S1 - 18 장

255 37 4
                                    

---

JINHWAN

Sukar untuk aku percaya. Namun , ianya memang benar-benar berlaku. Siapa sangka , bukan? Tiga tahun sudahpun berlalu dengan begitu pantas tanpa sebarang konflik kekeluargaan yang sering aku lalui dahulu.

Sejujurnya , aku berasa amat lega apabila peristiwa pada tiga tahun lepas dapat diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Hanya dengan sejumlah wang suapan , aku berjaya membuat Sooyeon menutup mulutnya sepanjang tiga tahun ini. Lihatlah , dia dan anaknya kini hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak setelah mendapatkan wang tersebut.

Dasar pisau cukur.

Entah apalah yang sudah merasuk aku pada waktu itu. Aku tergila-gilakan Sooyeon sehingga sanggup curang di belakang Taeri.

"Bayi ni.... anak awak.."

Sambil bersandar pada dinding wad itu , aku berpeluk tubuh seiring dengan senyuman sinis yang mengembang di bibirku.

"Apa yang buatkan awak fikir macam tu? Ini ke cara awak kembali pada saya lepas apa yang awak dah lakukan?"

Aku cuba untuk tidak meninggikan suara kerana keberadaan bayinya di sana. Namun , aku sama sekali tidak akan beri muka hanya kerana belas kasihan. Apa yang Sooyeon lakukan di belakang aku... memang melampau.

"Mata ni sendiri yang nampak awak tidur dengan lelaki lain. Jadi , kenapa saya pula ayah kepada budak ni?"

Pada waktu itu , aku tidak berbohong. Aku yakin bahawa Sooyeon ditiduri lelaki lain yang sudah tentunya bukan aku. Aku lihat mereka melakukan hubungan intim dengan mata dan kepala aku sendiri. Dan apa yang Sooyeon katakan saat itu sangat melukakan hati aku.

"Awak- lebih cintakan saya , Sooyeon-ahh.. awak cuma keliru hahh- dengan perasaan awak , kan?"

Aku masih ingat dengan jelas suara lelaki tak guna itu.

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now