---
"Jaei ireonna , palli.."
Punggung kanak-kanak itu ditepuk beberapa kali. Sebaik sahaja dia melihat Jaei mulai mengeliat di atas katil itu , Jinhwan mengangkat lembut abdomen Jaei sehingga bersandar rapat pada bahunya. Tubuh kecil itu didukung lalu dibawa terus ke bilik air.
Jaei perlahan-lahan diturunkan untuk berdiri dengan sendirinya di hadapan cermin. Jinhwan kemudiannya melalukan air dari paip sinki pada telapak tangannya. Setelah itu , seluruh wajah mamai Jaei disapu dengan tangannya yang basah. Sekurang-kurangnya , itu akan membuatkan Jaei lebih segar.
Usai mengelap lebihan air pada wajah Jaei dengan tuala kecil , Jinhwan pun mencapai berus gigi milik anak kecil itu lalu dicuci di bawah air paip dari sinki bilik air tersebut. Tiub ubat gigi dipicit sehingga isinya keluar dan membentuk saiz kekacang di atas berus lalu dihulurkan pada Jaei.
Tidak lupa juga cawan Jaei yang diisi dengan air untuk anak kecil itu berkumur.
"I'll be right back.."
Jinhwan berlari anak ke dapur untuk memecahkan dua biji telur di atas pan yang telah dipanaskan buat seketika.
Beginilah rutinnya setiap hari minggu. Jika dahulu lelaki itu sentiasa kelam-kabut untuk menyiapkan segala keperluan Jaei , sekarang dia sudah mampu membiasakan diri dengan rutin hariannya itu. Namun kadang kalanya , Jinhwan masih lagi tidak biasa. Menguruskan anak sendirian bukanlah bidang kemahirannya.
Setelah selesai menyediakan sarapan pagi buat mereka berdua , Jinhwan kembali menyiapkan Jaei untuk ke sekolah. Anak lelakinya yang sudah lengkap berbaju sejuk itu dipimpin ke ruang tamu.
Namun begitu , munculnya Sooyeon yang sedang duduk santai di atas sofa ruang tamunya membuatkan riak wajah Jinhwan berubah serta merta. Lelaki itu sempat menggulingkan matanya ketika dia berpaling dari melihat figura tersebut.
"Omma!"
Jaei melepaskan pegangannya pada tangan Jinhwan lalu berlari anak ke arah Sooyeon. Kaki wanita yang berbalut seluar jeans itu dipeluk seeratnya untuk melepaskan rindu. Namun tindakan Sooyeon yang kembali berdiri membuatkan anak kecil itu terpinga-pinga kerana tidak mendapat pelukan balas dari ibunya.
"Macam mana awak boleh masuk?"
Jinhwan mencapai sepasang kasut kepunyaan Jaei yang berada tidak jauh dari sana. Lalu punggung kanak-kanak itu pun ditarik merapatinya. Mengetahui bahawa sudah sampai masanya untuk memakai kasut , Jaei segera berpaut pada bahu Jinhwan ketika objek tersebut sedang disarungkan pada kedua-dua belah kaki kecilnya secara bergilir.
"Awak dah lupa ke Jinhwan? Saya yang beri awak tinggal dalam apartment ni. Jadi tentulah saya ada master key."
Wanita itu kemudiannya menghayunkan segugus kunci untuk ditunjukkan kepada Jinhwan. Akan tetapi , lelaki itu sedikitpun tidak berminat. Bahkan dia langsung tidak ingin untuk melihat wajah Sooyeon saat itu.
Awak nak hantar Jaei pergi sekolah , kan? Saya ikut."
Jinhwan kembali memimpin tangan Jaei ke pintu utama unit apartment tersebut. Permintaan Sooyeon untuk ingin sama menghantar anak kecilnya ke sekolah turut diabaikan secara total. Tidak pernah-pernah Sooyeon peduli tentang Jaei sejak Jinhwan mula mengasuh anak itu. Tetapi tiba-tiba pula hari ini dia ingin menyibuk. Jinhwan rimas , sungguh.
Sebelum sempat Jinhwan hendak memutar tombol pintu di hadapan mereka , tindakan Jaei menggoncang tangan lelaki itu membantutkan niatnya.
"Boleh omma ikut?"
Jinhwan hanya mampu mengeluh apabila melihat senyuman kemenangan yang tersungging di bibir Sooyeon. Entah apa pulalah yang wanita itu katakan untuk menghasut Jaei.
"Kkaja.."
Jinhwan menarik Jaei keluar dari kediaman mereka. Dia sudah malas hendak bertekak.
---
"Kau rasa Minhyuk akan okay?"
Taeri masih lagi tidak mampu untuk membiarkan kelibat Minhyuk hilang dari pandangannya. Jika bukan disebabkan kanak-kanak itu yang telah bersungguh-sungguh meyakinkan si ibu bahawa dia tidak perlu ditemani sepanjang hari ini , Taeri pasti akan tercegat di pintu pagar sehinggalah tamat waktu persekolahan.
"Minhyuk pandai biasakan diri. Jangan risau.."
Taeri tersenyum lega. Semoga tiada lagi perkara yang perlu dia risaukan tentang Minhyuk ketika anak kecil itu sedang bersendirian tanpa pengawasannya.
"Geomawo , Junhoe-ya... kau dah banyak tolong aku."
Taeri memandang sejenak ke arah Junhoe apabila lafaz itu secara spontan terbit dari dua ulas bibirnya. Dia amat berterima kasih kepada lelaki itu. Junhoe tidak pernah sesekalipun meninggalkan Taeri bersendirian ketika susah dan senangnya.
"Tak mengapa. Benda mudah."
Junhoe turut tersenyum. Perwatakan lelaki itu kadang-kalanya membuatkan Taeri tertanya-tanya. Tiada perempuan lainkah yang terpesona dengan personaliti Junhoe ini? Kerana jika saat itu Taeri tidak menganggap Junhoe sekadar seorang teman , pasti dia juga sudah lama jatuh cinta.
"Kau yakin ke yang kau tak akan minta apa-apa balasan dari aku?" Usik Taeri.
"Kenapa? Kau risau aku jatuh hati dekat kau ke Taeri?"
Taeri terkedu sebentar.
"Jangan risaulah. Kita kan bestfriend."
Mereka tertawa bersama. Taeri juga tidak sangka bahawa dia boleh terkena usikan Junhoe itu.
Ketika Taeri sudah penat tertawa , anak matanya tertancap pada cermin pandang belakang di dalam kereta lelaki tersebut. Tubuh Taeri yang pada awalnya bersandar kini terduduk tegak di atas kerusi penumpang. Junhoe turut bingung sesudah melihat reaksi wanita itu.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...