---
Taeri merenung lama cermin di hadapannya. Setiap kali dia teringat akan gambar tersebut , hatinya berdenyut sakit. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah wanita lain yang bukan dirinya berada di sana dan berciuman dengan suaminya. Dia amat yakin bahawa lelaki itu ialah Kim Jinhwan. Tidak silap lagi.
Refleksi pada cermin di dalam tandas itu menunjukkan bagaimana Taeri sedang tertawa sinis dalam keadaan hatinya yang cukup terluka angkara sekeping foto itu. Padanlah lelaki tersebut bersungguh-sungguh membencinya. Rupanya di hati Jinhwan itu dipenuhi dengan imaginasi bersama wanita lain.
Tiga tahun lepas , sebelum Minhyuk diambil sebagai anak angkat , setiap hari yang dilalui Taeri dirasakan begitu perit. Kini , Taeri tahu punca sebenarnya.
"Taeri-ah.."
Jinhyun dilihat sedang menjenguk dari pintu masuk tandas itu.
"Kami nak pergi karaoke. Jomlah.."
---
"Kenapa dia nampak macam depressed? Tadi okay saja rasanya."
Salah seorang daripada mereka sudah mula bercekak pinggang.
"Berapa banyak dia dah minum agak-agak?"
Jinhyun cuba menyelak rambut panjang Taeri yang sedang menutup wajahnya. Melihatkan wanita itu yang tidak menggerakkan kepalanya seinci pun dari permukaan meja , sudah pasti dia tidak sedarkan diri.
"Tak tahulah. Aku rasa dua botol atas meja ni dia yang habiskan."
Hongseok mengangkat dua botol hijau di sana hanya dengan sebelah tangannya.
"Kau dah try call husband dia?"
Rakannya yang seorang lagi mengangguk. Mereka mengeluh hampir serentak. Mana mungkin mereka akan membiarkan Taeri berseorangan di sini dalam keadaannya yang mabuk berat begitu. Selagi suaminya yang baru dihubungi itu belum tiba untuk membawa pulang Taeri , mereka akan tercegat di sana dan memerhatikan wanita itu.
"Kim Jinhwan gaessaeki.."
Mereka saling berpandangan , tertanya-tanya jika mereka ada tersalah dengar. Masing-masing hanya menjungkitkan bahu.
Ada juga yang terkebil-kebil apabila esakan Taeri mulai kedengaran. Wanita itu mengangkat wajahnya yang sedang merona merah lalu terus mendongak tinggi ke siling bilik karaoke tersebut. Takut mereka jadinya apabila Taeri mula menangis lagi. Tiada sesiapa yang tahu bagaimana untuk memujuknya pada ketika itu.
Apa yang mereka tahu , tangisan Taeri itu kedengaran seperti penuh dengan kesakitan yang amat dalam.
Taeri mengenggam rambut sendiri di antara setiap celahan jari , rapat pada akarnya. Sehinggakan rambutnya yang panjang itu ikut kusut. Taeri kembali meletakkan kepalanya di atas meja seperti keadaan asal setelah hampir 7 minit menangis tanpa henti. Tiada lagi pergerakan yang kelihatan selepas itu.
Barangkali Taeri kelelahan setelah puas menghamburkan semua perasaannya yang sedang bercampur baur.
"Taeri!"
Mata mereka kemudiannya tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang bergegas ke arah rakan mereka itu. Jinhwan cuba menyelak rambut Taeri dan nampaknya wanita itu sudah tidak sedarkan diri gara-gara jumlah alkohol yang diminumnya tadi. Sebaik sahaja wajah Jinhwan diangkat untuk melihat setiap seorang yang bersama-sama Taeri pada ketika itu , mereka melopong. Ada yang saling menyiku lengan antara satu sama lain.
"Kenapa?"
Mereka hanya menggeleng dan tersenyum kekok. Jinhwan yang tidak ingin membuang masa di sana kini mendukung tubuh kecil Taeri keluar dari bilik karaoke tersebut.
"Aku rasa kita dah buat silap besar."
"Silap apanya? Memang patut pun Taeri tahu."
"Kau ni memang tak tahu nak read the situation ke? Elok-elok hubungan mereka baik , nanti jadi apa pula?"
"Bercerai-berai?"
"Mulut tu jangan masin sangat , boleh?"
Jinhwan meletakkan Taeri perlahan-lahan di tempat duduk penumpang setelah melindungi kepala wanita itu daripada terkena badan keretanya.
"Bukan ke awak dah janji taknak minum sebanyak tu lagi?"
Jinhwan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta setelah memakaikan tali pinggang keledar buat wanita itu. Kali terakhir Taeri mabuk seteruk ini adalah ketika mereka bergaduh kira-kira tiga tahun lepas. Jinhwan ingat lagi betapa menyedihkannya hubungan mereka pada ketika itu. Sejak kebelakangan ini , dia banyak bermuhasabah diri tentang kesilapan lampaunya terhadap Taeri.
Sesampai sahaja di kediaman mereka , Taeri didukung ala pengantin ke bilik tidur. Wanita itu dibaringkan tanpa terlebih dahulu menggantikan gaun putihnya. Jinhwan perasan akan kesan air mata pada pipi Taeri. Apabila cuba dikesat , hujung jemarinya terasa melekit menandakan bahawa wanita itu baru sahaja selepas menangis. Dan tidak lain dan tidak bukan , pasti kerana Jinhwan ialah puncanya.
Bagaimana dia hendak memperbetulkan keadaan serta kesilapan lampaunya? Itu yang dia persoalkan sepanjang hari ini. Ketika hubungannya dan Taeri kian membaik , ada sahaja dugaan yang datang. Sooyeon dikhabarkan sudah sedar dari koma. Siapa tahu apa yang wanita itu sanggup lakukan kepada hubungan mereka?
Yang mungkin akan lebih merumitkan keadaan adalah apabila Jinhwan sudah mula jatuh hati pada Taeri.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romantizm"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...