---
"Penghantaran untuk Kim Taeri."
Jinhwan berkesempatan menghembus nafas lega.
"Oh , dah sampai!"
Taeri menjerit riang. Laju sahaja kakinya berlari kecil ke arah pintu di mana Jinhwan sedang berdiri. Selesai menurunkan tandatangannya pada kertas di tangan pekerja khidmat penghantaran tersebut , bungkusan yang dinanti-nantikan kini bertukar tangan.
"Kamsahamnida."
Jinhwan masih tercegat di tempatnya walaupun setelah isterinya berjalan pergi dari pintu utama itu. Dadanya terus berdetak kencang sehingga saat ini. Wajah lelaki itu kemudiannya dipaling ke arah Taeri yang kini berlari ke anak tangga untuk menyimpan bungkusan tersebut di dalam bilik mereka.
"Yaahh.. apa tu?!" Jerit Junhoe , ingin tahu.
"Rahsia!" Jerit Taeri sambil terkekeh. Jinhwan dengan fikirannya yang kusut terus meninggalkan rumah itu dengan hati yang tidak senang.
---
Berdebar?
9.11 a.m.Jinhwan mengetap giginya. Fakta bahawa dia langsung tidak mengetahui siapakah yang sedang bermain-main dengannya , membuatkan lelaki itu bertambah marah. Jinhwan mengambil keputusan untuk membalas semula teks pesanan ringkas dari individu tersebut.
Siapa kau? Han Sooyeon ke yang upah kau untuk ganggu aku?
9.15 a.m.Enough with the introduction. Kau ada masa sampai esok pagi saja. Lokasinya akan aku beritahu nanti. 1 billion tentu mudah untuk orang berpengaruh macam kau.
9.28 a.m.Telefon yang dipegang oleh Jinhwan pada ketika itu bergetar lagi.
Jangan cuba buat kerja bodoh.
9.29 a.m.Jinhwan mengurut dahinya beberapa kali sebelum meraup wajah itu. Dia harus tahu siapakah gerangan yang berani mengugutnya sehingga perlu melibatkan anak kecil itu dan apakah hubungannya dengan Han Sooyeon. Adakah mereka berdua berpakat untuk menghancurkan rumah tangganya atau ada sebab lain yang mendorong mereka untuk melakukan hal seperti ini?
Jinhwan tertanya-tanya akan jawapannya.
"Mana pula aku nak dapatkan 1 billion won tu?"
Untuk seorang CEO syarikat yang semakin dikenali ramai itu , 1 billion mungkin kedengaran sedikit jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan aset yang dia ada sekarang.
Akan tetapi , untuk memperoleh wang sebanyak itu dalam masa yang singkat serta tanpa alasan yang munasabah , pasti sukar. Jinhwan mungkin seorang pengarah di sini , namun segala aktiviti dalam syarikat tersebut senantiasa dipantau oleh ibu Taeri.
Jinhwan perlu cari jalan untuk segera menghentikan segala ugutan yang dia terima pada ketika ini. Dengan cara itu , rumah tangga serta rahsianya akan kekal selamat.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Storie d'amore"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...