S2 - 27 장

26 3 16
                                    

---

Sebaik sahaja Taeri dan Jiwon tiba di hadapan bangunan syarikat , hampir serentak mereka berdua keluar dari perut kereta mewah milik lelaki itu.

Jiwon pula sempat menyerahkan kunci keretanya seperti biasa kepada valet untuk memakirkan kenderaan kesayangannya itu.

Ketika Taeri dan Jiwon sedang berjalan masuk ke dalam bangunan di hadapan mereka , secara kebetulan pula mereka boleh terserempak dengan Pengerusi dan beberapa orang lagi individu yang langsung tidak dikenali oleh wanita tersebut.

Masing-masing menghentikan langkah disusuli dengan wajah penuh tegang , menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang sedang mengiringi orang penting tersebut.

"Kita meet up sekejap lagi. Nanti saya datang."

Dengan itu , mereka pun melangkah pergi terlebih dahulu seperti yang diarahkan. Kini tinggal mereka bertiga sahaja di sana.

Pengerusi Kim menatap sayu wajah kecewa anak perempuannya yang pernah dia tinggalkan tanpa sebarang penjelasan. Dia malu. Malu kerana gagal menjadi seorang ayah buat Taeri.

Tahu-tahu sahaja , Taeri sudahpun membesar menjadi seorang wanita. Dan yang begitu mengejutkan baginya adalah apabila dia mendapat tahu daripada Jiwon bahawa anak perempuannya itu baru sahaja bercerai.

Pasti sukar untuk Taeri menerimanya semula dalam keadaan yang begitu. Tambahan pula , dia tidak pernah ada di sisi Taeri ketika anaknya itu sedanh membesar.

Jiwon yang dapat merasakan ketengangan di antara dua insan itu memutuskan untuk tidak masuk campur soal mereka berdua. Biarlah anak-beranak itu sendiri yang menyelesaikan salah faham antara mereka.

"Taeri-ah.. can we talk somewhere?"

---

"Maafkan saya. Kalau tak ada apa-apa lagi , saya pergi dulu."

Taeri sudah hilang sabar. Dia tidak boleh menunggu lama seperti ini apabila lelaki itu langsung tidak mahu membuka mulutnya. Sedangkan Taeri sudahpun berada di hadapan matanya saat ini. Bukankah dia sepatutnya mengambil peluang itu untuk menjelaskan segala-galanya?

Entah apa yang sedang difikirkan begitu lama pun dia tidak tahu. Yang pastinya , Taeri tidak sudi untuk mendengar apa-apa buat masa ini. Dia berputus asa.

"Taeri-ah.."

Ketika wanita tersebut hendak melangkah pergi dari sana , dia kembali berpaling disebabkan panggilan itu. Giginya diketap geram.

"Berhenti panggil saya macam tu. I hate it."

Sejujurnya , banyak yang mahu lelaki itu jelaskan. Namun , rasa malunya terhadap Taeri membuatkannya sukar untuk bersuara. Bukan ingin membela dirinya yang sudah sememangnya salah dalam hal ini , dia hanya mahu Taeri tahu tentang keadaannya.

"Taeri. Appa boleh jelaskan."

Sebaik sahaja lelaki itu menggelarkan dirinya appa , Taeri tersenyum sinis. Jelas di wajahnya rasa benci dan jijik seolah-olah panggilan itu langsung tidak kena dengan lelaki tersebut.

"Tak perlu bahasakan diri macam tu depan Taeri. Where were you when I need you the most?"

Suara Taeri kedengaran tegas. Lelaki tersebut menundukkan wajahnya , sedar bahawa dia tidak akan mampu untuk membuat Taeri berpuas hati dengan jawapan yang akan dia berikan.

Sementara Taeri pula cuba menahan dirinya agar tidak terlihat terlalu beremosi. Lelaki itu tidak pernah ada di sisi Taeri saat dia memerlukan nasihat dan sokongan seorang ketua keluarga.

Kerana baginya , tempat lelaki itu sebagai seseorang yang boleh dia bergantung harap sudah lama tiada.

---

"Malam ni ada press conference pasal drama baru tu. Taeri , Hayi , Yunseol , dan Hyeorin akan ikut saya pergi dewan hotel."

"Nevertheless? Aku dengar cerita tu tak sesuai untuk bawah umur."

Mereka tertawa. Sedangkan Taeri pula nampaknya sedang termenung jauh tatkala ketuanya sedang memberi penjelasan tentang sidang media yang akan dihadiri oleh pihak mereka. Hujung blazernya digentel berkali-kali tanpa sedar.

Dia tidak mampu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerjanya sejak tadi.

"Taeri. Awak dengar ke tak ni?"

Taeri mengangkat wajahnya , hairan apabila mereka yang lain juga sedang memandang tepat ke arahnya.

"Nae.."

"Okay.. sekarang kita siap-siap. Kejap lagi nak gerak dah. We have to be there before 8."

Malam itu , Taeri menukar pakaiannya untuk ke sidang media yang akan berlangsung di dewan hotel lima bintang di Seoul.

"Mwoya? Kau nak pergi majlis kahwin ke pakai baju macam ni?"

Hayi tertawa tatkala memandang Taeri dari hujung rambut ke hujung kaki. Dia tidak bermaksud pun untuk mengejek. Wanita tersebut hanya terpegun melihat figura Taeri yang mengenakan gaun berwarna merah malam itu.

Begitulah cara Hayi memberikan pujiannya terhadap orang lain. Walaupun pelik caranya itu , tetapi tidaklah dia terang-terangan dilihat seperti sedang mengampu orang lain. Lain pula dengan Jiwon yang memang tidak tahu malu.

"Saya tak tahu nak pakai apa.."

"Anyway , you look gorgeous..."

Sampuk Jiwon , seperti yang Hayi jangkakan. Wanita itu menggulingkan bebola matanya penuh jengkel. Kalau dengan Taeri , bukan main manis sahaja mulutnya itu. Sedangkan Hayi pun langsung tidak pernah dipuji.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now