S2 - 16 장

24 4 34
                                    

---

Hey Taeri.. awak free tak sekarang ni?

Jinhwan mengerutkan dahinya dengan wajah tidak puas hati. Butang padam ditekan lama sehingga semua huruf pada kotak teks kembali kosong.

Taeri-ah.. boleh kita bercakap sekejap?

Kali ini , Jinhwan menggeleng laju kepalanya. Teks pesanan ringkas tersebut sudah tentunya tidak sesuai dengan situasi mereka berdua sekarang. Ayat yang seterusnya pula ditaip tanpa sedar setelah Jinhwan akhirnya mengikut naluri hatinya.

Jaei yang pada ketika itu sedang bermain dengan trak kecilnya di ruang tamu turut bingung tatkala melihat bagaimana Jinhwan berulang alik di dalam ruangan sempit dapur unit apartment tersebut.

Taeri-ah.. I miss you.

Bunyi berdesing mengingatkan Jinhwan kepada soondubu jiggae yang sedang dia panaskan di atas dapur saat itu. Melihat sahaja kuah di dalam periuk kecil itu mula melimpah-limpah , mata Jinhwan membulat. Dengan kelam-kabutnya , lelaki bertubuh genit itu pun meninggalkan telefonnya tadi di atas meja terlebih dahulu untuk mematikan api.

Jinhwan mengeluh berat. Memang tidak sah harinya jika tidak melakukan kesilapan di dapur. Mujur sahaja seluruh apartment tersebut belum pernah terbakar gara-gara kecuaiannya. Lelaki itu kemudiannya mencapai sehelai kain kering lalu mengelap sup yang tertumpah di atas dapur elektronik tersebut.

Kerja mengemas tersebut membuatkan Jinhwan terlupa sejenak tentang teks pesanan ringkas yang sepatutnya dikirim kepada Taeri. Jinhwan kembali mendapatkan telefonnya yang ia tinggalkan sebentar tadi.

Hairan lelaki itu dibuatnya apabila Jaei yang kali terakhirnya dilihat elok bermain di ruang tamu kini berlari dari dapur ke biliknya. Jinhwan hanya menggeleng.

Taeri-ah.. I miss you.
9.21 a.m.

Terbeliak luas mata seorang Kim Jinhwan tatkala melihat mesej yang sepatutnya dipadam oleh lelaki itu tadi kini berjaya dihantar kepada Taeri. Hal itu sekaligus menjelaskan mengapa kanak-kanak kecil tadi berlari masuk ke dalam biliknya.

"Jaei!"

---

Wajah Taeri berkerut bingung. Entah mengapa sejak dua menjak ini , dia seringkali membuat raut muka judgemental tanpa dia sedari. Mungkin terlalu ramai orang yang menyakitkan hati muncul di sekelilingnya. Siapa tahu?

Tambahan pula , reaksinya semakin menjadi-jadi setelah dia melihat satu kiriman mesej daripada Jinhwan. Ada apa dengan bekas suaminya ini sehingga perlu menghantar teks pesanan ringkas seperti itu? Mungkinkah lelaki tersebut baru sahaja disampuk hantu malam tadi? Taeri juga tidak pasti.

Wanita itu kembali mengadun kopi di dalam cawan ketiga yang perlu dibancuhnya. Ini merupakan hari ketujuh dia terpaksa menyediakan kopi panas untuk mereka bertiga setiap pagi.

Anehnya , Taeri langsung tidak merungut. Seolah-olah rutin itu sudah menjadi suatu kebiasaan buatnya. Namun pada saat ini , Taeri sepertinya tersedar akan sesuatu.

"Apa yang aku tengah buat sebenarnya ni?"

Taeri berhenti mengadun cawan kopi terakhir di pantri pejabat itu. Mesej Jinhwan tadi diibaratkan telah membawa wanita itu kembali ke realiti. Apa Taeri yang sebenarnya dipukau oleh tiga orang manusia itu untuk menjadi kuli mereka?

Selesai membancuh minuman tersebut , Taeri kemudiannya membawa ketiga-tiga cawan itu keluar dari pantri. Dengan yakin , dia pun berjalan ke arah meja di mana mereka sedang bergelak ketawa.

"Enjoy it. Ini kali terakhir saya buatkan coffee."

"Mwo?"

Salah seorang daripada mereka yang berambut panjang terlihat tidak puas hati dengan kenyataan Taeri itu.

"Awak tahu tak yang awak tengah bercakap dengan senior awak sekarang ni?" Celah yang lagi seorang sambil diperhatikan oleh wanita yang ketiga.

"I'm not your tea lady."

Taeri melangkah pergi dengan angkuhnya. Entah mengapa baru hari ini dia tersedar untuk melakukan perubahan. Taeri kembali ke mejanya untuk fokus kepada tugasan yang diberikan tanpa mengambil peduli pandangan tajam mereka bertiga.

Seorang lagi lelaki yang sedang bersandar rapat pada dinding tidak jauh dari tempat duduk mereka hanya memerhatikan tingkah berani Taeri penuh minat. Jiwon menyedut minuman yang dibelinya dari luar bangunan syarikat tersebut lalu tersenyum bangga.

"That's my girl.."

Jiwon pun mencapai telefonnya lalu menaip sesuatu sambil terus mencuri pandang ke arah Taeri. Tidak lama selepas butang hantar ditekan , ia kembali fokus kepada wanita itu yang terlihat tekun menterjemahkan bahan yang diberikan.

Tumpuan Taeri kemudiannya beralih pada telefonnya yang berdering sejenak di atas meja tersebut. Satu lagi teks pesanan ringkas diterima olehnya. Semoga sahaja mesej tersebut bukan lagi dari lelaki bernama Jinhwan.

Malam ni jangan lupa , okay? Kita enjoy!
10.12 a.m.

Taeri kini tercari-cari figura yang telah mengirim mesej tersebut kepadanya. Siapa lagi jika bukan Kim Jiwon? Tidak mungkinlah pekerja lain yang menghantarnya sedangkan mereka juga tidak pernah bertukar nombor telefon.

Taeri tahu sudah bagaimana untuk mengenal pasti kedudukan lelaki itu. Jika ada di antara mereka yang melambaikan tangan kepadanya , pasti itulah Kim Jiwon , si eksekutif syarikat yang menjengkelkan. Tidak cukup dengan itu , Jiwon turut mengenyitkan sebelah matanya.

Apa dia ingat dia itu menggoda?

Taeri mengurut kepalanya yang diturunkan sehingga tersembunyi di sebalik skrin komputer. Bagaimana dia boleh terlupa tentang tradisi makan-makan yang dianjurkan setiap bulan untuk rakan sekerja di bawah satu department dengannya?

Yang lebih membimbangkan adalah apabila Taeri yakin bahawa Jiwon akan ikut sama apabila dia turut serta. Itu sudah pasti.

Haih..

---







Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now