S1 - 29 장

42 8 1
                                    

---

Pergelangan tangan Taeri ditarik keras sehingga menyebabkan wanita itu meringis kesakitan. Taeri juga hampir tersungkur apabila dia diheret menaiki anak tangga sebentar tadi. Jangan disangka kaki Jinhwan yang secara puratanya lebih pendek dari lelaki lain itu tidak boleh melangkah laju.

Taeri cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Jinhwan , sekaligus membuatkan langkah pasangan itu terhenti betul-betul di dalam bilik tidur mereka.

Jinhwan memusingkan tubuhnya menghadap wanita itu dengan wajah ketat. Taeri yang sama sekali tidak berani untuk menatap wajah lelaki itu sekadar membuang pandangannya ke arah lain.

"Perlu ke awak report semua benda pada Junhoe , huh?"

Taeri hanya mendiamkan diri di hadapan Jinhwan. Apa gunanya wanita itu berahsia daripada Junhoe? Lambat laun , lelaki itu pasti akan mengetahui jua tentang rancangan Jinhwan. Lagipun , Taeri memang hanya berniat untuk mendedahkan hal itu. Cuma reaksi Junhoe sahaja yang ternyata berlebih-lebihan.

"Apa masalahnya?"

Taeri menyoal Jinhwan semula dengan berani. Wajahnya turut diangkat penuh angkuh. Jinhwan yang tidak menyangka Taeri akan bertingkah begitu tampak semakin tidak puas hati.

"Apa masalahnya , awak tanya? Junhoe tu orang luar. Bukan pada dia tempat awak mengadu or whatever shit. Saya ni suami awak. Patutnya awak tahu malu sikit nak bercerita tentang masalah rumah tangga awak pada orang lain."

Sejujurnya , Jinhwan hanya bengang kerana Junhoe seolah-olah memperlekehkan dirinya sewaktu lelaki itu sedang berbual dengan Taeri awal pagi tadi.

Dia tidak mahu Taeri menyalah anggap niatnya untuk mengambil anak angkat sebagai melepaskan diri daripada tanggungjawab. Jinhwan sedar yang dia seharusnya menunaikan apa yang Taeri inginkan. Ya , zuriat dari darah daging mereka sendiri.

"Jadi , awak mengaku yang rumah tangga kita ada masalah. Kenapa awak rasa saya bercerita pada Junhoe? Sebab awak tak pernah nak dengar masalah saya. Awak tak peduli pun."

Jinhwan terdiam buat seketika. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana caranya untuk membela dirinya selepas menerima kenyataan pedas dari Taeri itu. Jinhwan juga bagaikan terkena kejutan budaya. Taeri yang baginya naif dan polos itu sudah pandai menjawab nampaknya. Barangkali kerana pengaruh Junhoe.

Siapa tahu jika lelaki itu mula menghasut Taeri untuk membencinya?

"Mungkin betul cakap Junhoe. Awak tak confident.."

Ayat Taeri yang diiringi dengan senyuman sinis itu sedikit sebanyak mula membakar api yang sedang membara di dalam hati Jinhwan. Lelaki itu pun mula menghampiri Taeri dengan pandangan tajamnya. Taeri yang berasa terancam itu sudah tentunya mengundurkan langkah.

Tahu-tahu sahaja , dirinya sudahpun terperangkap di antara tubuh Jinhwan dan dinding bilik tersebut. Bukan setakat itu sahaja , kedua-dua belah tangan Taeri turut ditahan tepat di atas kepalanya. Hampir terhenti nafas Taeri apabila Jinhwan mula merapati wajahnya. Ternyata , Taeri tidak mampu , bahkan tidak berpeluang untuk melepaskan pegangan Jinhwan kali ini. Tatapan lelaki itu sahaja sudah cukup berkuasa sehingga Taeri tidak mampu bergerak seinci pun.

"Kenapa nak peduli dengan apa yang Junhoe cakap... kalau awak boleh cuba dan lihat sendiri?"

Taeri memejam rapat matanya apabila deruan nafas Jinhwan mengenai kawasan sensitif di sebalik cuping telinganya. Seluruh wajah Taeri yang memerah pada ketika itu terasa seperti mahu meletus.

"Now tell me.. apa yang awak nak saya buat?"

Bisikan Jinhwan yang terkena tepat pada gegendang telinga Taeri membuatkan wanita itu bertambah gugup di hadapannya. Namun begitu , mujurlah nada dering telefon Jinhwan menjadi penyelamatnya hari ini. Taeri menghela nafas lega apabila lelaki itu beransur-ansur menjauhinya.

"Ya , Kim Jinhwan bercakap."

Dengan perlahan , Jinhwan turut mengeluh. Tidak pasal-pasal niatnya untuk menggoda Taeri terbantut. Sejujurnya , ia cukup teruja apabila melihat wanita itu mula bertingkah seperti cacing kepanasan ketika berada di dalam posisi tersebut. Barulah Taeri akan tahu dengan siapa dia berhadapan saat itu.

Tubuh lelaki itu kemudiannya dipaling menghadap ke arah lain sambil ia bercakap di telefon.

"Semua dokumen hak penjagaan dah sedia."

Jinhwan mengangukkan kepala mendengar berita tersebut. Sekurang-kurangnya , dia sudah tidak perlu risau tentang individu yang mengugutnya beberapa hari lepas. Rahsianya juga akan kekal selamat jika rancangan tersebut membuahkan hasil. Hanya buat masa ini , tentunya.

Jinhwan kemudiannya menamatkan panggilan tersebut.

"Saya nak pergi ambil anak kedua kita. Marilah ikut-"

Namun ketika ia kembali menoleh ke arah tempat di mana Taeri sedang berdiri sebentar tadi , kelibat wanita itu sudah tidak kelihatan. Jinhwan mengeluh lagi.

"Kalaulah aku tak setuju untuk ikut arahan appa , dah lama aku sentuh Taeri."

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now