S1 - 20 장

64 9 13
                                    

---

JINHWAN

"Tuan tiada meeting yang dijadualkan dengan mana-mana klien untuk hari ni."

Sebaik sahaja pintu lif di lobi terbuka , aku melangkah senang diiringi pembantu peribadiku , Jisoo.

"Saya yakin , tuan mesti ada banyak rancangan untuk luangkan masa dengan anak tuan."

Aku tersenyum sendirian dengan hanya memikirkan rancangan untuk meluangkan masa bersama Taeri dan Minhyuk. Tidak dinafikan bahawa aku senantiasa sibuk dengan kerja sejak kebelakangan ini dan hal tersebut membuatkan aku semakin bosan menghadap timbunan fail di pejabat. Idea untuk membawa Taeri dan Minhyuk ke beberapa buah tempat tidaklah kedengaran teruk , bukan?

Aku pasti mereka akan teruja untuk keluar bersama.

Tidak lama selepas aku membuka pintu kereta , deringan telefon milikku menyusul. Aku melihat ID pemanggil lalu segera menekan ikon hijau pada skrin. Dengan senyuman lebar , aku menjawab panggilan telefon tersebut.

"Nae , Taeri-ah.."

Senyuman aku perlahan-lahan menghilang , berganti dengan raut wajah bimbang sebaik sahaja mendengar esakan Taeri.

"Tunggu saya. Saya datang sekarang."

Aku segera masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin. Tanpa menunggu lama , aku terus memandu ke hospital.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

---

"Mianhae , Minhyuk-ah.."

Aku meluru masuk ke dalam bangunan hospital. Sudah beberapa kali juga aku berlanggar bahu dengan orang-orang di sekeliling aku. Tangisan Taeri yang semakin kedengaran mempercepatkan lagi langkahku yang masih tercari-cari punca suara tersebut. Sehinggalah , susuk tubuh wanita itu akhirnya kelihatan di sebalik tirai langsir.

"Kenapa dengan Minhyuk?"

Itulah soalan pertama yang aku tanyakan kepada Taeri. Wanita itu sempat memandang wajahku sebelum esakannya semakin tidak terkawal. Aku yakin dia tidak mampu untuk menceritakan apa-apa kerana terlalu beremosi saat itu.

"Kami dapat panggilan kecemasan dari tadika. Anak encik ditemui pengsan di tandas selepas beberapa jam terkunci dalam salah satu cubicle." Seorang jururawat memaklumkan kepadaku.

Tubuh si kecil yang sedang terlantar di atas katil itu aku tatap penuh sayu. Wajah Minhyuk terlihat pucat. Aku boleh bayangkan betapa menakutkan untuk kanak-kanak seusia Minhyuk terkurung seorang diri di dalam tempat yang cukup sempit itu.

Aku pun menarik bahu Taeri untuk memeluknya. Entah apalah yang membuatkan wanita itu menyalahkan dirinya sendiri dalam hal ini. Mungkin kerana maternal instinct , bak kata orang putih.

"Jangan risau. Tak lama lagi Minhyuk akan sedar.."

Aku membawa kepala Taeri rapat ke dada lalu mencium ubun-ubun kepalanya.

"Awak tak boleh sedih-sedih macam ni , okay?"

Melihat tangan Taeri bergerak mengesat air matanya dan tersenyum pahit apabila menatapku buat seketika , aku mengusap bahunya untuk memberikan sokongan yang ia perlukan.

---

Disebabkan kejadian yang tiba-tiba menimpa Minhyuk , aku terpaksa membatalkan semua rancangan untuk meluangkan masa bersama Taeri dan anak kecil itu.

Aku berjalan-jalan di sekitar hospital dengan fikiran yang sedang berlegar entah ke mana sehinggalah aku dikejutkan dengan tangan kecil yang tiba-tiba memimpinku.

"Appa.."

Aku memandang sekeliling. Tiada sesiapa yang berada di kaki lima ini melainkan kami berdua. Di mana perginya ibu bapa anak kecil ini sehingga membiarkannya berlegar-legar sendirian?

"Mana penjaga kamu?"

Barangkali kanak-kanak ini mengekori aku dari tadi kerana menyangka bahawa aku adalah ayahnya.

"Kamu sesat ke?"

Aku mencangkung di hadapan kanak-kanak lelaki itu. Nampak gayanya si kecil ini ialah seorang pesakit di hospital ini. Balutan pada kakinya juga menjelaskan segalanya.

Dia tidak pula menjawab soalan aku. Malah , sekadar merenung wajahku dengan penuh teliti. Sekeping gambar di tangannya menarik perhatianku. Mungkin ia boleh dijadikan petunjuk untuk aku mengembalikan anak kecil itu kepada penjaganya.

"Appa.."

Mata aku membulat. Mengapa gambar aku boleh ada padanya?

 Mengapa gambar aku boleh ada padanya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now