S1 - 16 장

236 36 18
                                    

---

JINHWAN

"Dialah orang yang nak sangat jumpa Tuan masa tu..."

Setelah letih aku bermundar-mandir di ruangan menunggu yang terletak hanya berhadapan dengan wad bersalin ini , perlahan-lahan aku akhirnya melabuhkan punggung di sana.

Mujurlah aku sempat mengejarkan Sooyeon ke hospital yang berdekatan.

Dan sepertinya , aku tidak boleh terus mendiamkan diri dengan apa yang Jisoo cuba sampaikan kepada aku melalui teks pesanan ringkasnya sebentar tadi.

Jika benarlah kenyataan Jisoo itu , mengapa agaknya Sooyeon ingin berjumpa dengan aku pada waktu-waktu yang tidak terduga seperti ini?

Kami berdua tidak lagi berminat untuk mengambil tahu soal kehidupan masing-masing sejak kami putuskan hubungan.

Mungkin ini bukanlah masa yang sesuai untuk aku ungkit semula kisah lama kami. Tetapi , aku dan Sooyeon pernah menjalinkan hubungan sulit di awal usia perkahwinanku dengan Taeri.

Sebenarnya , aku sudah bercinta dengan Sooyeon terlebih dahulu sebelum keluarga daripada kedua-dua belah pihak bercadang untuk menyatukan aku dan Taeri.

Hubungan sulit kami tetap diteruskan dalam tempoh itu dan status perkahwinan aku tidak pernah diketahui oleh Sooyeon.

Namun , Sooyeon akhirnya berjaya membongkarkan rahsia itu dengan sendirinya. Dia tahu bahawa aku sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita lain. Tentu sukar untuknya menerima kenyataan itu.

Sehingga saat ini , aku tidak pasti sama ada dia tergamak memutuskan hubungan ini kerana sifat bertimbang rasanya atau mungkin sahaja dia punyai alasan lain untuk meninggalkan aku pada ketika itu.

Kini , Sooyeon kembali memunculkan dirinya dengan perut yang membusung. Sudah tentu dia telah mendirikan rumah tangga , bukan? Alangkah untungnya lelaki tersebut kerana memiliki wanita seperti Sooyeon. Cinta pertama aku.

"Doktor.."

Aku berdiri lalu memperbetulkan semula pakaianku. Doktor itu memberhentikan langkahnya lalu menoleh. Dan ia pun memandang wajahku cukup lama.

"Encik tentu orangnya."

Wanita itu tersenyum kepada aku.

"Kami akan pindahkan pesakit ke biliknya. Jadi , encik boleh berjumpa dengan mereka nanti. Muka bayi tu seiras sangat dengan encik."

Aku pun terdiam.

---

"Awak tak beritahu saya pun yang awak dah kahwin?"

Aku memutuskan untuk menjenguk Sooyeon dan bayinya yang baru sahaja lahir ke dunia.

Sedang aku cuba untuk menutup keheningan dan rasa janggal yang wujud antara kami , Sooyeon terus mendukung bayinya yang sudah selesai disusukan.

"Awak silap. Saya tak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki pun."

Sooyeon menundukkan wajahnya. Namun , senyuman pahitnya masih jelas kelihatan dari sudut ini.

"Awak tak nampak ke , Kim Jinhwan? Bayi ni seiras sangat dengan awak."

"Muka bayi tu seiras sangat dengan encik."

Aku terdiam seribu bahasa. Suara doktor wanita tadi kembali terngiang-ngiang di dalam kotak fikiranku.

"Apa yang awak cuba buktikan sebenarnya ni?"

Jari-jemariku dikepal menjadi penumbuk. Aku tidak berharap untuk mendengar jawapan dari mulut Sooyeon. Namun begitu , aku masih memerlukan kepastian.

"Bayi ni.... anak awak.."

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now