S1 - 02 장

328 40 12
                                    

---

TAERI

Usai melihat mama yang akhirnya mulai menjamah makanan air tangan aku kerana berkat selera makan Junhoe , aku terus naik ke bilik tidur dengan langkah longlai.

Aku kemudiannya berhenti betul-betul di hadapan sebuah pintu yang sentiasa bertutup. Dengan keluhan berat , aku menguak pintu tersebut selepas memulas perlahan tombolnya.

Haruman maskulin dari minyak wangi berjenama yang Jinhwan sering gunakan serta merta menyapa deria bau aku.

Katil yang sempat aku kemas sebelum aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan kembali berantakan. Manakala katil miliknya sekadar dipandang sepi. Ah , lupa untuk aku jelaskan. Kami tidak berkongsi katil walaupun tidur di dalam bilik yang sama.

Bantal kepunyaan Jinhwan sempat aku capai lalu aku peluk seeratnya sambil berbaring dalam posisi mengiring. Ini bukan kali pertama aku melakukannya. Hanya ini sahaja caranya untuk aku melepaskan rindu.

Berkurung di dalam bilik selepas Jinhwan keluar ke pejabat sudah menjadi rutin harian aku. Hanya sahaja , hari ini emosi aku terasa begitu sensitif.

Aku sedar bahawa masa akan tetap berdetik. Dan hari ini akan berlalu seperti hari-hari yang biasa aku lalui.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku teruja tentang apa yang bakal aku terima sejak malam sebelumnya. Sama ada hadiah ataupun sekadar ucapan hari lahir. Tetapi tidak. Semuanya sia-sia.

Barangkali benarlah bahawa kali pertama dan terakhir mereka teruja tentang kewujudan aku hanyalah semasa aku dilahirkan oleh mama. Papa juga tidak lagi bersama kami saat ini. Bayangkan betapa sukarnya untuk aku membesar tanpa kehadirannya.

Sungguhpun Jinhwan perlu dipersalahkan dalam hal ini kerana terus menerus mengabaikan aku , aku tidak akan mampu untuk mengherdiknya. Maka , disebabkan itulah aku menjadi si bodoh yang terus mencintai Jinhwan.

Perkahwinan kami tidaklah bahagia seperti pasangan lain kerana telah diatur oleh keluarga Jinhwan. Jadi , aku faham jika dia tidak akan pernah mencintai aku. Tetapi , pernahkah dia mencuba?

"Taeri-ah.. boleh aku masuk?"

Aku terdengar suara halus umpama bisikan. Aku kembali mendudukkan tubuh kerana terkejut dengan kemunculan Junhoe di muka pintu bilik ini. Dia hanya menggaru tengkuknya dengan wajah kekok.

"Ah , lupakan. Turun ke bawah sekejap , boleh?"

Dia tersenyum hangat kepada aku. Mungkin kerana dia merasa pelik setelah melihat dua buah katil di dalam bilik pasangan suami isteri ini. Perlahan kepala aku diangguk. Selepas apa yang berlaku pagi ini , aku dah hilang semangat walaupun untuk tersenyum.

"Tadaa....."

Aku memandang Junhoe yang kini tertawa. Aku cemburu. Mudahnya lelaki ini terhibur. Seolah-olah dirinya tidak pernah melalui masalah dalam hidup. Aku menoleh ke arah lain lalu terpana. Mama mendekati kami berdua bersama sebiji kek yang ia pegang.

"Selamat hari jadi yang ke-21 , anak manja.."

Mata aku terasa hangat. Sejujurnya , aku terharu. Namun , sedikit kecewa kerana yang meraikannya bersama mama bukanlah Jinhwan. Tetapi Junhoe. Siapakah sebenarnya suami aku sekarang?

"Tiuplah lilin tu. Atau kau nak biarkan tangan mama kau lenguh?"

Junhoe menepuk bahu aku sebagai galakan.

"Sebelum tu , make a wish. Cepatlah tiup , aku nak makan kek tu."

Gesa Junhoe lagi dan diakhiri dengan rengekan laparnya. Sedangkan baru sebentar tadi dia sarapan bersama kami. Aku akhirnya tersenyum.

Aku yakin , kau tentu boleh agak permintaan aku untuk hari lahir tahun ini. Harapan sama yang aku harap Tuhan akan makbulkan. Juga , semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

---

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now