---
TAERI
Kehangatan tubuhnya.
Sentuhan halusnya.
Serta kelembapan bibirnya.
Segala ciri yang aku sebutkan itu mulai merangsang hormon-hormon di dalam tubuh ini. Adrenalin? Mungkin. Ataupun aku hanya gementar tatkala berada sedekat ini dengan lelaki setampan Kim Jinhwan? Maksud aku , wanita mana yang tidak akan berasa terancam dalam posisi seperti sekarang ini?
Jika bukan kerana Jinhwan yang kini mengunci tubuh aku di antara kedua-dua belah kakinya , mungkin sahaja aku masih berkesempatan untuk bergerak bebas dan memilih untuk tidak meneruskan apa sahaja yang cuba dia lakukan terhadapku.
Sekiranya wanita lain turut berada di tempat aku saat ini , tidakkah mereka akan tergoda sama?
Detak jantung ini kian terasa. Diikuti pula dengan nafas yang semakin pendek biarpun setelah aku cuba mencuri nafas dalam ciuman yang memabukkan ini.
"Hmm.."
Aku tersentak apabila Jinhwan mula menggerakkan jari-jemarinya pada kulit paha ini. Serta-merta hangat telapak tangannya mengatasi kesejukan pada malam itu , membuatkan aku tidak mampu berdiam diri.
Urutan lembut pada paha aku kemudiannya terasa semakin dekat pada tempat yang aku mahu dia tuju. Sehingga aku yang pada mulanya kaku kini mengikut sama rentak permainan bibirnya.
Aku sudah benar-benar tidak peduli sekiranya gaun satin ini telah terlucut, bahkan jika ia tercampak entah ke mana gara-gara ulah Jinhwan. Aku mahu kekal begini. Ah, ini sangat menyenangkan.
Jinhwan meleraikan ciuman tersebut terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan membaringkan tubuhnya di sisi aku. Mata ini yang sekian lama terpejam kembali dicelikkan. Masing-masing yang tercungap kembali bernafas seperti biasa. Entah mengapa , aku sedikit kecewa apabila Jinhwan tidak terus memanjakan aku dengan sentuhannya.
Ketika aku dan Jinhwan saling menatap siling , dia yang sedari tadi senyap kini membuka bicara.
"Taeri-ah..."
"Ya?"
Jawabku tanpa menunggu lama. Keheningan malam kembali terasa. Aku menggigit bawah bibirku , setia menunggu apa yang bakal Jinhwan katakan.
"Saya rasa kasihan pula tengok Minhyuk tak berteman.."
Aku akhirnya menoleh ke arah Jinhwan yang sedang berbaring di sisiku. Mengapa agaknya Jinhwan tiba-tiba menyebut perihal Minhyuk? Sedangkan selama ini dia tidak pernah pun berbincang dengan serius soal anak kecil itu.
"Awak tak rasa kita patut tambah lagi seorang? Sekurang-kurangnya Minhyuk ada kawan seusia dia untuk berbual.."
Ah, aku rasa aku faham akan apa yang cuba Jinhwan sampaikan. Namun , aku sendiri pun masih ragu-ragu. Adakah dia benar-benar bersedia untuk mempunyai zuriat dari darah dagingnya sendiri kali ini? Walau apa pun keputusan Jinhwan , aku sudah lama bersedia. Hati aku mula menghangat tatkala membayangkan diriku membawa kandungan di dalam tubuh ini.
"Maksud awak?"
Apa-apa pun , aku masih perlu mendengar jawapan dari mulut Jinhwan sendiri. Aku lihat lelaki itu seolah-olah sedang menarik nafas dalam.
"Kita ambil seorang lagi anak angkat. Nak?"
Hati aku meruntun kecewa sebaik sahaja mendengar apa yang terbit dari mulutnya pada ketika itu. Sedaya upaya aku sorokkan reaksi aku daripada terlihat olehnya. Apa gunanya aku beria-ia di atas katil ini tadi jika ini yang bakal aku terima?
Aku ingat hubungan kami sudah bertambah baik hari demi hari , membolehkan Jinhwan untuk menerima aku sepenuhnya. Tetapi , tidak. Dia langsung tidak pernah mencuba. Aku mengenggam cadar katilku , menyalurkan segala perasaan negatif yang aku tahu akan menguasai diri aku.
"Kenapa kita tak usaha untuk dapatkan anak sendiri saja? Saya ada jumpa doktor dan dia kata saya dah boleh bersedia untuk timang cahaya mata."
Ya, aku yakin yang aku sudah cukup bersedia untuk mempunyai zuriat sendiri. Aku hanya perlu memastikan yang aku benar-benar sihat untuk membawa kandungan selama 9 bulan. Dan ternyata , doktor juga menggalakkan aku untuk mencuba.
"Awak tak rasa Minhyuk akan bandingkan diri dia dengan anak kita nanti ke? Kan lebih mudah kalau kita terus ambil anak angkat supaya Minhyuk tak rasa tersisih."
Jadi , itu alasannya? Aku sekadar tersenyum. Ikhlas atau tidak , itu terpulang kepada Jinhwan sendiri untuk menilainya.
"Kalau itu yang awak nak , terpulanglah. Asalkan awak happy."
Ketukan halus di pintu mengejutkan kami berdua. Aku segera mencapai kardigan labuh lalu disarungkan pada badan. Gaun yang sudah lama terlucut ke lantai selepas aku memakai kardigan tersebut disepak ke penjuru bilik. Aku membuka pintu dan mendapati bahawa Minhyuk sedang berdiri di sana sambil menggosok matanya.
"Omma... appa..."
Sebelum sempat Jinhwan bangun dari pembaringannya , aku terlebih dahulu memimpin Minhyuk keluar dari bilik tersebut.
"Tak apa. Biar saya teman Minhyuk malam ni."
Tanpa menunggu respons lelaki itu , aku kembali menutup rapat pintu bilik tersebut.
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Любовные романы"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...