S1 - 11 장

210 44 7
                                    

---

JINHWAN

Kelopak mata yang terkatup rapat , hidung yang mancung serta bibir tebal yang aku perasan tidak pernah merekah walaupun sedikit telah berjaya menawan imaginasiku.

Jikalau mata , hidung dan bibir yang sesempurna itu milik seorang wanita yang aku cintai , sudah pasti aku akan menatapnya tanpa jemu.

Sayangnya , kau telah ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi pasangan aku apabila rasa cinta dan sayang itu tidak wujud di antara kita.

Kau juga seorang manusia yang benar-benar keras kepala dan sanggup memperbodohkan diri kau sendiri semata-mata untuk bersama dengan seseorang yang tidak berguna seperti aku.

Mata , hidung dan bibir itu jugalah yang membuktikan bahawa aku seorang lelaki egois.

Mata yang menangisi setiap perbuatan dan tindakan bodohku , hidung yang telah beberapa kali mengalirkan darah kerana terlampau letih melayan sikap menyebalkanku , dan bibir yang masih mengucapkan kata sayang walaupun sudah berkali-kali aku melukai hatinya.

Kim Taeri , kenapa kau masih bertahan dalam hubungan setoksik ini?

Aku tersentak apabila air mata Taeri jatuh membasahi kemeja putih yang aku kenakan untuk ke pejabat hari ini. Kedua-dua matanya pula masih terpejam. Ketika aku sedang tertanya-tanya akan sebab Taeri menangis dalam tidurnya , wanita itu meracau lagi.

"Jangan... jangan pergi."

Aku terpaksa memeluk Taeri seeratnya untuk meyakinkan wanita itu bahawa aku tidak akan ke mana-mana tanpanya. Sekembalinya Taeri ke alam mimpi , aku bangkit dan mendukungnya pulang ke rumah kami.

Di sana , aku menyediakan tuala bersih serta sebekas air bagi membersihkan tubuh Taeri. Gaun tidurnya aku tanggalkan dengan cermat , meninggalkan tubuh kurus itu bersama dengan pakaian dalamnya sahaja. Itu pun , aku segera menutupnya dengan selimut. Nampaknya , Taeri bersungguh-sungguh memilih pakaian tidurnya malam tadi.

Sebelum aku meneruskan langkah berikutnya , aku mencapai telefon yang aku abaikan sejak beberapa jam lalu. Pembantu peribadiku dihubungi.

"Saya tak akan masuk pejabat untuk tiga hari ni. Batalkan semua mesyuarat dalam tempoh tu. Saya ada alasan peribadi dan tak mahu diganggu."

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now