S2 - 20 장

31 5 25
                                    

---

"Cupcake imo tidur sini ke?"

Soal Jaei bersungguh-sungguh dengan raut wajahnya yang dilihat begitu teruja. Tangan kecilnya menarik-narik hujung baju Jinhwan untuk mendapatkan perhatian lelaki dewasa itu.

Di fikiran kanak-kanak tersebut pula hanya membayangkan sejumlah kek cawan yang bakal tersedia buatnya hari esok.

"Jaei , pergi cuci mulut tu dulu. Lepas tu gosok gigi sekali. You have to sleep."

Dengan keberadaan Taeri yang masih didukung di belakang abdomennya , Jinhwan mengarahkan Jaei untuk membersihkan kesan aiskrim yang tersisa di mulut anak kecil itu. Comotnya memang bukan main.

Jaei berjalan ke biliknya dengan muncung yang panjang , meninggalkan Jinhwan dan Taeri berduaan di ruang tamu unit apartment itu.

Jinhwan kemudiannya membawa Taeri ke dalam bilik tidurnya memandangkan kamar yang satu lagi sudahpun dijadikan sebagai stor. Bahkan hanya bilik Jinhwan dan Jaei sahaja yang mempunyai katil pada ketika itu. Lelaki tersebut nampaknya tiada pilihan lain.

Mengapa agaknya Jinhwan tidak membawa Taeri pulang ke rumah wanita itu sahaja? Banyak alasannya.

Jinhwan tidak punyai kereta sendiri , Jaei perlu tidur awal kerana dia masih kanak-kanak yang tidak sepatutnya berjaga lewat malam , dan juga disebabkan oleh Jinhwan yang amat merindui Taeri.

Jinhwan tahu , Taeri pasti tidak gemar akan alasan ketiganya ketika mereka sudah tiada apa-apa lagi untuk dibincangkan.

Lelaki itu tidak dapat mengelak daripada situasi ini. Biarlah dia ditengking esok hari sekalipun. Dia akan manfaatkan peluang yang ada untuk bersama Taeri malam ini.

Tubuh genit Taeri dibaringkan perlahan di atas katilnya. Jinhwan membetulkan rambut Taeri yang kelihatan serabai pada ketika itu sambil tersenyum sendirian.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Jinhwan kerana dapat bertemu dengan Taeri sekali lagi. Namun begitu , senyuman lelaki itu tiba-tiba bertukar kelat entah mengapa.

Banyak perkara yang Jinhwan fikirkan saat itu. Sambil menatap wajah jelita Taeri yang dia pernah lihat sebagai sesuatu yang membosankan dahulu , Jinhwan bermain dengan rambut panjang wanita tersebut.

"Siapa lelaki tadi tu?"

Bisik Jinhwan perlahan. Mungkinkah Taeri sudah menemui seseorang yang akhirnya mengambil peduli tentang wanita itu? Adakah Jinhwan sudah tertinggal satu langkah di belakang lelaki yang langsung tidak dia kenali tadi? Jinhwan tertanya-tanya.

"Dia boyfriend baru awak ke?"

Jinhwan menggigit bawah bibirnya. Pada ketika itu , dia sedang duduk di samping katil sambil menemani Taeri. Terkejut Jinhwan bukan kepalang apabila Taeri mencelikkan matanya. Adakah dia sedang mendengar segala soalannya?

"Mworago?"

Taeri kembali duduk dari pembaringan sambil mengurut-urut kepalanya yang berpinar , meninggalkan Jinhwan kaku di sisi katil itu dengan kebingungan. Mungkinkah Taeri sudah tidak mabuk lagi seperti sebelumnya?

"Jiltuhae?"

Taeri lihat Jinhwan mengemam bibirnya. Barangkali memang benarlah lelaki itu cemburu tatkala melihat Taeri bersama Jiwon sebentar tadi. Sunguh tidak disangka-sangka.

Wajah Taeri saat itu masih terlihat memerah seperti tomato masak. Kesan sampingan satu jag alkohol tadi sudah tentunya belum hilang sepenuhnya.

"I kinda like him."

Jinhwan tidak pasti jika kenyataan Taeri itu adalah sebagai satu provokasi kepada ego lelaki tersebut atau apa. Lagipun , lelaki mana yang suka mendengar perkara seperti itu diucapkan oleh wanita yang masih dia sayang , bukan?

"Tipu.."

Jinhwan sudah rasa tercabar. Dadanya turun naik menahan rasa cemburu dan hal tersebut membuatkan Taeri tersenyum kecil. Jinhwan sekali lagi keliru dengan riak wajah wanita itu. Adakah Taeri sedang mempermainkan emosinya?

"Don't lie."

Jinhwan mendekatkan tubuhnya. Namun , Taeri langsung tidak berganjak apatah lagi mengundurkan tubuhnya. Jinhwan mengambil langkah berani dengan menarik Taeri sehingga mereka akhirnya saling berciuman.

Tangan Jinhwan kini menyokong kepala Taeri sambil memperdalamkan lagi ciuman intim mereka itu. Taeri sememangnya tahu betapa mahirnya gerak bibir Jinhwan apabila ia mula melekap di mulutnya.

Ciuman lelaki itu perlahan-lahan turun dari rahang ke tengkuk dan seterusnya ke tulang selangka Taeri , meninggalkan kucupan demi kucupan yang boleh membuat adrenalin sesiapa sahaja mula melonjak. Taeri menolak bahu Jinhwan keras.

Mereka tidak boleh terus begini.

"Jangan buat saya confuse."

Taeri memperbetulkan kolar bajunya yang sempat Jinhwan selak ketika berciuman sebentar tadi. Lelaki itu tampak kecewa , sedar jika dia terlalu terburu-buru dalam tindakannya.

"Hantar saya balik." Pinta Taeri.

"Mianhae. Saya tak ada kereta."

"Nevermind.. saya balik sendiri."

Taeri tercari-cari beg tangannya. Namun , tiada.

"Awak tak bawa beg bersama awak tadi. Mungkin awak tertinggal di restoran."

Taeri mengutuk keras di dalam hatinya. Sekarang , bagaimana dia mahu pulang tanpa telefon dan beg duitnya? Mana mungkin dia ingin merendahkan egonya semata-mata untuk meminjam duit Jinhwan pula.

"Look. Tidur saja di sini malam ni. Saya tak boleh biarkan awak balik seorang diri dalam keadaan awak yang masih mabuk. Bas pun dah tak ada sekarang ni. Biar saya sahaja yang tidur luar. Don't worry. Saya tak akan buat apa-apa macam tadi.

Jinhwan berdiri lalu berjalan perlahan meninggalkan bilik tersebut. Pintu di belakangnya ditutup rapat. Serba salah pula Taeri jadinya apabila melihat Jinhwan begitu.

Tetapi untuk apa?

Memang benar pun mereka berdua sudah tiada apa-apa. Dia tidak minta pun lelaki itu berbaik dengannya. Cuma persoalannya , mengapa dada Taeri berdenyut sakit setelah melihat raut wajah lelaki itu tadi?

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now