62

2.6K 97 0
                                    

LIMA hari berlalu. Baru aku dapat keberanian untuk berdepan dengan Aryan. Selama lima hari juga, Aryan lansung tidak berlegar di tingkat atas ketika aku berada di luar bilik. Aku sedar, ketika aku tidur, dia masuk bilik senyap-senyap. Mengambil pakaiannya. Kemudian, mengucup dahiku lembut.

"I'll wait you until you love me again, sayang. Assalamualaikum wifey, take care and I love you."

Aku tak pernah berhenti cintakan Aryan. Jika dia menganggap aku berhenti mencintai dia, sungguh dia silap. Cuma aku rasa aku tidak layak.

Setiap hari dia memasak. Meninggalkan makanan di depan pintu bilik bersama secebis nota. Supaya aku makan.

Sedang Aryan bertungkus-lumus menyiapkan makanan tengahari. Aku memeluk tubuhnya dari belakang. Tubuhnya mengeras seketika. Kemudian kembali mengendur apabila perasan tanganku menyusup, seterusnya bergerak memeluk pinggangnya. Aku rindukan haruman ini. Aku lekapkan pipi ke belakang tubuhnya. Sekadar diam menikmati.

"Caramor?" Aryan bersuara.

"Abang marahlah Arya. Arya layak." Ucapku. Sungguh aku maksudkannya.

"Berikan sebab kenapa abang perlu marah isteri abang, caramor." Aryan bersuara lagi. Kali ini nadanya lebih tenang.

"You're human, abang. Arya tak pernah nampak abang marah. Abang tak sakit ke, bila terlalu pendam perasaan abang?" Soalku lagi. Habis sahaja mendengar persoalan aku, Aryan tutup api dapur. Tanda masakan sudah siap. Dia meleraikan pelukan aku. Dengan mudah, dia mengangkat aku. Meletakkan aku di atas kabinet yang sudah bersih dikemaskan.

Aryan merenung aku lama sebelum tersenyum lembut.

"Marah itu sifat syaitan, caramor. Kenapa abang kena marah isteri abang kalau masa tu syaitan sedang bersorak gembira? Ujian Rasulullah SAW jauh lebih hebat dari abang. Ujian abang? Berdepan dengan sayang? Sayang cuma merajuk. Abang faham." Aryan mencubit pipiku perlahan.

"Arya tak layak dapat suami sebaik abang." Luahku pula. Lansung tidak menipu.

"Kalau macam tu sayang tak sayang abanglah ni?" Aryan angkat sebelah keningnya. Laju aku menggeleng.

"Dahtu? Kenapa cakap macam tu? You're my best gift ever, caramor. Abang bersyukur sangat yang isteri abang ni, Nurdarya Ahmad Daus. Tak ada Darya lain. Abang nak yang ni juga. Kenapa cakap Arya tak layak? Terasa abang tau." Ucapnya lagi.

Aku menghela nafas.

Tangan naik menekup wajah Aryan. Aku merenung sepasang mata amber itu dalam. Lansung tiada pandangan dendam. Aryan... Arya sedih tengok mata ini selalu menangis disebabkan Arya.

"Abang," aku tersenyum nipis.

"Happy birthday, abang. Arya tak ada kejutan untuk abang macam abang buat untuk Arya. Arya minta maaf. Arya terlalu ikutkan perasaan sendiri sampaikan Arya lupa perasaan abang. Tapi Arya nak abang tahu, Arya sentiasa cintakan abang. Sejak dulu lagi," aku selak rambut yang menutupi dahinya lembut. Kemudian ciuman dilabuhkan ke dahinya.

"Sayang, sayang confess macam ni pun abang dah anggap hadiah terbesar dalam hidup abang. Abang tak minta sayang balas kejutan hari lahir besar-besaran. Abang cuma mahukan sayang ada depan mata abang."

Aku dah fikir masak-masak.

Aku sendiri akan tamatkan semua ini.




NISA dan Elliesya memandang aku penuh curiga. Aku naik seram. Rasa macam bakal kena terkam pula bila mereka berdua pandang aku sebegitu. Baru sebulan tidak berjumpa. Macam-macam perangai mula keluar.

