---
TAERI
"Junhoe... kau rasa aku ni teruk sangat ke?"
Aku ingat lagi. Kami baru sahaja selesai membeli belah pada waktu itu. Awalnya , mama sendiri yang cadangkan supaya aku keluar berseronok sepanjang hari ini.
Kata mama , memang tidak sepatutnya sesiapa bersedih pada hari istimewa aku. Jadi , berbelanja sakan untuk satu hari tiada masalah bukan? Junhoe berada di sini bersama-sama aku pun hanya sebagai peneman.
Aku sudah tidak ambil pusing tentang siapa yang akan meluangkan masa dengan aku. Aku tahu , Jinhwan terlalu sibuk untuk perkara yang remeh seperti itu.
"Kenapa pula kau rasa kau teruk? Dari segi apa?"
Junhoe mengangkat wajahnya seketika. Sudu plastik yang ia guna diletakkan semula ke dalam mangkuk aiskrim bersaiz sederhana besar yang sudah hampir kosong.
"Ah... aku rasa aku tahu kenapa kau tanya aku soalan macam tu. Sebab Jinhwan, kan?"
Junhoe mungkin si dungu yang lucu dan kuat makan. Akan tetapi dalam bab perasaan , dia amat peka dan mudah menangkap maksud seseorang yang cuba berkias. Mungkin kerana Junhoe seorang yang straightforward.
"Taeri-ah.. kalau aku rasa kau ni seseorang yang teruk , takkanlah aku sudi keluar dan berkawan dengan kau. Dan jika kau fikir Jinhwan abaikan kau sebab tu , aku rasa kau mungkin silap."
Jemari runcing Junhoe bergerak meraih sudunya tadi lalu menikmati semula pencuci mulut tersebut. Aku sekadar mengeluh perlahan.
"Dia tak akan setuju kau jadi pasangan hidup dia kalau memang benarlah kau tu teruk sangat sampai dia tak boleh nak hadap. Tapi tengoklah sekarang. Kau masih pakai cincin perkahwinan tu. Jinhwan pun sama."
Aku menunduk pasrah. Barangkali Jinhwan hanya ingin menumpukan tumpuan pada kerja-kerja di pejabatnya. Aku hanya mampu bersangka baik. Apa-apa pun, perkahwinan ini berlangsung kerana permintaan keluarganya. Bukan atas dasar perasaan.
"Aku faham. Perkahwinan kau dengan Jinhwan tak macam orang lain. Tapi sempat lagi untuk diperbaiki. Kau tak rasa macam tu?"
Kenyataan Junhoe membuatkan dahi aku berkerut.
"Aku bukannya apa. Aku kenal Jinhwan tu macam mana. Tapi, kalau nak bandingkan aku dengan dia, aku rasa aku lebih romantic." Guraunya. Junhoe tersenyum suam kepada aku.
"Teruslah bertahan walaupun kau perlu bersusah payah. Dia akan sedar tentang kesilapan dia sebab abaikan perempuan baik macam kau suatu hari nanti. Percaya cakap aku , okay?"
Kelopak mataku dibuka perlahan-lahan. Tetapi anehnya , yang dapat aku lihat hanyalah sedikit sumber cahaya. Bukankah sekarang matahari sepatutnya berada tegak di atas kepala aku?
Pergerakan aku turut terbatas. Usaha aku untuk melepaskan diri terhenti sejenak apabila sesuatu yang terasa hangat sedang mengusap lembut belakang abdomen ini.
Jinhwan memeluk aku? Adakah aku sedang bermimpi seperti hari-hari yang sebelumnya? Tidak. Dia benar-benar sedang memeluk aku.
Hati aku kian menghangat.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...