---
"Alamak.. Minhyuk lupa bawa bekal dia sekali.."
Taeri lantas merenggangkan tubuh genitnya untuk mencapai bungkusan makanan yang telah dia sediakan pagi tadi dari tempat duduk belakang. Wanita itu pun bertindak membuka pintu di sisinya lalu turun dari kereta tersebut.
Fikiran Junhoe yang tidak sempat memproses sebarang informasi memyebabkan lelaki itu hanya terkebil-kebil di tempat duduk pemandu sehinggalah dia akhirnya sedar bahawa Taeri sudahpun keluar dari perut keretanya.
"Yahh! Kim Taeri! Tunggu aku!"
Junhoe juga merutuki dirinya yang terlupa untuk menurunkan tingkap kereta itu ketika hendak memanggil Taeri. Apa gunanya menjerit jika objek tersebut tidak diturunkan?
Maka sia-sia sahajalah jeritan lelaki itu dan akibatnya , gegendang telinga Junhoe juga yang berdengung kesakitan. Kini baru dia tahu mengapa suara lantangnya itu tidak disenangi oleh residen yang tinggal di kawasan kejiranan elit mereka.
"Ini semua sebab tak sarapan pagi.." Kutuknya di dalam hati.
Sementara si Junhoe sedang berdebat dengan perutnya yang lapar pagi itu , Taeri menapak masuk ke dalam kawasan sekolah untuk mencari anak kecilnya. Jika diperhatikan waktu sekarang , masih terlalu awal untuk masuk ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran. Mungkin sahaja Minhyuk sedang meronda-ronda di sekeliling bangunan untuk melihat kawasan sekolah barunya itu.
Nak atau tidak , objek di tangan Taeri mesti diserahkan kepada Minhyuk. Tanpa bekalan makanan tersebut , anak kecil itu pasti akan kelaparan semasa waktu rehatnya nanti.
"Taeri?"
Wanita itu segera berpaling apabila mendengar nama penuhnya disebut oleh seseorang. Jantung Taeri berdenyut sakit melihatkan figura yang kini berdiri betul-betul di hadapannya.
"Dah tiga bulan lebih kita putus contact sejak hari tu. Sekarang barulah saya dapat tengok muka awak sekali lagi."
Hari yang dimaksudkan oleh lelaki itu adalah ketika mereka berdua perlu naik ke mahkamah untuk menyelesaikan tuntutan cerai Taeri.
Jinhwan ingin sekali memeluk tubuh Taeri dan meyakinkan wanita itu bahawa perpisahan mereka bukanlah apa yang Jinhwan kehendaki selama ini. Sungguhpun segala-galanya telah berakhir , dia tidak mahu kekal dalam hubungan yang dipenuhi rasa benci. Perbuatan terkutuknya memang wajar diberikan pengajaran.
Akan tetapi , hati kecil Jinhwan tidak mampu untuk menerima kenyataan yang Taeri bukan lagi miliknya. Apatah lagi jika Taeri terus membenci lelaki tersebut disebabkan kesilapan masa lampaunya.
"I miss you.."
Jinhwan melafazkannya jua , membuang jauh segala rasa malu serta egonya. Taeri juga tidak kalah emosi tatkala mendengar kenyataan tulus dari mulut lelaki itu. Dia dapat lihat dengan jelas di mata Jinhwan yang masih mempunyai sinar harapan agar situasi menyesakkan ini boleh diperbaiki.
Taeri sendiri pun tidak tahu jawapan bagaimana yang perlu dia berikan kepada Jinhwan saat ini. Ketika ucapan lelaki tersebut dibiarkan tidak berbalas , seorang lagi wanita datang menghampiri. Sekaligus , menghentikan suasana janggal di antara mereka berdua.
"Hai.. awak mesti Kim Taeri , kan?"
Wanita itu tersenyum mesra lalu memperkenalkan dirinya.
"Saya Han Sooyeon. Kita pernah bercakap di telefon sebelum ni.."
"Yeobuseyo?"
Taeri mendudukkan tubuhnya sambil menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dia kenali. Denyutan di kepala wanita itu masih lagi terasa , kesan daripada pengambilan alkohol yang berlebihan. Matanya turut berpinar-pinar. Nampak gayanya , mabuk Taeri itu masih belum hilang sepenuhnya.
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...