S2 - 14 장

29 5 48
                                    

---

Junhoe tersenyum lebar , menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi. Sebelah tangannya kini melambai mesra ke arah Minhyuk untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak itu. Manakala , di tangan kanan lelaki tersebut pula terdapat sebatang aiskrim yang baru sahaja dibuka pembalutnya.

Padahal baru beberapa minit lepas , doktor kenalan keluarganya telah berpesan kepada Junhoe agar lelaki itu mula menjaga pemakanannya sebelum dia bergegas ke sekolah Minhyuk tadi.

Apa yang Junhoe boleh lakukan apabila perutnya tiba-tiba sahaja menginginkan makanan manis? Maka , lelaki tersebut pun tanpa rasa ragu-ragu terus membeli beberapa batang aiskrim yang diinginkannya dari penjaja yang menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah Minhyuk.

Tidak perlu risau. Junhoe sama sekali tidak lupa untuk berkongsi makanannya. Tiga batang aiskrim yang telah dibeli olehnya akan dikongsi bersama Minhyuk.

Dua untuk dirinya sendiri , dan satu lagi buat Minhyuk. Adil bagi Junhoe kerana badan sasanya lebih memerlukan manisan itu berbanding kanak-kanak berumur tujuh tahun tersebut. Itupun jika diikutkan logik akalnya.

Anak kecil yang sedang bersesak di pintu pagar sekolah itu sepertinya sedang tercari-cari batang hidung pemandunya. Akan tetapi , dia turut teruja apabila menyedari kehadiran Junhoe tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Senyuman lebar lelaki dewasa itu beransur kelat sejurus selepas melihat kemunculan Jaei yang kini dipimpin oleh kanak-kanak tersebut. Mereka berdua kini berjalan seiringan ke arahnya yang sedang bersandar pada pintu kereta.

"Ahjussi.. boleh tak tumpangkan Jaei balik?"

Pinta Minhyuk dengan suara manjanya.

"S-sure.. masuklah."

Junhoe terkebil-kebil. Dia terlihat kekok entah kenapa. Keadaan tangan lelaki tersebut yang sedang menggaru belakang tengkuk pada saat itu adalah buktinya.

Jaei dari awal lagi telah memilih untuk duduk di belakang. Manakala Minhyuk pula berada di tempat duduk hadapan , bersebelahan dengan pemandu mereka hari ini.

"Wahhhh... ada aiskrim?"

Laju sahaja Jaei berpaling apabila Minhyuk menyebut tentang pencuci mulut yang dibeli oleh figura bertubuh lampai itu. Junhoe sekadar tersenyum seraya mula menghidupkan enjin kereta mewah miliknya.

"Makanlah.."

Minhyuk tanpa segan silu pantas mengambil sebatang aiskrim dari plastik lalu dibuka pembalutnya. Dan ketika Junhoe hendak mencapai aiskrim terakhir di dalam plastik itu , tangan Jaei juga secara kebetulan sedang memegang pembalut manisan tersebut dengan tangan kecilnya.

Junhoe dan Jaei saling berpandangan , disaksikan pula oleh Minhyuk yang sedang menikmati aiskrimnya. Junhoe mengemam bibirnya. Terpaksalah dia mengalah dengan memberikan pencuci mulut itu kepada Jaei. Lelaki dewasa itu pun hanya mampu tersenyum kelat.

"Emm , Jaei ambillah.."

Jaei tidak menunggu lama setelah diberikan lampu hijau. Disambarnya pembalut aiskrim tersebut di hadapan mata Junhoe. Minhyuk dan Jaei memang dua kali lima menurut lelaki itu.

Mujurlah Junhoe masih punyai sisa aiskrim kepunyaannya di awal tadi. Namun oleh kerana dia perlu memandu , Junhoe meminta Minhyuk yang duduk di kerusi penumpang bersebelahannya untuk terlebih dahulu memegang aiskrim tersebut.

Lampu isyarat yang kini bertukar merah memberikan peluang kepada Junhoe untuk menghabiskan pencuci mulutnya. Aiskrim kepunyaannya yang hampir cair itu diambil dari tangan Minhyuk lalu disumbat ke dalam mulut.

Cara Junhoe makan pada ketika itu tidak ubah seperti Jaei yang sedang duduk di kerusi belakang. Minhyuk memandang kedua-dua mereka silih berganti.

"Muka Jaei nampak macam ahjussi."

Tatapan Minhyuk membuatkan lelaki tersebut terdiam lama. Bunyi hon daripada kereta di belakang mereka membuatkan Junhoe secara automatik menekan perlahan pedal minyak tanpa sesekalipun melihat lampu isyarat.

Sebuah lori yang memandu laju dari simpang kanan jalan membuatkan Junhoe segera memberhentikan keretanya secara mengejut. Hampir gugur jantung mereka bertiga. Lebih-lebih lagi Junhoe yang mungkin sahaja menyebabkan kemalangan disebabkan kecuaiannya itu.

"Gwenchana?"

Minhyuk mengangguk perlahan. Mata Junhoe kemudiannya beralih pada cermin pandang belakang keretanya untuk memastikan Jaei turut berada dalam keadaan yang baik. Sebaik sahaja lampu bertukar hijau , Junhoe membawa mereka pulang ke rumah masing-masing tanpa sesiapa pun bersuara.

Tangannya sudah terketar-ketar apabila teringat semula akan mimpi sewaktu awal pagi tadi.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now