---
"Saya ada buatkan sup untuk hangover awak tu. Makanlah ya?"
Taeri perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di meja makan bersama Jinhwan dan juga Junhoe yang seperti kebiasaannya akan bersarapan bersama mereka. Semangkuk sup panas dihidangkan oleh Jinhwan di hadapan wanita itu.
Memang sengaja Jinhwan menyediakan sup itu cukup-cukup buat Taeri kerana tidak mahu Junhoe meminta untuk merasainya walaupun sedikit. Sudah lima tahun lamanya mereka berjiran dan dia sudah kenal sangat dengan perangai Junhoe itu.
Ada sahaja yang mahu dikomen. Tidak kiralah dari segi makanan ataupun perkara lain di dalam rumah mereka berdua itu.
Keheningan pada waktu pagi itu membuatkan Junhoe yang turut berada di sana memandang kedua-dua pasangan tersebut silih berganti. Aneh bagi Junhoe apabila Taeri tidak seperti hari-hari yang sebelumnya.
Dia tidak pasti sama ada Jinhwan turut perasan tentang keadaan pada saat itu kerana Junhoe dengan jelas mampu merasakan aura negatif pada diri Taeri. Seolah-olah situasi yang kebiasaannya dapat dia lihat di dalam rumah ini telah berubah. Angin Jinhwan sepertinya baik-baik sahaja , sedangkan Taeri pula langsung tidak menunjukkan minat terhadap lelaki itu.
Walau macam mana pun Junhoe ingin mengajukan berpuluh-puluh soalan di dalam kepalanya itu , mungkin lebih baik jika dia tidak bertanya di hadapan Jinhwan.
"Do you feel better now? Ada rasa sakit perut atau pening kepala lagi?"
Jinhwan yang setia menunggu Taeri menghabiskan makanannya terlihat bimbang. Lebih-lebih lagi apabila Taeri yang setahunya sentiasa ceria itu hanya membisu sejak tadi. Lelaki tersebut turut tertanya-tanya jika ada sesuatu yang tidak kena.
Jinhwan juga hairan. Setelah sekian lama dia tidak mempedulikan keadaan Taeri sama ada dari segi emosi atau fizikal wanita itu , tiba-tiba terdetik di hatinya perasaan risau.
Taeri meletakkan kutlerinya dengan perlahan lalu menggeleng lemah seolah benar-benar tidak bermaya. Jinhwan dan Junhoe yakin bahawa Taeri menjadi begitu bukan disebabkan kesan sampingan daripada pengambilan alkohol.
Belum sempat Jinhwan hendak membuka mulut , telefonnya berbunyi nyaring. Sebaik sahaja melihat nama pemanggil pada skrin telefon itu , Jinhwan pun mengangkatnya tanpa ragu.
"Nae Jisoo-ssi?"
Pembantu peribadinya itu senyap seketika. Jantung Jinhwan sudah mula berdebar kencang. Firasatnya juga tidak begitu baik sejak Sooyeon dilaporkan sudah sedar dari koma. Pasti ada sesuatu yang berlaku di pejabatnya saat itu sehinggakan Jisoo perlu menghubungi lelaki tersebut dengan telefon peribadinya.
"Saya rasa Tuan kena datang ke sini."
Tanpa menunggu penjelasan Jisoo , Jinhwan pun segera mencapai kunci keretanya. Ketika tubuh Jinhwan yang sedang berlari anak ke pintu utama itu melepasi Taeri , air mata yang sedari tadi wanita tersebut tahan akhirnya mengalir jua.
Junhoe secara refleks berdiri meninggalkan makanannya apabila melihat situasi tersebut. Tubuh kecil Taeri dengan mudah ditarik ke dalam pelukan hangatnya.
Sungguh , Junhoe tidak dapat meneka apa yang sedang wanita itu fikirkan dan apa sahaja yang telah melukai hati Taeri. Namun apa yang pasti , Junhoe tidak sanggup untuk melihat satu-satunya sahabat yang dia ada berseorangan saat ini. Dia merasa bersalah kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk melihat Taeri gembira semula.
"Mianhae , Taeri-ah.."
Bisik lelaki itu di dalam hati kecilnya.
