S1 - 10 장

261 42 33
                                    

---

JINHWAN

Jarum pendek sudahpun melepasi jam 3. Dan tentunya , langit di luar juga masih gelap gelita. Aku langsung tidak dapat melelapkan mata walaupun setelah sekian lama menunggu kantuk.

Serba salah? Tentu sekali. Bohong jika aku tidak merasakan walau secebis pun rasa sakit di dada ini setelah melihat seorang wanita menumpahkan air matanya di hadapan aku.

Meskipun aku tidak pernah mengalami situasi di mana aku diabaikan , aku masih lagi seorang manusia biasa yang punyai perasaan. Jadi , sudah tentu aku tahu apa rasanya ditengking dan dimalukan sebegitu.

Cara aku menggertak dan meninggikan suara pada Taeri... semuanya salah. Sedangkan kami boleh sahaja berbincang dengan cara baik. Hanya kerana aku bingung dengan godaannya , tidak bermakna aku boleh memalukan Taeri begitu.

Tetapi bodohnya aku kerana telah memilih cara itu tanpa mempedulikan hak dan perasaan Taeri. Entah berapa kali sudah aku mengulangi kesilapan yang sama. Sebolehnya , aku tidak mahu melukakan hati Taeri walau sebenci mana pun aku terhadapnya. Tetapi apa yang terjadi sekarang? Makin teruk pula yang aku rasakan.

Mungkin aku patut ceraikan sahaja Taeri demi tidak terus menerus menyakitinya. Namun , aku yakin keputusan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Ditambah lagi dengan emosi Taeri yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

Urusan penceraian kami tentu akan menjadi sukar buat Taeri memandangkan hanya dia seorang sahaja yang menunjukkan komitmen selama hampir dua tahun usia perkahwinan kami. Aku yakin , Taeri pasti tidak mahu melepaskan ikatan perkahwinan ini.

Ya Tuhan , penyelesaian bagaimanakah yang akan menguntungkan aku dan Taeri?

---

Seperti yang aku jangka akan berlaku pada keesokkan hari , aku lewat ke pejabat kerana hampir tidak sempat melelapkan mata pada malam sebelumnya.

Taeri yang sering mengejutkan aku setiap pagi dan menyediakan segala keperluan aku langsung tidak kelihatan di mana-mana. Beginilah rasanya hidup bersendirian ketika aku masih belum mendirikan perkahwinan. Sunyi , bukan?

Bahkan , melihat Junhoe berdiri di luar pagar rumah ini sudahpun merosakkan angin aku di awal pagi itu. Mengapa dia perlu ada di sini dan menyakitkan mata aku?

"Nampak gayanya ada orang lambat pergi kerja hari ni. Macam mana rasanya bila orang yang selama ni jaga makan minum dan pakaian kau tiada , hmm?"

Aku berdecit malas. Sindiran Junhoe yang sedang berpeluk tubuh itu kedengaran pedas. Tetapi , sedikit pun tidak menggugat aku. Malas aku hendak bertekak dengannya.

"Kau nak apa? Aku dah lambat ni.."

Dia kemudiannya berjalan menghampiriku dengan wajah angkuh yang ingin sahaja aku hancurkan. Raut wajah lelaki itu kemudiannya berubah serius.

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Tentang Taeri."

---

"Aku nak bawa Taeri pergi klinik , tapi dia tak mahu. Walaupun kau banyak sakitkan hati dia , kau juga yang dia cari. Yang dia sebut pun cuma nama kau je sepanjang masa." Sindir Junhoe.

"Tapi , pujuk macam mana pun , aku tahu dia memang takkan berganjak dari katil tu. Dia memang selalu buat perangai bila dia mabuk." Sambungnya lagi.

Aku perhatikan sahaja susuk tubuh yang sedang meringkuk seperti anak kecil di atas katil itu. Mendengarkan bahawa Junhoe seolah-olah mengenali tabiat Taeri lebih daripada diri ini yang sudah dua tahun bergelar suami , dalam diam aku menyimpan rasa tidak puas hati.

"Berapa banyak dia minum malam tadi?"

Aku sempat menghubungi pejabat dan mengatakan bahawa aku tidak akan hadir pada hari ini. Jangan salah faham. Aku tidak akan tercegat di sini sekiranya aku tidak dipaksa oleh Junhoe.

"Dia habiskan dua botol soju. Tahu-tahu je dia pengsan. Bila dia sedar , dia mengadu pening dan sakit perut."

Mukanya pucat. Malah , butiran keringat turut dilihat pada dahi Taeri. Dah tentu dia minum dengan perut kosong sehingga sakit begini.

"Aku tinggalkan kau berdua di sini. Kau buatlah apa yang kau rasa patut."

Junhoe menepuk perlahan bahu aku lalu meninggalkan kami berdua di dalam bilik ini. Apabila Junhoe menutup rapat pintu di belakangku , barulah aku melangkah ke hadapan hanya untuk duduk di samping Taeri yang masih belum mencelikkan mata. Lambat-lambat aku merapati Taeri.

"Bangun cepat. Sedar sikit rumah awak tu di mana. Jangan tahu nak menyusahkan orang je."

Aku menggoncangkan bahu Taeri , perlahan.

"Jinhwan.."

Taeri merengek dengan mata yang bertutup rapat. Aku menghela nafas panjang , jauh dari muka Taeri. Mulutnya masih berbau minuman keras.

"Ya , ini saya. Kim. Jin. Hwan. Bangunlah cepat. Saya tak ada masa nak tunggu awak ni."

Aku merapatkan lagi tubuh kami agar dia dapat mendengar suara aku dengan jelas. Tidak disangka-sangka pula Taeri akan merangkul tengkuk aku. Akhirnya , kami berpelukan dalam keadaan kekok begitu.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now