---
JINHWAN
"Maaf. Saya teruja sangat."
Jemari kasar aku yang sentiasa sibuk menyelak helaian dokumen syarikat untuk disemak buat kali terakhir kini memainkannya di atas permukaan meja.
Fikiran aku pada ketika itu turut terbang meninggalkan pejabat dan akhirnya pulang ke rumah. Aku tersenyum sendirian apabila mengimbas semula perbualan kami pagi tadi.
"Apa-apa pun , terima kasih , Jinhwan-ah.."
Aku tak pernah lihat Taeri segembira itu di hadapan aku. Walaupun dia layan aku dengan baik sepanjang aku menjadi suaminya , senyuman yang ia berikan tidak pernah semesra itu. Bahkan , keadaan pada saat itu tampak lebih menyenangkan kerana hubungan kami telah bertambah baik.
Seolah-olah dia tidak lagi dipaksa untuk tersenyum. Taeri ada daya tarikannya yang tersendiri sehingga aku tidak mampu untuk mengalihkan pandangan.
Dia...
Istimewa.
"Tuan , boleh saya masuk?"
Aku berdehem perlahan lalu kembali membelek dokumen yang belum sempat ditandatangani. Tumpukan perhatian , Kim Jinhwan.
"Masuk , Jisoo."
Wanita berparas cantik yang sudah 3 tahun bekerja di bawah arahanku melangkah ke dalam pejabat bersama-sama fail di tangannya.
"Ada seseorang nak jumpa tuan."
Aku lambat-lambat mengangkat kepala. Seseorang? Pastinya bukan klien kami kerana jadual aku tidak begitu padat dengan perjumpaan bersama-sama pihak dari syarikat lain pada hari ini.
"Siapa? Ada buat janji temu tak?"
Soalku ingin tahu.
"Saya tak pasti. Tapi dia kata tuan dan dia saling kenal. Ada hal mustahak yang dia nak bincangkan dengan tuan. Dan dia nampak..... betul-betul terdesak. Jadi , saya ke pejabat tuan ni untuk maklumkan sebab saya rasa kasihan. Bagaimana ya , tuan?"
Aku mengurut lembut daguku yang bersih.
"Tunjukkan saya di mana dia."
---
"Call ambulans! Cepat!"
Aku berlari keluar dari lif setelah mendengar pekikan dari lobi. Jisoo melangkah laju menyusul aku dari belakang dengan kasut tumit tingginya.
"Apa kecoh-kecoh ni?"
Aku lihat beberapa orang pekerja lelaki dari kaunter hadapan sedang memapah seorang wanita bertubuh genit. Perutnya membusung dengan wajah yang menunduk seperti sedang menahan sakit.
Cukup jelas untuk aku nyatakan bahawa dia sedang sarat mengandung.
"Akhhh-"
Aku merapati mereka dan menggantikan tempat salah seorang pekerja lelaki yang sedang memapah tubuh sebelah kiri wanita itu.
"Puan... bertahan sebentar ya? Jisoo! Call Encik Park dan suruh dia sediakan kereta di luar sekarang!"
Jisoo mengangguk laju kerana panik. Gaun biru di bahagian kelangkang wanita yang sepertinya bakal melahirkan ini sudahpun basah.
"Dah pecah..." Jisoo menutup mulutnya , tidak percaya.
Aku segera mendukung wanita yang masih tidak terlihat wajahnya rapat pada abdomen aku. Namun , sejurus selepas aku melihat siapakah gerangan itu , mataku membulat luas.
"Han Sooyeon?"
---
BLACKPINK's Jisoo as Kim Jisoo
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...