Prologué I

1.7K 46 0
                                    

April, 2014.
KEPALA yang tersarung tudung dua lapis digaru sebentar. Tangan menggenggam sebuah penumbuk bagi mengetuk pintu kelas. Gadis itu kelihatan teragak-agak. Serentak, bibir bawah digigit sedikit bagi menghilangkan rasa resah menyelubungi diri. Jujur dia agak gementar. Dada disentuh kejap.

Berdebar.

Tambah pula dengan suara riuh-rendah para pelajar. Jelaslah hampir kesemua murid kelas tersebut sedang berada dalam kelas. Debarannya kian menggila. Gadis itu perlahan-lahan tarik dan hembus nafasnya dalam. Mengumpulkan segala kekuatan untuk memberanikan diri.

"Ehem," deheman datang dari belakang tanpa sedar membuatkan bahunya ternaik. Tubuhnya kaku sekejap. Dengan pantas dia ketepikan diri. Memberi laluan kepada penghuni kelas tersebut.

Ternyata dia telah menghalang laluan pelajar lelaki lengkap berkemeja biru itu. Dia hanya memerhati segala tindak-tanduk pelajar lelaki tersebut. Sungguh selamba masuk ke kelas tersebut tanpa memberi salam biarpun terang-terang ada guru dalam kelas itu.

"Kamu lambat ke mana, Aryan?" Soal guru perempuan tersebut. Sudah masak dengan tingkah pelajar lelaki bernama Aryan.

"Tandas hehe," balasnya dengan muka tidak bersalah. Aryan mengambil tempat berhadapan meja guru tersebut. Sepasang mata amber itu beralih ke arah gadis tersebut. Pertanyaan rakan disebelah diabaikan.

"Awak Darya, kan? Buat apa lagi dekat situ? Nak cikgu jemput masuk ke?" Dengan langkah tergesa Darya melangkah masuk ke kelas menuju ke arah guru tersebut. Tak betah membiarkan guru itu terus tertunggu.

Nurdarya Binti Ahmad Daus. Dia merupakan pelajar baru.

"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Soal Darya polos. Kelas agak bingit. Terpaksa dia meninggikan suara sedikit. Lagipun, dia bukan pelajar kelas itu. Hanya guru perempuan ini meminta dia datang ke kelas memandangkan dia sedang mengajar di kelas itu. Tertera nama 'Haliza' pada tag nama di dada. Dia merupakan guru penasihat akademik dan pembelajaran Darya di sekolah ini.

Aryan merenung dengan penuh minat. Darya sekadar mengabaikan biarpun rasa malu menyelubungi diri. Gila tak malu bila ada lelaki tenung macam nak terkam?

"Cikgu nak nombor telefon ibu kamu, ada maklumat yang tak lengkap."

Darya pandang cikgu Haliza. Sudut bibirnya naik mengukir senyuman janggal. Cikgu Haliza sudah naik hairan. Kemudian, dia baru tersedar. Darya tak ada sebarang kertas mahupun pen. Belum sempat cikgu Haliza mahu minta, Aryan terlebih dahulu menghulurkan sekeping kertas kepada Darya.

Bibir Darya bergerak tanpa suara tatkala berterima kasih. Aryan sekadar senyum. Gigi taringnya jelas kelihatan pada pandangan Darya.

Tanpa menunggu lama, Darya terus tulis nombor telefon ibunya di atas kertas. Kemudian dia hulurkan kertas itu kepada cikgu Haliza.

"Perjumpaan batch hari Selasa tau, Darya? Nanti kita jumpa lagi. Terima kasih sebab datang ke sini," Darya hanya mengangguk sambil tersenyum ke arah cikgu Haliza. Dia mengerling Aryan sekilas sebelum melangkah keluar kelas.

Tak dinafikan, penampilan lelaki itu sungguh kemas. Rupa parasnya juga boleh dikatakan agak tampan. Darya akuinya dia tampak attractive. Namun, Darya adalah Darya. Susah untuk dia tiba-tiba minat seseorang seperti Aryan. Sebab mereka berdua tak pernah mengenali antara satu sama lain.

Malah, dia sudah agak tak sampai dua hari nanti dia bakal melupakan raut wajah Aryan.

"Bukan ada kena mengena dengan aku pun," bisiknya sendirian.

Tanpa dia sedar, Aryan sudah jatuh suka dengan raut wajahnya.





Teruntuk si dia, I hope you will be the best version of Aryan Hameen one day.

I love you, A.H.

Sincerely,

M.


Cliche.

Anyway, enjoy your reads. Don't put high expectations sebab saya pun baru belajar tulis cerita melayu. (penulisan fanfiction dulu lagi santai huhu)

🌷🤍

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now