---
TAERI
Sungguh tidak sangka.
Aku dan Jinhwan telahpun terlanjur melakukan sesuatu yang aku sendiri pun tidak pernah jangkakan sebelum ini. Dan di sinilah aku sekarang ㅡ
Termenung sendirian memikirkan perkara yang masih lagi tidak jelas di dalam kepalaku. Anehnya , sampai saat ini pun , aku masih keliru dan bingung dengan apa yang terjadi.
Demi menjaga perasaan aku yang satu ini , aku perlu menyalahkan sesuatu. Mungkin apa-apa sahaja juga boleh membantu.
Tetapi persoalannya sekarang adalah 'apa'? Alkohol? Jinhwan? Atau patutkah aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya menahan godaan lelaki itu?
Biar betul kau ini , Kim Taeri?
Aku mendapati diri aku mengeluh lagi buat kesekian kalinya. Apabila aku menatap lama wajah tenang lelaki itu , apa yang aku boleh fikirkan hanyalah ㅡ
Bagaimana dia mampu tertidur lena saat ini setelah mengerjakan aku beberapa pusingan?
Atau.
Tidakkah dia sekurang-kurangnya berasa serba salah kerana membiarkan aku yang keletihan ini berjaga seorang diri?
Mungkin ini akan kedengaran lucu tetapi jujurlah , jangan pernah pandang rendah sama sekali dengan lelaki ini. Tubuhnya mungkin segenit badan aku , tetapi nampak seperti dia sudah lama bersedia untuk perkara-perkara sebegitu.
Agaknya dia memang sudah lama meninggalkan perangai buruknya itu semenjak kami berpisah untuk meyakinkan aku bahawa dia benar-benar hanya sayang pada aku seorang sahaja.
Ruang di antara tubuh kami tidak lagi tersisa sejurus dia mengetatkan pelukannya pada pinggangku.
"Saya perasan awak asyik mengeluh saja dari tadi. Ada apa-apa yang menganggu fikiran awak ke?"
Jinhwan akhirnya terjaga dari lenanya itu. Namun , sepasang mata kecil tersebut akhirnya kembali terpejam. Keadaan yang dirasakan agak cerah pada ketika itu menyilaukan matanya. Tidak dilupakan suara serak basah Jinhwan di awal pagi ini yang membuatkan hati aku berdebar entah kenapa.
Aku mendongakkan kepada dan mendapati bahawa lelaki tersebut sedang tersenyum bahagia. Senyuman yang tidak dibuat-buat tentunya. Aku turut sama berasa tenang di sampingnya.
Namun , betulkah apa yang aku lakukan ini?
---
"Saya ingatkan awak cuma nak pergi toilet sekejap? Awak terus balik ke rumah ke?"
"Ke mana awak pergi malam tadi?"
"Kenapa tak inform dulu?"
"Could you just stop pretending to be my brother?"
Jiwon akhirnya terdiam sejenak. Manakala Taeri pula mengeluh panjang saat itu setelah sedar bahawa kenyataannya mungkin akan kedengaran agak keterlaluan.
Jiwon tidak mengambil hati pun soal itu sebenarnya. Memang kadang-kalanya lelaki tersebut sendiri mengaku bahawa perangainya begitu sukar untuk diterima oleh orang lain.
Menjengkelkan. Sekurang-kurangnya , itulah apa yang sepupunya Lee Hayi selalu sebutkan untuk menggambarkan dirinya.
"Ada apa-apa jadi ke malam tadi?"
Taeri sekadar menggeleng perlahan walaupun banyak lagi perkara yang ingin sekali diceritakan olehnya. Menyimpan dan membukukan segala-segalanya sendirian hanya akan terus menghimpit Taeri dengan keraguan.
Akan tetapi mengingatkan bahawa masih terlalu awal untuk Taeri mempercayai Jiwon 100% , dia hanya mampu memendam sahaja buat masa sekarang. Dengan siapa lagi boleh dia luahkan tentang kegusarannya ini?
Junhoe? Ah , tidak. Mengadu mengenai hal itu hanya akan memalukannya di hadapan lelaki tersebut. Tambahan pula , Junhoe tidak seharusnya tahu tentang perkara yang begitu terperinci , bukan?
---
Taeri tanpa sedar terus menghentak-hentakkan tapak kasutnya ke lantai. Ideanya untuk melengkapkan artikel ini masih lagi tidak kunjung datang. Hanya gara-gara satu perkataan yang tidak dapat dia terjemahkan , seluruh penulisannya tergendala.
"Relax.. dan awak tak akan rasa begitu sakit."
"I will be gentle. I promise you."
Ini gila. Taeri tidak boleh berhenti memikirkannya. Sambil menongkat siku lengannya pada permukaan meja , Taeri memegang kepalanya dek kerana begitu tertekan dengan segala imaginasi tersebut.
'Ahh jjinja- am I a pervert now?'
Taeri dilihat memukul-mukul kepalanya sambil diperhatikan oleh Hayi dalam diam. Mana tidaknya , Hayi juga stress tatkala melihat tingkah wanita itu yang sudah mula menyerupai Jiwon. Kebetulan pula kedudukan meja Hayi memudahkannya untuk memerhatikan Taeri.
Sekurang-kurangnya , inilah rutin Hayi setiap hari selepas dua orang rakannya digantung kerja selama dua minggu atas arahan komitee disiplin.
Kini setelah mereka tahu tentang asal usul Taeri , barulah mereka berdua insaf kerana dengan berani-beraninya membuli wanita tersebut. Itupun mereka dikira bernasib baik kerana pengerusi tidak memutuskan untuk memecat mereka berdua.
Boleh kita jumpa?
11.24 a.m.Mianhae Taeri-ah.. Jaei demam panas. Saya tak boleh tinggalkan rumah. Jeongmal mian ㅠㅠ
11.26 a.m.Taeri mengeluh perlahan. Nampaknya dia perlu singgah ke farmasi sebentar lagi untuk mendapatkan ubat. Risau juga dia setelah mendengar bahawa Jaei sedang sakit di rumah.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...