---
"Awak boleh tolong saya dapatkan Jinhwan semula , kan?"
"Jaei mesti tak sabar nak jumpa appa dia."
"Tapi Sooyeon... Jinhwan dah ada keluarga dia sendiri.."
"Awak kata mereka cuma ambil anak angkat. Dan itu bermakna Jinhwan dengan isteri dia tu tak ada hubungan serius sebab dia masih tak boleh lupakan saya."
"Cukuplah , Sooyeon... Move on. Jinhwan takkan ambil risiko macam dulu lagi. Especially after what we have done."
"Why not? Saya kan dah dapat balik company appa. Doesn't that makes me much more better than her? Jinhwan boleh nikmati semua kemewahan tu macam yang dia nak selama ni. Plus , dia dah tak perlu gunakan perempuan tu lagi. He can just stay with me."
"Geumanhae , jebal!"
"Boleh tak berhenti jadi bodoh? Fikirlah sikit tentang maruah awak! Kenapa nak kembali pada lelaki tu lagi?"
"Awak cuma bengang sebab saya tak pilih awak kan? Hmm? Kalau awak tak setuju nak tolong , tak mengapa. Saya ada banyak lagi cara lain. Because.. I. Only. Want. Him."
Dentuman guruh yang kuat secara tidak langsung telah mengejutkan seorang lelaki yang sedang tidur dalam keadaan tidak selesa di atas sebuah sofa panjang. Kelenguhan pada lehernya oleh kerana posisi tidur yang tidak menguntungkan membuatkan lelaki itu mula mengurut kawasan tersebut buat seketika.
Dia pun bangkit dari sofa tersebut lalu berjalan selangkah demi selangkah menghampiri sebuah katil yang menempatkan tubuh koma Sooyeon. Kilat yang sedang sabung-menyabung di luar bangunan hospital pada ketika itu sekali lagi mengingatkannya tentang kemalangan yang hampir membunuh Sooyeon. Rasa bersalah terus menghantui diri lelaki itu apabila dia juga hampir kehilangan wanita itu buat kali yang kedua hari ini.
Mujurlah ayah Sooyeon masih belum dibebaskan dari penjara kerana kes penyelewengan dana syarikat dua tahun lalu. Jika tidak , pasti sukar untuk lelaki muda dan bekerjaya ini terlepas daripada hukuman undang-undang. Tentu sekali , satu-satunya ahli keluarga Sooyeon itu akan mendakwa lelaki tersebut atas cubaan membunuh anak gadisnya dengan sengaja menyebabkan kemalangan.
"Sooyeon-ah.."
Tangan wanita itu dicapai lalu kemudiannya dicium lembut. Kedua-dua belah tangannya masih setia menggenggam empunya Sooyeon yang sedang kesejukan pada malam itu. Keluhan demi keluhan kian kedengaran dari dua ulas bibir lelaki itu biarpun bunyi guruh di luar juga tidak kalah kuatnya.
Alangkah baiknya jika dia boleh menggantikan tempat Sooyeon saat itu. Tidak sanggup rasanya membayangkan wanita itu membenci dirinya setelah apa yang telah berlaku terhadap dirinya.Juga sakit yang Sooyeon terpaksa lalui kerana perlu bergantung harap pada mesin di hospital ini.
Sebenarnya, kondisi Sooyeon sudah lama menunjukkan perubahan yang baik. Hanya baru-baru ini sahaja , rentak denyutan jantungnya menjadi perlahan buat seketika dan menyebabkan cardiac arrest dalam istilah perubatannya.
"Boleh tak kita berhenti sakiti orang lain? I'll make you happy. I promise.."
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...