S1 - 08 장

270 40 8
                                    

---

JINHWAN

Hanya kali ini , aku terdiam dengan sendirinya. Aku sedar. Setiap apa yang telah aku sebutkan seolah-olah terkena kepada diriku semula.

Tentu lebih teruk sakitnya pada Taeri yang mengalami perkara tersebut sepanjang beberapa tahun ini.

Diabaikan , tidak diberikan perhatian dan kasih sayang.....

Lebih-lebih lagi apabila aku menolak mentah permintaan Taeri untuk menyentuhnya. Aku yakin , Taeri pasti rasa begitu hina selepas aku memperlakukannya seperti itu.

Dia bahkan sanggup memujuk aku untuk menyentuhnya. Namun , pada akhirnya aku tolak Taeri tanpa rasa bersalah.

Telah aku lihat betapa teruknya tubuh Taeri bergetar pada waktu itu. Dia perlihatkan jua tangisannya.

"Memang awak tak peduli sebab awak tak pernah pun sentuh saya , Kim Jinhwan!!"

Baru sekejap tadi dia meninggikan suara. Tetapi sehingga saat ini , suaranya berdengung di gegendang telingaku. Sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada bilik ini , pandangan kecewa ibunya yang tercegat di muka pintu membuat aku terpukul. Mama nampaknya terpaksa mengejar dan cuba memujuk anak gadisnya itu. Sedangkan aku? Sekadar buat tidak endah dengan apa yang baru sahaja terjadi tadi.

Aku berjalan malas menghampiri jendela. Ke manalah agaknya Taeri akan tujui dengan gaun tidur nipisnya dalam cuaca sejuk seperti ini. Tidak mungkin dia akan memandu dalam keadaan emosinya begitu , bukan?

Aku ingin sekali mengejar Taeri dan mengungkapkan kata maafku sekurang-kurangnya. Tetapi , degilnya aku kerana tidak mahu melakukan hal itu gara-gara ego.

Dalam diam aku mengetap gigiku. Aku perhatikan sahaja bagaimana Junhoe membawa Taeri ke dalam dakapannya. Bahu lelaki itu jugalah yang menjadi tempat Taeri menghamburkan tangisan. Apa guna aku?

Dengan tenang , Junhoe mengusap belakang abdomen Taeri yang masih bergetar. Simpati aku terhadap Taeri sebentar tadi kembali menjadi dengki setelah melihat Junhoe membawanya pergi. Ke dalam rumah kediamannya.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now