"Kau orang sihat tak?" Aku bersuara apabila terasa sudah lama kami bertiga berdiam diri. Tidak betah berada dalam keadaan sepi seperti itu. Sesekali air dikacau perlahan. Tidak mahu gula terkumpul di bawah.

"Kau nampak... lain." Komen Nisa ringkas. Kening aku bertaut. Apa yang lain? Rasanya aku tengok sama sahaja.

"Haah. Nampak berseri, pipi kau pun berisi." Tambah Elliesya pula. Aku mencebik. Sikit-sikit pipi. Memang tak ada benda lain dah ke. Semua orang sama!

Aku keluarkan sekeping kertas dari dalam beg. Aku pandang kertas tersebut bergilir dengan mereka berdua sebelum memutuskan untuk letak di atas meja. Aku memandang ke arah lain. Tiba-tiba rasa segan.

Kepingan ultrasound.

"Oh my... weh sumpahlah? Aku bakal jadi aunty!"

"Comelnya little Ary incoming!"

Kedua mereka tak dapat menyembunyikan perasaan teruja. Hujung bibirku naik membentuk senyuman. Sungguh cepat masa berlalu. Jika dulu mereka teruja dengan keputusan peperiksaan aku, sekarang lain pula. Tanpa mereka berdua, belum tentu aku kuat menjalani kehidupan. Aku akui, aku pernah cuba melakukan kerja bodoh ketika baru menginjak usia remaja.

Semuanya gara-gara tertekan dengan keadaan keluarga sendiri.

"Kalau aku pergi jauh dari kau orang, kau orang marah aku tak?" Entah kenapa. Soalan itu terpancul dari belahan bibirku. Perasaan teruja mereka tadi serta-merta mati. Mereka memandang aku serius. Seolah tidak bersetuju dengan kata-kata aku tadi.

"Kau nak pergi mana, Ary? Jangan merepeklah. Aku tak suka kau cakap macam tu." Marah Nisa.

"Aku cuma... tanya. Kita tak tahukan esok-esok ni mana tahu aku pergi dulu. Ajal maut semua dekat tangan tuhan," kata aku lagi.

"Kau jangan mengada nak fikir bukan-bukan, Ary." Elliesya memberi amaran.

"Aku tak sedap hati. Aku terfikir, kalau aku pergi dulu. Aku nak minta kau orang halalkan segala makan minum aku. Aku nak kau orang tahu juga yang aku sayangkan kau orang. Aku tahu kau orang akan marah aku, cakap aku merepek. Tapi kalau aku tak pergi dengan cara meninggal, mungkin aku pergi jauh. Buat sementara. Siapa tahu kan?" Terang aku lagi. Aku mengukir senyuman hambar.

Tahu mereka tak senang.

"Ingat untuk kembali pada kita orang. Aku tak tahu apa yang kau simpan. Tapi aku nak kau janji, kalau kau pergi jauh sekalipun. Kau kena balik dekat kita orang. Aku sayang kau tau, Ary. Sayang sangat. Kau orang macam keluarga kedua aku." Tipikal Nisa. Sentiasa beri amaran halus. Sentiasa takut kami berdua tinggalkan dia.

"Dahlah, janganlah sedih-sedih. Kita berjumpa macam ni sebab nak lepak. Bukan nak potong bawang!" Ucap Elliesya pula. Serentak aku dan Nisa menghamburkan tawa.

"Sebenarnya, aku nak bagitahu juga. Aku pregnant, dah 4 bulan." Aku pandang Nisa tak percaya. Kemudian aku pandang Elliesya juga. Turut sama terlopong.

"Kau orang saja nak tinggal aku, ke?" Aku simpan ketawa bila tengok wajah Elliesya bertukar kelat. Nisa juga sama.

"Aku dah cakap dulu, taknak awalkan tarikh kahwin ke. Tapi kau degil, mulalah rasa tersakiti." Perli aku.

Kan dah kata!

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now