---
"Seolma.. Executive Kim pun ikut sekali ke?"
Walaupun Taeri pada saat itu sedang berada jauh di belakang , dia mampu mendengar dengan jelas bisikan beberapa orang pekerja wanita di dalam kumpulannya yang mula bergossip tentang lelaki tersebut.
Tidak dinafikan. Taeri sememangnya seorang yang peka. Kedua-dua belah gegendang telinganya itu memang tajam dalam bab-bab mencuri dengar perbualan orang lain. Manalah tahu jika ada informasi penting dari mereka yang boleh dia gunakan untuk mengusik lelaki itu pula. Barulah adil , bukan?
Taeri tersenyum sungging. Dia bahkan sudah tahu tentang kenyataan tersebut lebih awal daripada mereka. Taeri tanpa berkata apa-apa terus berjalan membuntuti mereka keluar dari bangunan syarikat itu.
Katanya , malam ini tempat makan pilihan mereka adalah di sebuah restoran yang agak terkenal berdekatan dengan kawasan tersebut. Lokasi restoran itu juga dikatakan hanya selang beberapa blok daripada bangunan syarikat mereka.
Akan tetapi , jarak yang besar di antara bangunan-bangunan besar ini sepertinya tidak mengizinkan mereka untuk berjalan kaki ke sana hanya dengan kasut tumit tinggi mereka itu.
"Omo.. sorry Taeri-ssi. Kereta kami dah penuh."
Haesol mencebikkan bibirnya. Sedangkan dua orang lagi rakan baiknya di dalam kereta yang sama sedang menyembunyikan tawa mereka.
Seorang lagi pekerja lelaki yang duduk di kerusi pemandu pada ketika itu juga nampaknya seperti terpaksa membawa mereka bertiga di dalam keretanya. Padahal tempat duduk belakang di sebelah kanan mereka masih lagi kosong.
Menyedari bahawa Taeri sedang melihat ke arah tempat duduk yang masih kosong itu , Heeji mengalihkan beg tangannya ke sana. Kini , tiada lagi tempat duduk kosong yang tersisa.
"Let me see. Rasanya staff yang lain dah gerak."
Haesol berpura-pura melihat ke sekeliling. Memang dari awal lagi dia tidak berniat pun untuk menumpangkan Taeri sekali. Menurutnya , itulah balasan kepada Taeri kerana dengan berani-beraninya tidak menghormati mereka bertiga sebagai senior.
"Sorry.. maybe awak kena jalan kaki."
Cermin kereta tersebut dinaikkan. Haesol dan Heeji yang duduk di bahagian belakang dilihat melambai-lambai ke arah Taeri sambil tersenyum mengejek sebelum kereta itu bergerak meninggalkannya seorang diri.
Daripada bersusah-payah hendak berjalan kaki ke sana , mungkin lebih baik Taeri pulang sahaja ke rumah. Wanita itu menundukkan kepala seraya menatap kasutnya. Sebuah kereta yang berhenti betul-betul di hadapan Taeri membuatkan wanita tersebut kembali mengangkat wajahnya.
"Hop in!"
Taeri mengalihkan tangan kanannya ke mulut , cuba menyembunyikan senyumannya agar tidak dilihat oleh Kim Jiwon. Lelaki ini mungkin menjengkelkan. Tetapi siapa tahu? Lelaki ini jugalah yang menjadi penyelamat keadaan.
Taeri mengambil tempat duduk di sebelah Jiwon lalu menutup pintu kereta mewah milik lelaki tersebut.
"Pakai seatbelt. Atau awak nak saya yang pakaikan?"
Jiwon merapatkan tubuhnya pada wanita yang kini berada di sebelah lelaki itu. Taeri secara refleks turut mengundurkan tubuhnya rapat ke pintu kereta. Mengapa lelaki ini tiba-tiba sahaja dalam mood menggodanya?
"Tapi kan restoran tu dekat saja."
Taeri terkebil-kebil dengan wajah polosnya. Jiwon tersenyum lebar ke telinga sehingga hilang kedua-dua belah mata kecilnya itu.
"That's because... we are going for a race."
Jiwon menekan pedal minyak membuatkan Taeri serta-merta memasang tali pinggang keledarnya. Jika dihadam semula kenyataan Jiwon itu , katanya mereka akan berlumba. Tetapi , dengan siapa pula?
Cemas Taeri jadinya apabila Jiwon mula memecut laju di atas jalan raya. Cara lelaki itu mengendalikan kenderaannya pula tidak kalah pemandu kereta lumba.
Satu persatu kereta di hadapannya dipotong tanpa mempedulikan bunyi hon daripada mereka. Taeri memejam rapat kedua-dua belah matanya dengan harapan agar dia tidak mati di usia yang muda seperti sekarang. Teringat pula dia terhadap Minhyuk yang kini berada di rumah bersama pengasuhnya.
Taeri memberanikan dirinya untuk kembali membuka mata. Jiwon kini sepertinya hendak memecut kereta berwarna putih di hadapan mereka. Jika tidak silap , itulah kereta yang dinaiki oleh tiga orang ahli sihir tadi!
Apabila dua buah kereta tersebut saling bersebelahan , Jiwon menurunkan cermin tingkapnya. Hal tersebut berjaya menarik perhatian Haesol dan Heeji.
"Yah! Bukan tu Executive Kim ke? Dengan Taeri?"
Kereta merah milik Jiwon kemudiannya memecut laju meninggalkan mereka. Heeji dan Haesol nampaknya tidak berpuas hati. Manakala seorang lagi rakan baik mereka yang sedang duduk di kerusi hadapan sekadar tersenyum melihat kereta merah itu berlalu pergi.
"Nampak tak muka mereka tadi?"
Jiwon sudah ketawa terbahak-bahak sambil memukul stereng keretanya. Manakala Taeri pula sekadar tersenyum senang , merasakan bahawa kemenangan kini berada di pihaknya. Kini dia sudah boleh menarik nafas lega.
"Thank you.."
Jiwon tersipu malu tatkala mendengar ucapan yang terbit dari bibir Taeri itu.
"Hehe.. no hal."
---
Kim Haesol
Jung Heeji
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Romance"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...