---
TAERI
"Jinhwan-ah.."
Sekilas ia menoleh ke arahku yang sedang berjalan perlahan dari muka pintu lalu kembali memperbetulkan lengan kemejanya.
Senang rasa hati ini apabila kami berdua berjaya mencapai persefahaman walaupun tanpa rasa cinta.
Cukuplah dia mampu tersenyum dan sudi berbual dengan aku. Hal itu sangat menggembirakan sehingga aku hampir tidak dapat melelapkan mata malam tadi.
Melihat figura yang segak mengenakan pakaian formal pada tubuh maskulinnya itu , aku benar-benar terpukau sehingga tidak berhasil mengalihkan pandangan.
Bahkan , apa yang hendak aku katakan kepadanya juga hampir aku lupa. Lalu aku pun hanya berdiri di hadapan Jinhwan untuk mengemaskan ikatan tali lehernya tanpa disuruh.
"Terima kasih." Ucapnya usai aku selesai.
Lambat-lambat mata aku naik ke wajah tampannya. Lihatlah senyuman itu. Suatu emosi yang jarang sekali dia tunjukkan semenjak kami berkahwin. Walaupun senyuman tersebut cukup singkat , itu sudah memberi makna yang mendalam buatku.
"Kenapa pandang saya macam tu? Awak nak cakap apa-apa ke?"
Debaran kencang di dada ini membuatkan aku mulai menggigit bawah bibirku tanpa sedar. Gugup yang aku rasakan membuatkan aku semakin lemas dengan tarikan pada personanya.
Aku tarik nafas sedalam yang boleh sebelum melepaskannya. Perlukah aku mengungkit isu anak sekali lagi memandangkan kami sedang cuba untuk memberi komitmen masing-masing dalam hubungan ini? Atau apakah masih awal untuk meminta perkara sebegitu? Aku mohon agar angin Jinhwan baik-baik sahaja selepas ini. Aku hanya bimbang akan dikecewakan lagi dengan keputusannya.
"Saya yakin ini bukan kali pertama saya tanya tentang hal ni. Tapi saya harap awak boleh pertimbangkan."
Jinhwan mengangguk sebagai isyarat untuk aku meneruskan bicara.
"Boleh tak kita ambil anak angkat?"
Takut-takut aku merenung ke dalam matanya. Aura tegasnya pada ketika itu perlahan-lahan meyakinkan aku bahawa permintaan untuk mengambil anak angkat tidak akan dipersetujui.
Aku lihat Jinhwan menaikkan tangannya. Alangkah terkejutnya aku apabila rambutku diusap lembut oleh lelaki itu. Adakah aku sedang bermimpi?
"Boleh. Cuma jangan tergesa-gesa sangat."
Aku tersenyum lebar lalu memeluk tubuh Jinhwan dengan erat. Cecair jernih bak mutiara kian bertakung di pelupuk mataku. Ini sangat menyenangkan. Aku bahagia , sungguh.
Namun , memikirkan perihal ketidakselesaannya ketika dipeluk sedemikian rupa , aku mengundur beberapa langkah ke belakang.
"Maaf. Saya teruja sangat."
Jinhwan menggeleng kecil lalu tersenyum malu.
"Apa-apa pun , terima kasih , Jinhwan-ah.."
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Storie d'amore"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...