S2 - 21 장

30 4 14
                                    

---

Jinhwan terperanjat tatkala mendengar pergerakan di ruang tamu. Lelaki itu terduduk di atas sofa dengan wajah mamainya. Bahkan kelopak mata lelaki tersebut juga sukar sekali untuk dibuka sepenuhnya.

Selalunya , Jinhwan memang payah hendak bangun pagi. Lebih-lebih lagi di hujung minggu seperti ini di mana dia tidak perlu bangun awal untuk menyiapkan Jaei ke sekolah.

Tetapi entah bagaimana pula lelaki itu boleh menjadi peka dengan bunyi-bunyian di sana sehingga mampu membuatkannya terjaga.

Sampai begitu sekali dia tidak mahu Taeri pergi meninggalkannya.

"Taeri. Tunggu."

Ketika Taeri dilihat sedang memulas pintu utama unit apartment tersebut , Jinhwan segera menahan tangannya.

"Saya nak cakap sesuatu dengan awak."

Taeri menarik keras tangannya dari genggaman lelaki tersebut. Dia tidak sudi untuk mendengar , apa lagi hendak bercakap dengan Jinhwan pada ketika itu. Sudahlah Jinhwan membawanya ke rumah ini ketika dia dalam keadaan mabuk . Adakah lelaki itu berniat untuk mengurungnya di sini pula?

Jinhwan menggenggam pergelangan tangan Taeri lalu mengheret wanita itu ke biliknya. Tentu sekali kerana dia tidak mahu Jaei mendengar perbualan dua orang dewasa itu.

"Awak masih bencikan saya?"

Taeri merengus sinis. Soalan jenis apakah itu? Wanita itu memeluk tubuhnya. Jinhwan yang sudah mula hilang sabar dengan reaksi wanita itu kini menggenggam pula kedua-dua belah lengan Taeri sehingga wanita itu meringis kesakitan.

"Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah."

Taeri terlupa sejenak tentang kesakitan yang dia rasakan saat itu apabila melihat mata Jinhwan yang mula berkaca-kaca. Hatinya ikut pedih apabila Jinhwan terduduk melutut di hadapannya.

Walau bagaimanapun Jinhwan cuba menyembunyikan tangisan kelakiannya , fakta bahawa Taeri sedang melihatnya pada ketika itu membuatkan Jinhwan terasa seperti ingin melepaskan segala yang terbuku di hatinya hari ini juga.

"Saya tahu saya banyak buat salah pada awak selama ni. Saya boleh terima kalau awak masih belum maafkan saya disebabkan semua tu. Tapi janganlah diam , Taeri-ah.. saya tak tau apa yang awak fikirkan bila awak diam."

Taeri menunduk. Perlukah dia berlembut dengan Kim Jinhwan atau kekal begini sampai bila-bila? Dia hanya tidak mahu disakiti sekali lagi.

"Geumanhae.."

Setelah sekian lama merutuki diri sendiri , Jinhwan mengangkat wajahnya. Ketika itu , pipinya yang basah gara-gara air mata terlihat begitu menyedihkan buat Taeri. Wanita itu mengeluh sejenak lalu duduk mencangkung di hadapan Jinhwan.

Jari-jemari halusnya digunakan untuk mengesat kesan air mata tersebut. Sekaligus sentuhan Taeri itu membuatkan mata Jinhwan terpejam. Dia kembali tenang buat seketika.

"Kita bincang lain kali. Just tunggu panggilan dari saya. Sekarang , saya kena pergi."

Taeri kembali berdiri. Diikuti pula oleh Jinhwan. Segan pula rasanya apabila dia perlu menangis di hadapan Taeri. Jinhwan sudah tidak peduli , dia hanya mahukan wanita itu kembali.

Terdesak? Ya. Boleh dikatakan begitu.

"And... boleh saya pinjam duit awak dulu? Untuk tambang bas. Saya tak bawa loose change."

Bagaimana Jinhwan boleh terlupa? Taeri tidak punya telefon dan beg duitnya kerana barang-barangnya tertinggal di restoran ketika dia sedang mabuk berat malam tadi. Taeri sekali lagi terlihat kekok di hadapan lelaki itu seolah mereka ini benar-benar orang asing yang saling tidak kenal.

Dengan mata yang sembap , Jinhwan menarik laci teratas pada meja di sisinya.  Beberapa keping wang kertas dikeluarkan tanpa dilihat pun jumlahnya terlebih dahulu. Duit itu adalah baki yang dia peroleh daripada pembelian makanan ringan di kedai runcit malam tadi.

Namun , dia yakin duit tersebut cukup sebagai tambang untuk Taeri pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

"Ambillah. Guna saja ni untuk naik teksi. Sekarang ni mereka dah tak guna duit kecil untuk tambang bas. Semua jenis transport pun dah kena pakai kad , tahu?"

Jinhwan yang berpeluang merasai perubahan itu tersenyum nipis. Dahulu , kehidupan mewahnya yang datang dari kesenangan hidup Taeri membuatkan lelaki itu lupa tentang cabaran di dunia luar.

Tambahan pula , apabila Jinhwan masih belum berbaik dengan ayahnya. Kini barulah dia belajar bagaimana untuk hidup bersederhana.

"Hati-hati.."

Taeri akhirnya meninggalkan bilik itu. Ketika dia hendak membuka pintu utama , pintu tersebut secara kebetulannya ditolak oleh seseorang dari arah luar.

Sooyeon dan Taeri sama-sama membuntangkan mata. Matilah dia kali ini apabila terang-terangan tertangkap tidur di rumah Jinhwan!

Sebelum Sooyeon sempat bertanya apa-apa kepada Taeri , wanita itu terlebih dahulu meninggalkan rumah tersebut dengan segera. Sooyeon sudah mengetap giginya penuh amarah. Ketika itu jugalah , Jinhwan yang tidak bernasib baik keluar dari bilik tidurnya. Dia juga terkejut melihat wanita itu.

"Sooyeon-ssi.."

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now