S1 - 07 장

257 33 0
                                    

---

TAERI

"Menantu mama dah pergi kerja?"

Aku mengangguk lemah. Untuk menjawab soalan mama walaupun hanya sepatah perkataan sahaja aku tidak kuasa.

"Keadaan kamu berdua masih tiada perubahan nampaknya. Mama dah bosan tengok muka masam kamu tu setiap kali dia ke pejabat. Bila Jinhwan ada di rumah sekalipun , sakit saja yang mama nampak dari senyuman kamu tu. Entah bilanya nak happy macam dulu."

Aku faham sangat dengan apa yang mama maksudkan. Hubungan kami. Aku dan Jinhwan. Tentunya , masih sama seperti beberapa tahun lepas. Tiada komitmen , kasih sayang , apa lagi cinta.

"Mama ada cara untuk kamu ambil hati Jinhwan. Kamu nak dengar?"

Hampir serta merta kepala aku didongakkan. Sungguhpun hati aku berkali-kali menjerit putus asa , aku perlu tahu caranya. Aku perlu mencuba.

"Macam mana?"

Mama kemudiannya tersenyum penuh makna.

"Goda Jinhwan."

---

Di atas katil ini , aku terbaring resah. Jinhwan masih belum pulang ke rumah. Membayangkan dia mula menyentuh aku setelah berjaya menggodanya , aku mulai gementar. Sukakah dia jika melihat aku berpakaian sebegini? Lilin-lilin beraroma yang aku nyalakan apinya terus menerangi segenap ruang bilik tersebut.

Aku kembali duduk dan berfikir panjang. Adakah rancangan ini akan berjaya? Dan yang paling penting , adakah Jinhwan akan menerima aku selepas ini?

Aku sudah tidak peduli jika dia hanya mahukan aku kerana dorongan nafsu. Kedengaran cukup terdesak , bukan?

Setelah mendengar bunyi pintu dikuak , aku berdiri. Jinhwan melonggarkan tali lehernya. Dada aku turun naik melihat betapa menggodanya Jinhwan tanpa kot hitam yang selalu ia pakai ke pejabat. Kemeja putih bersihnya menyerlahkan lagi si empunya badan yang maskulin. Tidak hairanlah jika wanita lain turut terpesona dengan figura dan ketampanannya. Aku cukup bertuah.

Aku kekal tercegat di sana memerhatikan Jinhwan menanggalkan butang bajunya. Lalu ia pun baring , tidak mempedulikan aku sama sekali.

Aku turut baring. Tidak di atas katil aku , tetapi miliknya. Dirapatkan lagi tubuh aku padanya lalu dengan teragak-agak tangan aku melingkar di pinggang Jinhwan.

"Ada apa ni?"

Jinhwan memalingkan tubuhnya. Aku terkedu kerana wajah kami tidak pernah sedekat ini.

"Saya rindukan awak."

Aku tidak berbohong. Aku ingin dibelai oleh suamiku sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Ketika ia ingin kembali membelakangi aku , aku bersuara lagi.

"Sentuh saya... Jinhwan."

Aku menggigit bawah bibirku. Oleh kerana kami dekat antara satu sama lain , dapat aku dengar ia mengeluh.

"Saya penat."

Ini bukan masanya untuk mengalah. Jemari aku menyentuh T-shirt putihnya. Tangan ini kemudiannya ditepis dengan kasar.

"Aku dah kata aku penat , kan!!"

Mata aku terbelalak. Macam tak percaya rasanya. Jinhwan herdik aku secara terang-terangan apabila aku berada begitu dekat dengannya. Mustahil aku tidak terkejut. Dia marah , langsung tiada tanda serba salah pada wajahnya.

"Apa masalah kau sebenarnya , huh? Tak faham bahasa? Aku tak ingat pun kali terakhir aku sentuh kau , Taeri."

Dada aku berdenyut sakit. Kali ini , aku tidak lagi sembunyikan perasaan itu. Air mata yang mengalir tanpa henti ini menjadi saksinya.

"Memang awak tak peduli sebab awak tak pernah pun sentuh saya , Kim Jinhwan!!"

Lalu aku pun bergegas keluar dengan tangisan yang memilukan.

---


Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now