---
JINHWAN
"Kamu ambil anak angkat lagi tanpa berbincang dengan appa dulu , Kim Jinhwan?"
Aku sudahpun sedia maklum jika nama penuh aku disebut olehnya , sama ada appa ingin berbincang tentang sesuatu yang mustahak atau dia sebenarnya sedang marah terhadap aku. Atau mungkin sahaja kedua-duanya sekali.
Inilah sebabnya aku tidak gemar lelaki separuh abad ini ikut campur urusan peribadi aku. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan rumah tangga yang aku bina bersama Taeri. Pasti ada sahaja yang tidak kena jika aku tidak mengikut arahannya.
Sungguh , rimas rasanya apabila dikongkong oleh bapa sendiri biarpun setelah begitu lama aku berkahwin. Seharusnya , akulah yang perlu belajar membuat keputusan demi kepentingan keluarga aku sendiri. Tetapi , tidak. Aku sangka sebaik sahaja aku tinggalkan rumah dan duduk sebumbung bersama Taeri , lelaki tua itu pun akan berhenti menganggu keputusan hidup yang aku buat.
"Entah dari mana agaknya kamu kutip budak tu. Kalau yang kamu ambil jadi anak angkat tu cerdik orangnya , tak apa juga. Macam si Minhyuk tu."
Appa serta sifatnya yang suka membanding-bandingkan sesuatu itu sememangnya berpisah tiada. Aku pula yang naik bengang apabila appa berkata begitu tentang kedua-dua orang anak lelaki aku itu , walaupun sejujurnya aku sama sekali tidak menyenangi Jaei kerana pertalian darahnya dengan Sooyeon.
Siapa sahaja yang suka dibanding-bandingkan seperti itu? Aku benar-benar berharap agar anak aku nanti tidak membesar dalam keadaan dikongkong sepenuhnya oleh appa.
"Appa tengoklah sendiri."
Aku yang sudah malas hendak menjelaskan apa-apa kepada lelaki itu hanya melemparkan satu fail berwarna coklat gelap di atas meja tersebut. Appa memandang ke arahku sejenak dengan dahinya yang berkerut seribu lalu mengambil objek tersebut. Fail itu pun dibuka dan beberapa helaian kertas putih di dalamnya dikeluarkan lalu dibaca dengan teliti.
"Yah! Sekarang ni kamu nak kata yang budak tu ialah anak kamu? "
Fail yang terkandung keputusan DNA antara aku dan Jaei itu dilempar semula ke atas permukaan meja tersebut. Appa sudah mula bercekak pinggang di sana dengan wajah bengangnya.
"Anak siapa pula budak ni , hah? Kalau kamu tiba-tiba saja nak ambil dia jadi anak angkat , mesti sebab kamu tahu siapa ibunya , kan?"
Appa sendiri terlihat sedang berfikir panjang ketika aku hanya mendiamkan diri setelah mendengarkan soalannya itu. Aku yakin akan ada seseorang yang terlintas di fikirannya kerana appa juga kenal dengan wanita itu. Ketika aku dan Sooyeon ditangkap keluar berdua-duaan di belakang Taeri , dialah yang memaksa kami untuk segera memutuskan hubungan.
"Seolma.. perempuan tu.. kamu pernah bercinta dengan dia sebelum ni , kan?"
Aku memandang lama ke arah appa dengan riak wajah tenang. Dia pula yang sepertinya lebih cemas dari aku. Bukannya aku tidak risau langsung , aku hanya malas hendak serabutkan fikiran aku ini dengan apa yang belum tentu akan terjadi.
"Jadi macam mana kamu boleh adopt budak tu?"
Appa sudah pasti tertanya-tanya tentang hal itu. Adakah Sooyeon tidak peduli anaknya berada di bawah jagaan aku walaupun setelah kami putus? Atau mungkin appa sedang mempersoalkan bagaimana aku boleh terfikir untuk membuat keputusan ini.
"Sooyeon tengah koma sekarang ni. Jinhwan tak ada pilihan lain. Lagipun ada orang ugut untuk dedahkan perkara sebenar pada Taeri. Jinhwan tak boleh nak diamkan sahaja."
Aku sangka rancangan aku untuk menghentikan ugutan tempoh hari menggunakan Jaei tidak akan berhasil. Tetapi , lihatlah. Individu tersebut sudah tidak lagi menganggu aku dengan mesej-mesej berbaur ugutannya.
Namun begitu , benarkah aku sudah boleh menarik nafas lega sekarang? Atau akan ada lagi ancaman yang menanti aku pada masa akan datang?
"Lagi satu , apa kamu nak jawab kalau Taeri dapat tahu?"
Ah , sampai sekarang aku masih belum tahu alasan apa yang akan aku berikan kepada Taeri. Tapi , aku yakin hari itu akan tiba jua.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...