---
Jinhwan dikejutkan dengan kehadiran Sooyeon di dalam pejabatnya. Seperti yang dijangka , wanita itu sememangnya tidak tahu malu. Berani-berani Sooyeon memunculkan diri di hadapannya sekali lagi setelah membawa pergi semua duit yang telah dia berikan.
Jisoo yang turut bersama mereka berdua saat itu pun meminta diri terlebih dahulu setelah mula merasai ketegangan suasana. Sebelum ini pun , dia berada di dalam pejabat itu bersama-sama Sooyeon kerana tidak mahu wanita itu menyentuh apa-apa objek yang bukan miliknya.
"Macam mana dengan Jaei? Awak jaga anak kita baik-baik masa saya tak ada , kan?"
Jinhwan menggengam jari-jemarinya membentuk satu penumbuk. Sudah tentu dia tahu tentang hal itu dan memperbodohkan Jinhwan pastinya merupakan salah satu daripada agenda Sooyeon.
"Walau apa pun yang awak tengah fikirkan sekarang , saya tak buat semua tu demi awak , Sooyeon.."
"Awak yakin? Pertama , awak sanggup ambil Jaei sebagai anak angkat. Kedua , awak berani ambil risiko tu walaupun isteri awak akan tahu juga akhirnya. Bukan ke itu cinta?"
Sooyeon bangkit dari sofa lalu melangkah perlahan menghampiri Jinhwan.
"Oh , let me add one more thing. Awak ada dua orang anak , bukan? I mean anak angkat."
Sooyeon tertawa. Hal itu cukup melucukan baginya. Jinhwan mempunyai zuriat dari darah dagingnya sendiri. Namun , anak tersebut lahir bukan dari perut isterinya. Tidakkah perkara itu hanya membuktikan bahawa Jinhwan masih belum pernah menyentuh Taeri? Bagaimana mungkin?
"Beginilah.. apa kata awak ikut saya. Syarikat appa secara automatik akan jadi milik awak. Berbaloi , kan? Appa awak pun mesti suka."
Sooyeon membetulkan kolar baju Jinhwan dengan jemari runcingnya. Wanita licik itu kemudiannya menanggalkan dua butang pertama dari kemeja Jinhwan sebelum tangannya ditepis kasar.
"Jangan mimpi."
Sooyeon tersenyum sinis.
"Are you sure about that? Saya ada call Taeri pagi tadi and she does not seem to be happy.."
Jinhwan mencengkam leher Sooyeon rapat ke dinding sehingga menghasilkan bunyi dentuman. Dia sama sekali tidak sedar jika dirinya sedang jatuh ke dalam perangkap wanita itu.
"Apa yang kau beritahu dia?!"
Jinhwan menegaskan ayatnya tanpa meninggikan suara. Padanlah Taeri langsung tidak ingin bercakap , apatah lagi memandang wajahnya pagi tadi.
"Saya cuma beritahu dia yang Jaei tu anak kita."
Jinhwan melepaskan Sooyeon. Jika bukan kerana mereka berada di dalam pejabatnya , sudah pasti Jinhwan akan hilang kendali saat ini. Lelaki itu hampir menangis kerana kekesalan yang dia rasakan. Jika Jinhwan tahu keadaannya akan jadi begini , pasti godaan Sooyeon tidak akan memberi kesan kepadanya.
Bunyi pintu yang dikuak membuatkan Jinhwan dan Sooyeon berpaling.
"Taeri? Awak buat apa di sini?"
Mata wanita itu jatuh pada baju kemeja Jinhwan yang tidak berbutang gara-gara tindakan Sooyeon. Dengan cemas , Jinhwan mengancing semula butang kemejanya. Wanita berambut blonde di dalam pejabat Jinhwan itu turut dilihat memperbetulkan pakaiannya.
"Kau tertinggal telefon. Taeri masuk sebab terdengar bunyi bising.." Celah Junhoe yang turut bersama-sama Taeri pada ketika itu.
Taeri tanpa berkata apa-apa , terus berlalu pergi. Junhoe sempat menjenguk keadaan di dalam. Secara kebetulan , Sooyeon dan Junhoe saling bertentang mata buat seketika sehingga Jinhwan melanggar bahunya demi mengejar Taeri.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Storie d'amore"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...