---
TAERI
"Junhoe...."
Aku temui serba sedikit ketenangan setelah Junhoe menarik tubuhku ke dalam dakapan hangatnya.
Namun , entah apa pula punca yang membuatkan tangisan aku bertambah kuat. Dada ini terasa sesak seolah-olah sedang dihimpit oleh suatu bebanan yang sudah lama tersimpan. Aku marah , bercampur sedih dan kecewa kerana terus diperlakukan seperti orang asing.
Prihatin bahawa tangisan aku tidak akan reda dengan nafas yang pendek serta tercungap-cungap seperti ini , Junhoe menarik kepalaku rapat pada bahu luasnya.
Di sana , aku meraung bersama air mata yang jatuh berlinangan. Terasa seperti dua tahun perasaan aku yang terabai selama ini terungkap dalam linangan air mata. Baru aku sedar betapa sakitnya rasa itu.
"Hei , bertenanglah... kau tentu tak mahu Jinhwan lihat kau lemah dan tak berdaya macam ni , kan?"
Tidak ada gunanya menunjukkan sisi kental aku di hadapan Jinhwan kerana lelaki itu langsung tidak akan mempedulikannya.
Namun , alangkah baiknya jika Jinhwan lah yang setia memujuk dan menenangkan aku seperti ini.
"Aku yakin kau tak akan sanggup untuk hadap muka dia dengan keadaan emosi kau macam ni. Jadi , sementara nak tunggu kau tenangkan diri , apa kata kau tidur saja di rumah aku untuk malam ni. Nanti aku minta pembantu rumah aku sediakan bilik untuk kau. Aku akan maklumkan pada mama kau supaya dia tak risau , okay?"
Aku mengundurkan langkah , sekaligus meleraikan pelukan Junhoe. Apa pula kata Jinhwan jika dia tahu tentang ini? Tidakkah itu hanya akan menambah masalah yang kami hadapi?
Namun , jika difikirkan semula , aku malu untuk berhadapan dengan Jinhwan saat ini. Oleh kerana pilihan itu sahaja yang dilihat berkesan untuk emosi aku yang tidak stabil ini , maka aku pun bersetuju tanpa berfikir panjang. Tangan aku ia pimpin ke rumah mewahnya.
---
"Kau nak makan apa-apa? Dalam rumah aku ni cuma ada ramen saja. Kalau nak pesan makanan , terpaksa menunggu lama pula nanti. Ah , kebetulan... aku nak masak ramen ni. Kau nak?
Aku hanya menggeleng lemah. Kotak fikiran aku kemudiannya menerawang jauh memikirkan tentang Jinhwan. Setelah apa yang dia lakukan pada aku , rasa sayang dan cinta ini sepertinya tidak akan berubah sama sekali. Malahan , hati ini terus memujuk aku untuk kembali kepadanya.
"Okay... tapi kalau kau tiba-tiba lapar , jangan sibuk-sibuk nak minta ramen aku ya?" Pesannya sambil memegang senduk di tangan.
Aku sempat menggulingkan bebola mataku. Melihat aku hanya mendiamkan diri , dia mencuri pandang ke arahku lagi. Aku tahu dia sekadar berniat untuk menghiburkan aku. Tetapi , sekarang bukan masa yang sesuai. Terlalu banyak perkara yang sedang aku fikirkan.
"Betul ke kau taknak ni? Boleh tak at least aku buatkan kau kopi?"
Aku mengeluh. Kenapa Junhoe ini bertimbang rasa sangat? Sejujurnya , aku hanya perlu bersendirian saat ini. Selain rasa malu aku terhadap Jinhwan , aku juga malu kerana Junhoe terpaksa mendengar semua luahan hati aku dan masuk campur dalam hal ini. Sedangkan aku sendiri yang perlu menyelesaikan konflik ruman tangga kami. Tak pasal-pasal Junhoe perlu terlibat sama.
"Beri aku wine , soju atau apa-apa sahaja please...."
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...