---
JINHWAN
"Dah lama rasanya kita tak makan malam bersama-sama macam ni , bukan?"
Aku mengangguk kecil sambil mulutku mengunyah perlahan potongan daging stik yang terasa manis ini.
Memang benar kami berdua tidak berhubung selama hampir 2 tahun. Mungkin hal itulah yang membuatkan aku berasa janggal di hadapannya pada ketika ini.
"Silap appa sebab terlalu kuat bekerja. Kamu tentu dah dengar dari omma yang appa akan pencen tahun ni , kan?"
Aku meletakkan kutleri yang aku pegang buat seketika.
"Sekarang ni appa tak perlu lagi risau tentang kamu , Jinhwan. Appa senang hati tengok kamu bahagia dengan Taeri. Dia mampu bagi kamu kemewahan dan keselesaan hidup. Appa harap kamu jaga isteri kamu tu baik-baik. Setakat ni kamu tak pernah menghampakan appa."
Barangkali bagi orang lain , itu merupakan nasihat yang lazim bapa mereka berikan untuk seorang anak lelaki. Akan tetapi bagi aku , motif appa mengatakan hal itu tetap sama.
Penyatuan aku dan Taeri sememangnya perkahwinan yang diatur oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Sebagai seorang anak , aku tahu yang dia hanya mahukan masa depan yang cerah untuk aku. Tetapi , aku masih tidak dapat membuang perspektif buruk terhadap appa.
Sehingga saat ini , aku tetap percaya bahawa appa melakukan semua hal itu kerana sifat materialistiknya. Tanggapan itu sukar untuk aku padam melihatkan bagaimana dia cuba untuk mendapatkan aset dari keluarga Taeri dari awal usia perkahwinan kami lagi.
Selama ini , appa sememangnya telah bekerja keras sehingga berjaya menyandang jawatan tinggi dalam syarikatnya. Dengan hasil titik peluh appa jugalah yang membolehkan aku hidup senang sepanjang aku membesar.
Tetapi , sifat mengongkong appa tetap tidak pernah berubah. Walaupun setelah aku menjadi ketua keluarga.
"Jinhwan?"
Aku segera mengangkat wajahku.
"Ya , appa?"
Lama sangatkah aku termenung tadi?
"Macam mana dengan anak angkat kamu tu? Taeri tak ada masalah dengannya kan?"
Aku menggeleng.
"Appa bukannya apa. Kalau kamu berdua ada anak sendiri nanti , mesti susah. Kamu tentu tak boleh fokus pada kerja kamu. Nak besarkan anak ni tak semudah yang kamu sangka. Appa nak besarkan kamu pun appa kena bekerja keras. Kamu dikira beruntung keluarga Taeri terima kamu sebagai menantu. Jadi kamu tak perlu susah-susah."
Kata-katanya sedikit sebanyak mengguris hati aku. Seolah-olah appa hanya melihat aku sebagai seseorang yang berjaya hanya disebabkan bantuan keluarga mertuaku.
"Kalau bukan disebabkan Taeri yang nak sangat anak , appa takkan setuju. Tapi appa hanya boleh benarkan kamu ambil anak angkat sajalah." Sambung appa lagi.
Bukannya aku tidak tahu yang appa bersungguh-sungguh ingin menjaga hati Taeri sekeluarga. Itulah penjelasan mengapa aku tidak bersetuju untuk mempunyai zuriat bersama Taeri. Appa adalah salah satu puncanya.
"Taeri memang dah lama berkenan dengan budak tu sejak dia bantu foster home mereka dari segi kewangan. Jinhwan pun terima dia dalam keluarga ni. Asalkan Taeri happy , Jinhwan pun gembira sama. Taeri dah anggap Minhyuk tu macam anak dia sendiri." Aku akhirnya bersuara.
Ya , Taeri sangat menyayangi anak angkat kami sehingga suatu saat aku bimbang jika si kecil itu terlalu dimanjakan oleh ibunya. Namun , setelah melihat bagaimana hubungan mereka berdua terus akrab , aku ingin melindungi mereka walau dengan apa cara sekalipun.
"Baguslah kalau begitu. Sampaikan salam sayang appa pada cucu appa tu."
---
"Appa!"
Aku tersenyum sebaik sahaja Minhyuk menyedari kehadiran aku di sana. Ketika itu , seorang wanita yang sedang mendukungnya mengusap belakang kepala anak kecil tersebut. Susuk tubuh yang sangat aku kenali itu akhirnya berpaling.
"Jinhwan?"
Wanita itu meletakkan Minhyuk setelah kanak-kanak tersebut meminta untuk turun dari dukungannya.
"Kenapa tak beritahu nak ambil Minhyuk balik dari sekolah?"
Taeri melihat pakaianku dari atas ke bawah. Aku masih dalam pakaian formal. Jadi , sudah tentu dia ingat aku masih sibuk bekerja. Sebenarnya , tidak juga. Kebetulan aku mempunyai kelapangan pada waktu ini.
"Saya cuma singgah sekejap saja sebenarnya. Saya kena kembali ke pejabat lepas beri hadiah ni pada Minhyuk."
Minhyuk yang terdengar perbualan kami terus meluru ke arahku. Kaki aku kemudian dipeluknya. Kepalanya didongak untuk melihat aku yang lebih tinggi daripadanya.
"Huh? Appa nak bagi Minhyuk hadiah?"
Keterujaan anak kecil itu membuatkan aku terkekeh. Kepalanya diusap beberapa kali. Aku membongkokkan badan menyamai tinggi anak kecil itu.
"Harap kamu suka."
Kotak mainan itu bertukar tangan. Minhyuk terkinja-kinja kerana teruja mendapat mainan baru. Seolah-olah teringat untuk mengucapkan terima kasih , Minhyuk menarik tali leherku. Mungkin agar aku membongkok sedikit lagi. Lalu aku pun mengikut kehendak Minhyuk dengan bercangkung di hadapannya. Taeri sekadar memerhati dengan senyuman di bibir munggil wanita itu.
Mata aku dan Taeri kedua-duanya terbelalak apabila Minhyuk menghadiahkan ciuman cepumas di pipi ini.
Taeri melarikan pandangannya seolah-olah tidak melihat hal itu. Dalam diam , aku tahu dia seronok apabila melihat aku dan Minhyuk semakin akrab. Minhyuk memberikan hadiahnya untuk Taeri pegang selepas meminta diri untuk ke tandas. Maka tinggallah aku dah Taeri berdua di hadapan tadika ini.
"Suami awak kat sini. Kenapa pandang tempat lain?"
Wajah Taeri mulai merona merah. Kulitnya yang sama cerah denganku membuatkan bertambah senang untuk melihat jika dia sedang malu. Kenyataan bahawa aku sudah tidak lagi segan untuk mengaku sebagai suaminya , aku sendiri bahagia melihat Taeri tersenyum dalam diam.
"Ahh.. jangan cakap awak pun mahu ciuman juga."
Secara refleks wanita itu mengundur dua langkah ke belakang. Itu pun apabila aku sama-sama memajukan langkah.
"Jangan macam-macam , Jinhwan. Kita dekat public ni."
Dia cuba menutup wajahnya yang panas membahang dengan telapak tangan. Namun , dengan mudahnya , tangan itu aku turunkan. Bibir Taeri aku kucup dengan lembut.
Ah , mengapa aku pula yang terasa seperti hendak pengsan? Mungkinkah rasa ini datang dari kegembiraan?
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...