---
Ketika pekerja lain sudah beransur pulang dalam keadaan masing-masing yang mabuk dan kekenyangan , Jiwon masih lagi setia menemani Taeri yang sedang tertidur di atas meja dengan hanya berbantalkan lengannya.
Untungnya pada ketika itu , Jiwon tidak pula mabuk seperti orang lain. Lebih-lebih lagi ketika dia perlu memandu pulang dan mungkin akan menumpangkan Taeri bersama setelah melihatkan keadaan wanita itu sekarang.
Tambahan pula , Jiwon tidak begitu gemar mengambil minuman seperti soju dan bir. Sesuai dengan statusnya sebagai anak dari keluarga berada yang lahir di luar negara , Jiwon lebih menggemari rasa dan tekstur wain.
Namun begitu , dia tidaklah mengambil minuman tersebut dengan kerap. Barangkali hanya di majlis-majlis yang tertentu sahaja. Itupun dengan kawalan kendiri dan sekadar berniat untuk meraikan suatu majlis yang dianjurkan.
Wajah Taeri yang tersembunyi sepenuhnya di sebalik lipatan lengan tersebut membuatkan Jiwon tertanya-tanya.
Dengan teragak-agak , Jiwon menggunakan jemarinya untuk menyelak sebahagian daripada rambut Taeri. Tindakannya tanpa sedar sedang diperhatikan oleh seseorang pada waktu itu.
Wanita yang duduk tidak jauh dari mereka berdua saat itu sepertinya tidak mempermasalahkan pun hal tersebut. Sebaliknya , dia terus meneguk perlahan minumannya yang masih tersisa.
Memang dari awal lagi dia berminat untuk memerhatikan dua orang manusia itu dari jauh. Apatah lagi setelah melihat betapa akrabnya hubungan Jiwon dan Taeri sejak wanita itu mula bekerja di dalam syarikat mereka.
Selalunya , Jiwon memang gemar mengusik mana-mana wanita sekadar untuk berseronok setelah melihat reaksi mereka kepada godaannya. Tetapi apa yang wanita itu nampak sekarang adalah lebih kepada sifat keprihatinan Jiwon terhadap Taeri.
Mungkinkah sepupunya itu sudah jatuh hati kepada seseorang akhirnya?
"Uhmm.."
Taeri menegakkan tubuhnya secara mengejut. Setelah sekian lama tidak menyedarkan diri akibat kesan sampingan dari alkohol yang diminum , wanita itu akhirnya terjaga. Barangkali disebabkan sentuhan Jiwon tadi jugalah yang membuatkan wanita itu kelihatan seperti terkejut.
"Nak saya hantar awak balik?"
Tanpa memproses pelawaan Jiwon itu terlebih dahulu , Taeri menggeleng laju lalu berdiri. Dengan terhuyung-hayang , wanita itu berjalan ke arah pintu keluar untuk pulang ke rumahnya.
Ketika dia hampir tersadung , sepasang tangan yang kini berada di pinggang Taeri sempat menangkap tubuh genitnya itu. Jiwon yang menyusul di belakang pada ketika itu langsung tidak berkesempatan untuk membantu.
Kedua-dua mereka dilihat seperti sedang berpelukan. Taeri pula tanpa rasa malu kian menghidu haruman pada tubuh itu yang sepertinya dia kenali.
"Hmm.. bau macam Jinhwan..."
Taeri mengangkat wajah dan memang benarlah tekaannya walaupun hanya berdasarkan deria bau sahaja.
"Taeri?"
Jinhwan secara kebetulannya berada di sekitar kawasan itu untuk mendapatkan jenama mi segera kegemarannya di kedai runcit berhampiran. Tidak disangka-sangka pula dalam perjalanan pulang , dia boleh terserempak dengan Taeri dalam keadaan begini. Kemunculan Jiwon di sana turut menimbulkan tanda tanya.
"Berapa banyak dah dia minum ni?"
Jinhwan cuba merangkul tubuh Taeri dengan lebih baik memandangkan wanita itu sepertinya sukar untuk berdiri dengan sendirinya. Mata Jiwon pula tertumpu pada kanak-kanak yang sedang menikmati aiskrim di sisi lelaki itu.
Jiwon sekadar mengangkat bahunya kerana tumpuan lelaki itu sedikit terganggu setelah melihat kanak-kanak tersebut.
"Kau kenal Taeri?" Soal Jiwon. Dia perlu tahu apa kaitannya Taeri dengan lelaki yang sudah mempunyai anak ini. Walaupun wajah Jinhwan dilihat seperti muda remaja , keberadaan Jaei di sisinya membuatkan Jiwon ragu-ragu.
"Biar saya hantar Taeri balik. Saya tahu rumah dia di mana."
Hanya dengan kenyataan seringkas itu , Jiwon membiarkan Jinhwan mendukung Taeri di belakang tubuhnya lalu meninggalkan lelaki itu yang sedang terkebil-kebil. Jaei mengeluarkan sebiji gula-gula dari poket seluarnya lalu dihulurkan pada Jiwon.
"Terima kasih jaga 'cupcake imo'.." Bisik kanak-kanak yang punyai kesan comot pada mulutnya saat itu.
"Jaei , kkaja.."
Panggilan Jinhwan membuatkan kanak-kanak itu kembali berlari ke arah lelaki tersebut. Apabila dilihat dari belakang , mereka terlihat seperti keluarga bahagia.
"Siapa tu?"
Wanita tadi muncul di sisi Jiwon sambil berpeluk tubuh. Jiwon sekali lagi mengangkat bahunya dengan bibir yang dicebik. Ketika Jiwon memutuskan untuk meninggalkan restoran itu , wanita tersebut mengekorinya dari belakang.
"Tumpangkan saya balik."
"No. Balik sendiri."
"Alaa , please.."
"Shireo.. I already told you.. jangan berkawan dengan dua orang pembuli tu. Tengoklah dah berapa banyak staff cantik dalam your department tu yang berhenti kerja sebab kena buli. Kalau Taeri pun quit , sampai bila-bila pun aku tak mengaku yang kau tu sepupu aku. Arasseo?"
---
YOU ARE READING
Divorce Aftermath [ MalayFic ]
Roman d'amour"But he is just 7 years old.. he shouldn't know yet.." "Marahlah saya , pukullah saya kalau itu yang akan buat awak puas hati. Jebal.. sampai bila awak nak diam membisu sahaja macam ni? It's killing me , Taeri-ah." "Terimalah kenyataan , Han Sooyeo...