S2 - 26 장

31 4 33
                                    

---

"Omma...."

Taeri yang sedang termenung jauh tatkala camca di tangannya terus mengacau teh panas yang dibancuh saat itu disapa mesra oleh Minhyuk. Melihat Taeri yang masih tidak memberikan sepenuh perhatian terhadapnya , Minhyuk memanggil Taeri berkali-kali.

Sehelai kertas berwarna putih turut dihulurkan kepada wanita tersebut sambil kanak-kanak itu terkinja riang.

Taeri yang tidak mampu mengabaikan hal tersebut segera memalingkan tubuhnya menghadap Minhyuk. Jika dia perlu berterus terang , memang terlalu banyak perkara yang dia fikirkan sejak semalam. Sehingga berdenyut-denyut kepala Taeri dibuatnya.

Kemunculan semula ayahnya yang setelah sekian lama menghilangkan diri benar-benar mengganggu emosi dan fikirannya. Minda Taeri menjadi kacau, begitu juga perasaan wanita itu.

Tidak sah rasanya jika dia tidak termenung sejenak mengenangkan lelaki tersebut. Kadang-kala sehingga membuak-buak rasa marah dan kecewanya itu. Mujurlah hari ini adalah gilirannya pula untuk bercuti.

"Omma..omma.."

"Iyaa.. ada apa?"

Apabila dilihat sahaja sehelai kertas di tangan Minhyuk, Taeri terus mencapainya. Ayat yang ditebalkan tulisannya kini mendapat perhatian wanita tersebut.

"Aktiviti berkelah?"

Taeri mengerutkan dahi. Dia kemudiannya kembali memandang ke arah Minhyuk yang sedang tersengih-singih sambil menggoyangkan badannya , ke kiri dan ke kanan.

"Bolehlah omma.." Pujuk Minhyuk dengan suara manjanya. Mata bundar anak kecil itu pula kian terkebil-kebil.

Taeri tertawa melihat gelagat Minhyuk itu. Jika beginilah cara pujukan kanak-kanak tersebut , mana mungkin Taeri dapat menolak permintaannya. Lihatlah betapa bijaknya anak kecil ini membodek orang tuanya.

"Jaei pun akan ikut sama.." Tambah Minhyuk lagi.

"Then.. should I bake some cupcakes?"

Minhyuk mengangguk laju dengan senyuman yang semakin melebar ke telinga. Taeri mengusap sayang kepala kanak-kanak itu.

---

Ditatap lama satu sampul kecil berwarna putih di tangannya. Di atasnya jelas tertulis 'resignation letter'.  Dia masih tidak dapat membuat sebarang keputusan sehingga saat inu.

Sama ada dia mahu berhenti kerja saat ini juga atau dia sepatutnya mendengar penjelasan ayahnya terlebih dahulu sebagaimana yang Junhoe telah nasihatkan.

Taeri bukannya apa. Kata-kata Junhoe itu kadang-kalanya tidak betul juga. Merapu sahaja lebih.

Taeri di dalam dilema. Dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu buat masa sekarang. Apa lagi untuk bercakap tentang sesuatu yang sudah lama ingin dia lupakan. Taeri tidak mahu menambah lagi luka di hatinya.

Tetapi tidakkah pergi tanpa mendengar apa yang mungkin ingin disampaikan oleh ayahnya kedengaran kejam? Barangkali ada sesuatu yang dia tidak tahu. Lagipun , dahulu Taeri masih tidak mengerti apa-apa.

Mungkin inilah masanya untuk Taeri memahami situasi sebenar ayahnya , bukan?

"Hello step sister.."

Jiwon menurunkan cermin keretanya sebaik sahaja ia memberhentikan kenderaan tersebut betul-betul di hadapan Taeri.

Lelaki itu turut menanggalkan kaca mata hitamnya dengan penuh bergaya. Bertaut rapat kening Taeri tatkala melihat kemunculan Jiwon di kawasan perumahan elit itu.

Bagaimana dia boleh terlepas masuk ke sini? Setahu Taeri , pasti dia akan dimaklumkan terlebih dahulu jika dia punyai pelawat.

"Apa awak buat di sini?"

Jiwon tersengih. Sudah tentulah niatnya adalah untuk menjemput adik tirinya untuk ke pejabat bersama-sama.

"Kita ada banyak masa free ni. Nak pergi breakfast dulu tak?"

Jiwon mengerling jam tangan mahal pada pergelangan tangannya. Soalan Taeri tadi diabaikan sama sekali.

"Tak apa. Saya dah makan.."

Jiwon mencebik.

"At least temankan oppa makan. Nae?"

Oppa? Sungguh tidak percaya. Adakah Jiwon baru sahaja meminta Taeri untuk memanggilnya sebegitu? Dengan muka tidak tahu malunya , Jiwon tersengih kambing.

Sedia maklum bahawa Jiwon adalah anak tunggal kepada pengerusi syarikat di mana dia sedang bekerja sekarang , Taeri serta-merta tahu bahawa dia juga mempunyai pertalian darah dengan lelaki itu. Dan hal itu menjadikan mereka berdua adik-beradik tiri.

Jadi tidak hairanlah jika Taeri masih selesa dengan lelaki itu. Semoga sahaja mereka tidak janggal disebabkan hal tersebut. Jiwon yang sudah lama menginginkan adik-beradik untuk dijadikan kuli juga kini menjumpai sasarannya.

Taeri akhirnya memutuskan untuk mengikut Jiwon keluar bersarapan. Menjadi seorang jiran yang sentiasa sibuk menjaga tepi kain orang , Junhoe terus berpura-pura menyembur kaktus kecilnya dengan air di halaman rumah sambil melihat kelibat Taeri yang mula hilang ke dalam kereta mewah tersebut. Dahinya berkerut.

"Surat apa tu?"

Sebenarnya , sudah lama Jiwon perasan akan objek di tangan wanita itu. Dia juga sudah boleh agak apa isi kandungannya. Pertanyaan lelaki itu hanyalah untuk mendapatkan kepastian.

"Tak ada apa.."

Taeri cepat-cepat memasukkan sampul tersebut ke dalam beg tangannya.

---




Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now