---
Taeri mengemam bibir , menahan tangisannya daripada kedengaran dalam keheningan malam itu. Melihat si kecil Minhyuk tidur dengan begitu lena di hadapan matanya sekaligus membuatkan Taeri berasa sebak. Tidak sah rasanya jika dia tidak menangis seorang diri disebabkan Kim Jinhwan.
Bukan setakat kecewa. Rasa malu turut terpampang jelas pada wajahnya sehingga saat ini. Dia malu setelah menunjukkan sisinya yang tidak polos sebentar tadi. Dan bukan hanya itu , permintaan Taeri untuk mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri seolah-olah tidak diendahkan dengan alasan yang tidak mampu ia terima.
"Omma?"
Cepat-cepat Taeri mengesat air matanya dengan harapan agar Minhyuk tidak melihat wanita tersebut dalam keadaan begitu.
"Gwenchana? Omma sakit ke?"
Bibir Taeri kini mengukir tersenyum pahit. Bimbang Minhyuk apabila melihat hidung Taeri yang sedang kemerah-merahan di bawah cahaya malap di dalam bilik itu. Fikiran polosnya menyangka bahawa si ibu sedang terkena selesema kerana cuaca sejuk sejak kebelakangan ini.
Soalan prihatin si kecil itu pula seolah-olah mendorong Taeri untuk kembali menangis. Lebih-lebih lagi apabila Minhyuk yang masih mamai itu berusaha meletakkan telapak tangannya pada dahi Taeri.
Namun , walau apa pun yang berlaku , Minhyuk tidak seharusnya tahu tentang masalah di antara Taeri dan Jinhwan. Oleh itu , Taeri harus kekal bersabar demi kanak-kanak tersebut.
"Aniya.. omma gwenchana."
Taeri mengusap kepala Minhyuk dengan penuh kasih sayang.
"Dahaengida..."
Ucap si kecil itu dalam nada perlahan sambil mula menutup rapat kedua-dua belah matanya. Barangkali Minhyuk hampir terlelap semula setelah berjaya mendapat jawapan yang memberi kelegaan di hatinya.
---
"Serious la? Biar betul?"
Suara Junhoe yang ternyata berpotensi menggegarkan rumah jirannya itu membuatkan Taeri menggelengkan kepala sambil mengurut keningnya dengan penuh kesabaran. Perlukah Junhoe terkejut dengan kenyataan Taeri sehingga perlu memberikan respon sebegitu? Mujurlah Minhyuk sudahpun dihantar Taeri ke tadikanya.
Jika lelaki ini tidak membuat onar di rumah orang , bukan Koo Junhoe namanya.
"Aku pelik betullah dengan kau berdua ni."
Wajah Junhoe berkerut seiring dengan persoalan yang kini berlegar-legar di mindanya. Lelaki itu kini berpeluk tubuh.
"Kenapa pula Jinhwan nak ambil anak angkat lagi? Tak boleh ke dia usahakan untuk dapat anak sendiri? Apa guna berkahwin dengan kau kalau macam tu?"
Mungkin seseorang yang mempunyai akal logik tidak akan mengajukan soalan-soalan seperti itu secara kuat dan jelas. Tetapi , tidak Junhoe. Kini Taeri menyesal kerana mengadu kepada lelaki itu perihal rancangan Jinhwan untuk mengambil seorang lagi anak angkat. Matilah Taeri jika Jinhwan tahu tentang apa yang mereka sedang bualkan ini. Tambahan lagi apabila Jinhwan masih belum meninggalkan rumah untuk ke pejabat pagi ini.
Taeri cuba meletakkan jarinya di mulut sebagai isyarat agar Junhoe berhenti bersuara lantang. Dia yakin , bila-bila masa sahaja Jinhwan pasti akan turun ke ruangan ini. Namun begitu , Junhoe sepertinya tidak sedar akan isyarat tersebut dan terus menyoalkan apa yang berada di mindanya.
"Kalau tak pun, mungkin sebab Jinhwan rasa tak confident?"
Taeri membuat mimik muka bingung. Dia sama sekali tidak mengerti apa yang cuba Junhoe maksudkan dengan perkataan confident tersebut.
"Kan? Kau pun rasa macam tu kan? Aku tahu memang mustahil. Eyy , tapi sebenarnya ramai lelaki yang ada masalah ni. Kau je tak tau. Tapi aku rasa betullah yang dia tu tak confident..."
"Tak confident apa?"
Taeri meneguk liurnya sambil menyembunyikan muka dari pandangan lelaki itu. Junhoe pula meneguk jus oren yang dihidangkan Taeri tanpa rasa segan. Memang masaklah mereka berdua kali ini. Jinhwan yang sedang berada di anak tangga menjeling ke arah Taeri.
"We need to talk."
Junhoe bangkit dari kerusinya.
"Terima kasih sediakan jus. Susah-susah je. Aku balik dulu tau."
Dengan tepukan lembut pada bahu Taeri , Junhoe pun meninggalkan mereka berdua dalam keadaan janggal di ruangan tersebut. Terpaksalah Taeri menerima tempiasnya kali ini gara-gara lelaki tinggi itu.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...