---
JINHWAN
Dengan langkah yang perlahan , aku menaiki satu-persatu anak tangga di hadapanku. Pintu bilik Minhyuk ditatap lama sebelum aku mengambil keputusan untuk memasuki kamar tersebut. Namun pintunya aku kuak sedikit sahaja agar tidak menganggu lena anak kecil itu.
Aku memperbetulkan selimut Minhyuk sehingga ke paras bahunya. Sejuk hatiku tatkala memandang Minhyuk yang sedang tidur dengan nyenyak itu. Akan tetapi , hati aku kini terasa berat setelah mengingati bahawa aku sudah jarang meluangkan masa dengan Minhyuk sejak kebelakangan ini.
Mungkinkah aku berkerja terlalu keras bagi seseorang yang memegang jawatan pengarah syarikat?
Aku kembali menutup pintu bilik itu setelah melangkah keluar dari sana. Aku pun berjalan ke arah bilik tidur yang dikongsi bersama Taeri. Mungkin dia juga sudah lena dibuai mimpi.
"Saya dah balik.."
Aku berharap agar suara serta kepulanganku pada waktu begini tidak menganggu tidur Taeri. Namun , melihatkan Taeri yang sedang berdiri di hadapan cermin dengan lampu tidur yang masih terpasang , aku sama sekali tidak perlu bimbang.
"A-awak dah balik?"
Wanita itu tampak begitu terkejut sehingga suaranya pun terketar-ketar. Tingkahnya kalut seperti sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuanku. Mataku secara automatik bergerak melihat tubuhnya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Gaun yang Taeri pakai pada saat itu lebih menarik perhatianku yang mana tubuhnya yang tidak pernah aku terokai sebelum ini kini terpampang jelas di hadapan mata. Taeri terlihat tidak selesa. Bagai menahan tuala mandi yang dililit di badan dari terlucut, begitulah keadaan Taeri yang boleh aku umpamakan.
"Awak.. dah makan?" Soal Taeri sambil tangannya bertahan memegang gaun tersebut.
"Belum. Saya masih belum makan."
Mata aku terlalu fokus pada susuk tubuh ramping itu sehinggakan jawapan yang sepatutnya aku berikan kepadanya bertentangan sama sekali dengan apa yang bermain di fikiranku.
"Kalau macam tu , biar saya pergi siapkan."
Taeri memusingkan tubuh, tercari-cari sesuatu yang berada di atas katilnya. Rambutnya yang panjang kini meluncur jatuh dari bahu itu sebaik sahaja dia membongkokkan sedikit daripada tubuhnya. Kulit Taeri yang terdedah di sebalik bukaan luas zip gaun satin itu menaikkan lagi nafsu kelakian aku.
Aku lepaskan sahaja beg yang dipegang semenjak tadi jatuh ke atas permaidani. Tanpa sedar, langkahku dibuka menghampiri empunya badan itu. Kemudian apabila Taeri kembali berhadapan dengan aku , dia terduduk di atas katil seolah-olah sedang terkejut. Kedua-dua belah tangannya tidak lagi memegang gaun tersebut. Lurah dadanya kini mengaburi pandangan aku.
Bibir Taeri aku cium sambil memegang kepalanya dengan penuh intim. Kepala lutut ini mula berhati-hati memanjat katil sehingga Taeri terbaring di bawah tubuh aku.
Tangan aku bergerak perlahan menyentuh paha Taeri yang lembut itu. Bahagian itu aku urut dengan pergerakan menghampiri celahan pahanya.
"Hmm.."
Deruan nafas serta bunyian yang terlepas dari bibir wanita itu membuatkan seluar ini terasa semakin sempit. Taeri kembali memagut bibir aku sehingga kami berdua hampir lemas dalam ciuman tersebut. Aku sedar bahawa aku terlupa akan matlamat sebenar aku buat seketika. Perlahan-lahan aku menjauhkan wajah ini dan baring di sampingnya. Kami berdua pun menatap siling dengan dada yang masih berdebar kencang.
"Taeri-ah.."
Dengan tenang , aku cuba mengawal kehendakku daripada menguasai diri. Seluar ini masih terasa sendat , kagumnya kerana kami hanya berciuman setakat ini. Belum lagi melanjutkan apa-apa yang lebih sensual.
"Ya?"
Beberapa detik keheningan malam itu dapat aku rasakan. Taeri terus menatap siling. Dari ekor mata ini , dapat aku perhatikan wanita itu menggigit bawah bibirnya yang aku cium sebentar tadi.
"Saya rasa kasihan pula tengok Minhyuk tak berteman.."
Sebaik sahaja nama Minhyuk dipetik , wanita itu menoleh. Mungkin Taeri tertanya-tanya mengapa aku menyebut tentang Minhyuk sedangkan aku tidak pernah berbincang apa-apa perihal anak kecil tersebut bersamanya.
"Awak tak rasa kita patut tambah lagi seorang? Sekurang-kurangnya Minhyuk ada kawan seusia dia untuk berbual.."
"Maksud awak?"
Taeri nampaknya bertambah bingung. Aku menghela nafas panjang sebelum bersuara lagi. Aku yakin, kenyataan aku selepas ini pasti akan melukakan hati Taeri.
"Kita ambil seorang lagi anak angkat. Nak?"
Kenyataan aku membuatkan Taeri terdiam lama.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...