5

4.1K 164 1
                                    

KAD undangan atas talian aku tatap. Berkali-kali aku zoom. Memastikan apa yang dilihat ini betul. Tak lama kemudian aku menghela nafas. Perlu ke pergi majlis itu?

Invitation to Calian Reunion for all Calians
High School Reunion
Saturday, June 20th
EQ Kuala Lumpur

Nak ke tak?

-kau kena pergi
-reunion 5 tahun lepas kau
dah skip
-jom la aryaaa

Aku telan liur. Mesej Lydia ditenung lama. Lagipun, aku tak ada lah rapat mana dengan bekas rakan sekolah dahulu. Macam tiada guna kalau aku pergi sekalipun. Risau mati kutu di tengah-tengah alam.

-kau pun tahu aku
bukannya rapat dengan
dia orang pun!
-malaslah, banyak
lagi kerja lain

Aku cuba mencipta alasan. Terang-terang mahu mengelak. Dan aku tahu, Lydia sudah masak dengan alasan yang sama. Alasan yang dicipta semata tidak mahu berjumpa bekas rakan sekolah. Beria-ia aku berfikir. Semata mahu mengelak. Semuanya sudah lepas. Reunion mesti akan mengingatkan masa lalu semula. Sudah lama aku tinggalkan semuanya. Tiada kebaikan lansung untuk mengungkit semula. Perit. Untuk buka luka lama.

-arya, tunjukkan dekat
dia orang yang kau dah
berjaya
-kau dah cantik gila
-biar terlopong semua
-jangan risau, aku ada
untuk kau, tau!
-jom? arya sayangg

Aku menggeleng kepala. Gigih betul Lydia memujuk. Aku mengetap bibir. Kasihan dengan Lydia. Kerusi dipusingkan. Sambil-sambil berfikir seribu sebab aku perlu hadir ke sana. Mahu menunjuk kejayaan? Aku bukan orang macam itu. Jatuh riak. Macam mana kalau ada yang kurang bernasib baik? Mesti dia terasa.

Otak bisnes aku mula menghasilkan idea. Bernas. Sangat. Mana tahu kalau aku hadir ke reunion tersebut, ada yang mahu beli rumah? Buat apa nak lepaskan peluang sebegini. Mungkin kali ini aku kena move on dari semuanya. Dia orang pernah buli aku? Lantaklah. Tunjuk sikap profesional.

Lagipun bukan mereka tahu pekerjaan sebenar aku. Mungkin pada pandangan mereka aku sekadar ejen hartanah biasa. Tangan mencapai telefon tadi. Skrin telefon sudah terpadam. Tiada lagi mesej dari Lydia. Aku mengekek ketawa sendiri. Kalau orang tengok, sudah macam orang gila. Tiba-tiba rasa mahu mengusik Lydia.

-kalau aku pergi,
kau sponsor dress

typing...

Laju.

Ingatkan dah merajuk tadi. Setia aku menunggu Lydia menaip. Sekejap perkataan typing itu hilang, sekejap ada. Gelabah lah tu aku minta sponsor baju. Padahal, aku bergurau aje. Sekali-sekala mengusik. Bukan selalu.

-boleh boleh!
-tapi bajet aku tak banyak
-kau jangan amik baju
mahal mahal

Aku hamburkan tawa. Kadang-kadang boleh tahan lurus juga si Lydia ini. 

-gurau
-aku pergi
-janji jangan biar aku
sorang sorang

Aku memadamkan skrin telefon. Fail bertimbun di bahagian kiri dicapai. Galak sangat melayan Lydia. Tergendala semua kerja. Aku menggeleng kepala. Padah dapat kawan semua masuk air. Macam ini lah jadinya. Masa kerja pun terganggu dek gangguan mereka. Tak kira samada Lydia atau Nisa. Mahupun Elliesya.





[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now