyeri gara-gara ulah Hayi. Di fikiran lelaki di hadapan mereka pula bermain seribu satu perkara yang dia kesali.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now