---
JINHWAN
"Biarlah kau kebulur dan sakit kau pun melarat. Lepas tu kau mat-"
Bunyi hentaman kuat yang terhasil daripada pertemuan kedua-dua tangan ini pada permukaan meja telahpun mengakibatkan luka lecuran aku kembali pedih.
"Sia-sia saja aku masakkan untuk kau. Buang masa aku , tahu tak?!"
Dengan dada yang kerap kali turun naik sejak aku meninggalkan Taeri sebentar tadi , aku pun membawa diri ke arah satu-satunya sofa mewah yang berada di dalam ruang peribadiku ini. Badan aku kemudiannya dibaringkan bagi melepaskan kekesalan yang aku rasa.
Siling bilik bermotifkan ukiran halus itu ditatap lama olehku. Sepertinya , tiada lagi perkara yang mampu aku lakukan selain cuba untuk menenangkan diri sendiri.
"Aku nak berbaik dengan Taeri. Tapi dia asyik buat aku bengang , tahu? Tempoh hari , Taeri dengan Junhoe. Bukan hari tu saja. Dia selalu sangat berkepit dengan lelaki tu."
Seteruk-teruk aku kerana mengabaikan pasangan aku pun , tidak ada pula sampai aku sibuk mencari perempuan lain untuk dijadikan sandaran. Tempat mengadu , kononnya. Cis.
Aku bangkit semula dari pembaringan yang telah sedikit sebanyak membantu menangani perasaan marah aku terhadap Taeri.
Ketika aku sedang menguak dedaun pintu bilik itu untuk ke dapur , aku dikejutkan dengan kehadiran Taeri yang entah sejak bila tercegat di sana.
Taeri menolak bahu aku dengan lembut sehingga aku kembali terduduk di atas sofa tadi. Siapa pula yang beri dia kebenaran untuk masuk ke sini?
Taeri meletakkan sebuah peti kecil berwarna putih di atas paha kirinya setelah ia pun turut duduk di samping aku. Wajah Taeri seperti tidak ingin ia perlihatkan pada aku.
Barangkali Taeri sedang menangis lagi setelah aku hampir mendoakan kematiannya.
"Awak buat apa ni?"
Hanya itulah soalan aku apabila Taeri bertindak menarik lembut tangan kanan ini ke atas sebelah lagi pahanya.
"Kenapa awak susah-susah jaga saya sedangkan sebelum ni awak tak pernah peduli? Saya tak perlukan simpati awak , tahu?"
Aku biarkan sahaja Taeri menyapu krim pada kesan lecuran yang masih baru itu. Mata aku hanya tertumpu padanya.
"Saya tahu awak tak akan pernah cintakan saya semula...."
Wajahnya semakin menunduk.
"Jadi , berhentilah beri saya harapan palsu. Saya penat."
Genggaman tangan Taeri yang dilihat bergetar itu kemudiannya disembunyikan. Aku tidak pasti mengapa. Tetapi , perasaan bersalah ini tentunya bukan disebabkan oleh rasa simpati.
"Sebab setiap kali saya hampir mengalah , saya terpaksa lupakan hasrat saya tu. Semuanya salah awak. Awak tahu? Jadi , tak boleh ke awak mencuba walaupun sekali? Saya tak minta banyak pun. Cuma.. hargai saya."
Tubuh kami saling bersentuhan ketika aku memeluknya dengan erat. Tentu dia terkejut dengan tindakanku. Aku sendiri pun tidak pasti mengapa. Mungkin kerana instinct seorang lelaki apabila melihat wanita menangis di hadapan mata.
Atau apa?
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romantizm"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...